Showing posts with label mylife. Show all posts
Showing posts with label mylife. Show all posts

Buku-buku Feveret

Bismillahirrahmanirrahim
Assalmualaikum


Hari ini terasa nak berkongsi sedikit bahan bacaan yang selalu saya baca apabila ada masa lapang. Bagi seorang yang kurang rajin membaca seperti saya. Selalunya saya akan pilih buku yang terdapat unsur humor dan menarik persembahannya seperti dalam bentuk komik. Maklumlah saya masih suka membaca komik. Lebih ringan untuk diterima. Tetapi buku-buku ini masih mampu memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Ini buku-buku kegemaran saya. Minta maaf, background pakai kain pelikat saja.




Buku yang pertama yang menjadi "feveret' adalah buku "Beduk Diketuk" yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat santai penyampaiannya. Isu-isu yang diketengahkan juga memang sedang terjadi di dalam masyarakat kita.



Buku yang kedua adalah buku "Bertanya tentang Tuhan" yang dikarang oleh saudara Ibnu Rijal. Buku ini juga menyampaikan maklumat dalam kaedah santai dan seolah-oleh bersembang dengan pembaca.


Buku yang seterusnya adalah buku "Men Are From Mars, Women Are from Venus". Tetapi buku yang saya beli adalah yang telah diterjemah. Lebih mudah dibaca dan difahami, sebab yang tidaklah terlalu pandai Bahasa Inggeris. Di dalam buku ini kita diberi sedikit fakta mengenai lelaki dan wanita. Dan ianya adalah berdasarkan kajian yang telah lama dijalankan.



Buku seterusnya adalah buku "Renung-renungkan & Selamat Beramal" yang ditulis oleh Prof Madya Izzi Hj Ali. Buku ini banyak mengumpulkan motivasi daripada Al-Quran, Hadis dan orang-orang bijak pandai.


Buku yang berikutnya adalah buku 33 Pesan Nabi yang dihasilakan oleh vbi_djenggotten. Buku ini lebih kepada bentuk komik tetapi sarat dengan ilmu dan contoh yang menarik.



Buku yang seterusnya adalah buku 101 Doa Mohon Makbul dan Rekreasi Hati. Buku ini dihasilkan atas gandingan Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan kartunis Nik Wafdi Nik Jaafar. Buku ini juga berbentuk komik tetapi penuh dengan ilmu dan cukup santai. Apa yang cuba disampaikan juga disampaikan dengan mudah.





Setakat itu saja untuk ini hari. Inilah antara buku-buku yang dibaca. Cubalah baca, tak rugi. Membaca kan dapat menambah ilmu.

Sekian wasalam

tamat semester 7

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum



tamat sudah semester ke tujuh petang tadi 
dengan exam Hydrographic Information System..
satu-satunya paper yang boleh jawab dengan kompiden..
paper lain entah lah..
berdoa dan bertawakkal jer la..
usaha pun macam tak berapa cukup..
sem ni emang nya sibuk dengan PSM..
dan macam2 lagi..
sekarang dah tamat..
leh kemas barang nak balik rumah..
tak sabo dah..

kepada Encik-encik lecturer..
moga di mudahkan tangan bagi markah tinggi-tinggi..

DOA banyak-banyak lah semua..
bukan sekadar untuk exam jer..
untuk semua benda..

nak layan running man lah..


k
Assalamualaikum

lama tak update..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

dah lama tak update blog.. dah sebulan lebih.. sejak masuk Universiti la ni.. sebenarnya banyak benda nak cakap.. tapi di sebabkan kekangan jalur lebar.. hajat tak sampai..

rasa kekok pun ada nak menulis. tapi hari ni nak cerita sikit lah pasal hidup-hidup di sini.. tahun ni da tahun last kat UTM.. so sgt byk kerja nak kena buat.. dengan projek sarjana muda nya.. fieldworknya.. kalau sesiapa budak UTM nampak budak2 sedang pegang teropong tepi-tepi jalan.. budak-budak kitorang lah tu..

satu lagi sekarang tinggal di KDOJ.. kolej jauh sekali.. sejak dok kolej ni.. kena speaking saja.. ye lah.. population nya foreigner.. ada jugak kesempatan nak train bahasa Inggeris.. kemudian satu lg yang best tentang KDOJ ni.. foreigner ni macam mesra.. jumpa jer bagi salam.. kadang-kadang tak kenal pun.. tapi bila orang bagi salam ni kita rasa seronok.. rasa macam ada satu perasaan muhibbah.. kemudian yang paling best tentang KDOJ ni adalah penghuni-penghuni yang selain daripada manusia.. MONYET.. monyet kat sini memang aktif.. tadi dah kena ceroboh dek monyet.. hilang satu bungkus ramen.. pastu ada jugak yang mencuri duit.. dia ingat makanan kot.. kesian tuan punya duit..



