Salam semua.
19 Mei 2017 lepas, aku dan beberapa orang kawan-kawan yang baru kenal pergi naik Gunung Merbabu. Gunung Merbabu ini adalah gunung luar negara pertama yang aku naik. Kami pergi dengan K.R.G Overseas Trip. Gunung Merbabu adalah sebuah Gunung yang terletak di Jawa Tengah. Tapi selalu kalau kita orang Malaysia, kita akan jawab di Jogjakarta. Jadi semua orang senang faham.
Kami naik Gunung Merbabu ini melalui Suwanting dan turun melalui Selo. Semasa nak ke satu Kampung sebelum memulakan pendakian pun, kami kena naik van ikut satu jalan yang kecil je. Bukan calang-calang orang boleh drive area situ. Masa dalam van lagi, dah nampak betapa sejuknya Gunung Merbabu ni. Lepas sampai di situ dan berkumpul dengan Guide (Van Mosley), kami semua naik motor ke starting point.
Trek melalui Suwanting ni dia naik jer. Takda turun-turun. Macam Gunung Datuk la lebih kurang tapi lagi panjang naik dia. Kami ambil masa dalam 5 jam untuk sampai ke Puncak. Kalau tak silap. Walaupun tak bawa barang yang banyak, penat teruk juga. Dekat-dekat nak sampai puncak tu dah malam, sejuk sungguh. Kaki ini biasalah, dah start kayu. Lepas pasang khemah, kami pun memasaklah yang simple-simple. Tak ingat dah masak apa, sebab masa tu nak tidur je. Masak pun dari dalam Khemah, tak sanggup keluar, sejuk. Even masa tidur pun, sorang kawan aku bangun tengah malam minta emergency blanket sebab sejuk sangat.
Bila bangun esok, nampaklah satu permandangan yang sangat cantik. Cantik. Hijau. Nampak Gunung Merapi depan mata. Sepanjang jalan ni rumput hijau je. Cantik sangat. Mulut memang tak berhenti dengan Subhanallah. Kalau di Malaysia macam di Broga atau kalau naik Gunung Tahan masa nak pergi ke Gedung (via Merapoh).
Jadi mana-mana kawan yang nak pergi Jogjakarta, ambillah masa naik Gunung Merbabu, tak menyesallah. Mungkin Gunung Merbabu ni akan menjadi kenangan paling manis sekali berbanding dengan kawasan perlancogan lain yang korang pergi kat Jogjakarta nanti.
![]() |
Adik-adik dari sana |
![]() |
masa sunrise |