Gunung Nuang via Janda Baik (7 Oktober 2018)

Assalamualaikum.

Entry kali ni tentang Gunung Nuang via Janda Baik. Gunung Nuang adalah puncak tertinggi di Selangor. Kalau nak naik Gunung Nuang, boleh melalui satu lagi laluan, iaitu melalui Pangsun, Hulu Langat. Sebelah Pangsun trek dia lama sikit.

Ekspedisi kali ni  macam ad hoc juga. Sahrul yang ajak. Aku pun ada offer dalam group kawan-kawan SRC tapi semua senyap je. Sebenarnya aku ni fobia sikit dengan Gunung Nuang. Aku pernah dua kali naik (dua-dua via Pangsun). Sekali masa di UTM, dengan SRC, yang ni berjaya sampai puncak. Kali kedua, naik dengan Teva, sampai kem Lolo je. Sebab tak larat. Sebab tu bila Sahrul ajak, banyak kali juga aku tanya susah ke tak. Takut kecundang di tengah jalan. Bila baca blog-blog orang yang pernah naik, rasa macam sesuai la dengan keupayaan aku.

Mula-mula semua sekali 3 orang, aku, Sahrul dan Isa. Tapi Isa cancel last minit. Jadi aku dengan Sahrul je pergi. Nervous nak pergi berdua ni, sebab Sahrul ni laju orangnya. Aku pulak jenis terkenal dengan cramp. Jadi tempat berkumpul adalah di Ibrahim Maju, Batu Caves. Jumpa dalam pukul 640 pagi. Sarapan roti telur dengan nescafe tarik kemudian gerak ke Janda Baik.

Drive melalui Lebuhraya Karak ambil exit Genting Sempah. Kemudian drive ke Janda Baik. Kat bawah ni gambar tempat kami parking. Kena bayar RM 7.00. Kami start jalan dalam 7.40 pagi.


Parking Area

Awal perjalanan kita akan melalui kebun-kebun sayur. Jangan risau untuk salah jalan, jalan straigth je. Lepas tu kita akan start jalan atas jalan batu-batu kecil. Jalan atas jalan batu-batu kecil rasa jauh. Terasa macam trek balak. Rasa mcm jauh je.


Starting point
Permandangan dari trek

Kebun sayur

Kemudian kita akan sampai di persimpangan, ambil je yang tengah, masa kitorang pergi dia ada batang paip melintang diikat dengan tape. Sini macam strating kawasan hutan. Kira-kira sejam dari starting point (tempat parking), kami sampai kat air terjun. Kami simpan dulu niat nak berenang, sebab nak enjoy masa turun nanti. Kat sini kami rest kejap, makan mamee dan tambah sedikit tenaga.

Trek lepas air terjun ni memang mencanak. Kadang-kadang je dia bagi ruang bernafas. Sepanjang trekking ni banyak juga jumpa orang. Group yg ada 35 orang pun ada. Lepas lebih kurang sejam, kami sampai satu kawasan lapang, sesuai lah untuk berehat. Gambar di bawah adalah kawasan yang dimaksudkan.

Kawasan Lapang

Trekking diteruskan, untuk sampai ke Check Point 2 (CP2). Kat sini ada signboard ke Bukit Repin. Kitorang sampai sini selepas 30 minit dr kawasan lapang tadi. Kat sini tak rehat pun. Terus jalan. Sebab ada guide cakap kejap je lagi nak sampai puncak.


Nak sampai puncak dah


So dalam 10.50 tu kitorang sampai puncak. Dalam 40 minit dr CP2. View ok la. Sbb kami dalam group yg sampai awal, so dapatlah port baik sikit untuk rehat. Apa lagi, hampar sheet, buka kasut (sebab rasa tapak kaki panas), makan nasi lemak Anis (bungkus kat kedai mamak tadi). Pukul 1130 kitorang dah gerak turun, lama-lama nanti crowded sangat pulak.





Dalam pukul 1.00 dah sampai air terjun. So apalagi, mandi la. Nak tiruk tak pandai berenang pulak.



 Lepas sejam mandi, ambil gambar, solat, makan nasi lemak, kami pun turun. Ambil masa dalam sejam juga untuk ke starting point. Perjalanan turun kali ni ditemani oleh Johnny, seekor anjing. Dia ikut sampai parking. Bila nak balik dia menyalak teruk, siap follow kereta lagi. 

Johnny menjadi guide. orang tak suruh pun.

Nota: Buat masa ni tak berani nak repeat lagi, takut Johnny marah. haha.

Log Perjalanan

7.40 pagi   - Starting Point
8.40 pagi   - Air Terjun
9.40 pagi   - Kawasan lapang
10.11 pagi - Check Point 2
10.50 pg    - Puncak

11.30 pg    - Bergerak turun
1.00 ptg     - Sampai air terjun.
                  - Mandi sejam
2.00 ptg     - Gerak
3.00 ptg     - Sampai starting point