ok lah.. itu saja kot.. dah rasa macam susah pulak nak menaip.. cukuplah ini sekadar untuk panaskan jari.. mungkin ke depan ni nak cuba aktfkan balik.. tapi tak tahu lah bila dan bagaimana..

ini pun di bilik kawan..

ok Assalamualaikum

Apa lah nak Jadi ni..Geram

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ini sangat letih.. pergi beli barang 'Jom Masuk U'.. Kemudian pergi melawat kawan di hospital.. Pergi bacaan yaasin untuk student2 UPSR sekolah mak.. dan kemudian makan malam bersama sebelum bertolak ke Shah Alam Esok.

Ok. sebenarnya sy nak cerita pasal lawatan ke hospital. Petang td selepas solat Asar, sy pergi lah melawat seorang kawan di hospital. dia masuk wad. Namanya Ammar bin Mansor.. beliau setahun lebih muda dr diri saya..sebenarnya kami berkenalan sejak sekolah rendah lagi.. Dia dah kerja dah.. Kerja jual sayur-sayuran di pasar tani.

Sebenarnya beliau dimasukkan di hospital ini sebab menjadi mangsa pukul.. Kasihan beliau.. kepala beliau berjahit panjang.. lebih daripada 30 stapler rasanya di kepala beliau.. kemudian tengkorak beliau juga mengalami keretakan.. dan beliau menceritakan tadi doktor meletakkan 7 clip untuk lekatkan tenkorak beliau..kasihan kan..

saya juga ada berjumpa dengan ayah beliau.. ayah dia cakap masa mula-mula nampak saya "macam selalu nampak di masjid?" iye la pakcik .. kita kan sekampung.. dan ayah beliau juga mengenali ibu dan ayah saya.. ayah dia cakap dia koma selama dua hari selepas di pukul.. dengarnya ada 16 orang semasa dia dipukul.. mungkin bukan semua yang memukulnya.. ayah beliau juga cakap yg ammar ini budak baik, tidak ada musuh.. sepupu saya yang pertama kali jumpa dengan beliau tadi pun setuju.

sangat kasihan bila tengok keadaan beliau tadi.. orangnya baik..sangat baik.. tak sangka jadi begitu disebabkan fitnah. mujurlah tulang-tulang badan lain tidak cedera..

saya hairan lah mana perginya rasional masyarakat kita sekarang.. salah sikit pukul.. salah sikit tetak.. salah sikit simbah asid.. bila saya tengok keadaan beliau, hati ini marah juga sebenarnya.. sangat marah.. tengok keadaan masyarakat sekarang.. sangat teruk.. terlalu ikutkan nafsu..terlalu ikutkan hati.. tidak tahu menggunakan saluran yang betul.. semua hendak menjadi hakim.. semua nak menjatuhkan hukuman sendiri... kadang-kadang hukuman dijatuhkan tanpa bukti..

sebenarnya.. saya tak mampu nak cakap betul-betul di sini.. sebab saya dah macam "speechless"..geram pun ada.. orang kita sekarang sekarang tolong lah cuba banyakkan bersabar.. setiap perkara ada jalan penyelesaian yang terbaik.. bukan dengan mencederakan dan menganiaya orang.. tak payah lah saya cerita banyak lagi.. kes-kes macam ini pun sudah banyak dalam akhbar kita sekarang.. apa lah nak jadi.. mesti ada sebabnya..

dan saya rasa semua tahu sebabnya.. terlalu mudah jawapannya.. tepuk dada tanya iman anda..

ok lah.. saya nak kena packing barang.. esok dah nak bertolak ke Shah Alam..


Kepada Ammar.. Semoga Cepat Sembuh.. Semoga Tabah Hadapi Dugaan.. Pasti Ada Hikmahnya..


sekian wasalam



p/s : sampai sekarang dok terfikirkan ammar tu.. kesian sangat

pen vs baju

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ini pergi ke Balai Polis Trafik di Alor Setar. Gi buat report tentang kemalangan adik hari tu. Sebenarnya ku agak familiar dengan balai polis tersebut, sebab pergi bayar saman perangkap halaju. hehe.

Disebabkan untuk buat report tu dua orang ja yang boleh masuk, so biarlah ayah dengan adeeb yang masuk. ku da masuk tapi polis tu suruh keluar. cis..hehe. sebab lama sangat tunggu, sifat boring pun datang. kejap tengok ikan kaloi, kejap tengok ikan keli. lepas tu sembang dengan orang-orang yang datang buat repot juga.

Tiba-tiba rasa tertarik dengan papan maklumat kat balai polis tu. ada macam-macam cerita kat situ tapi ku tertarik dengan satu perumpamaan antara sahabat dan kawan. ( ku hafal ni ). hehe

kawan ibarat pen
ia mencantikkan kita
apabila kita semat di poket baju
tapi ia juga merosakkan kita
apabila dakwatnya tumpah di baju

sahabat umpama baju
sentiasa bersama kita
melindungi kita
tidak kira hujan atau panas.

kawan memang senang dapat tetapi sahabat sangat susah. berpandukan kepada perumpamaan di atas, sebab itu ku rasa kita perlu memilih kawan. kerana ia akan mencerminkan kita.

sahabat susah didapati, sebab ia sentiasa bersama kita, melindungi kita. jikalau tidak bersama pun ia sentiasa mengingati kita. sebab itu Rasulullah mempunyai sahabat, dan dipanggil para sahabat. bukannya dipanggil para kawan. kerana para sahabat sentiasa bersama Rasulullah dan melindungi baginda.

hee.. sebenarnya nak cerita yang perumpamaan tu sahaja. maaf terlanjur menaip



sekian
wasalam

1st time berbekam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

semalam (orang kedah panggil kemarin) pergi lah klinik haiwan, nak ubat kan si arnab tu. dia sakit. sian arnab kena injection. batal puasa dia.

lepas tu masa nak balik mak telefon kata ada orang nak buat bekam. jadi kami (saya dan juga adik saya) pun pergi lah jumpa mak. nak tengok macam mana bekam tu. 1st time nak berbekam. nebes juga.

kemudian pergi lah jumpa orang yang mengubatnya. orangnya baik. cara bercakap pun menyeronokkan orang. rasanya pangkat pak cik dah kot.

mula-mula nak cek apa masalah dalam badan kita dia urut tapak kaki. refleksologi kot nama urutan tu. kalau tak silap lah. dia urut tu ya Allah. memang tengok sana sini la.. sakit.. kalau tu orang jahat boleh tertendang jugak kaki ini. sampaikan masa dia urut tu. kita jadi nak muntah. angin katanya.. mujur sendawa ja.. kalau terkentut.. malu la sikit.. tapi tak apa.. dia faham memang dah selalu jadi gitu dah semasa mengurut orang ni..

satu lagi masa urut tu muka kita jadi panas.. nak pitam pun ada.. pening-pening.. sampai dalam hati dok berfikir "boleh ke aku nak drive sat lagi?"

lepas kena urut tu dia pun cakap apa masalah dalam badan ini.. banyak benar masalah.. aissh.. kena jaga dah lepas ni permakanan.. dia kata sistem tubuh da macam orang tua.. umur muda lagi.. mudakah?

kemudian jumpa mak. consult-consult sikit. nak buat ke tidak bekam ni. sebab diri sendiri pun takut jugak. sapa tak takut tengok badan kena cucuk dengan picau cukur. dah la kita ni fobia sikit benda pembedahan ni.. macam jarum.. kalau gi spital nak amik darah.. memang sejuk la tangan.. muka pun pucat.. hehe

kemudian decide nak buat juga bekam. sebab apa bekam ini sunnah Nabi Muhammad. pakcik tu cakap darah kita ada dua jenis. darah bersih dan darah kotor. darah bersih ini dia mengalir dalam kapilari darah kita. manakala darah kotor ini dia duduk kat bawah kulit kita. dan bila darah kotor ini banyak dia akan masuk dlm kapilari dan start kat sini lah akan jadi penyakit.

lepas itu bermula lah upacara bekam.. dia suruh buka baju.. sebab nak buat kat belakang badan.. tapi xpa lah situ semuanya lelaki. perempuan tak boleh masuk.

-mula-mula dia sedut kulit kita guna cawan dia
-lepas tu dia biarkan lama sikit
-dia buka cawan tu
-dia cucuk-cucuk belakang kita dengan pisau cukur
-lepas tu dia sedut balik bahagian yang dicucuk tu
-lepas seketika di cabut cawan itu
-dan lap darah2 kotor td dengan tisu

mak dan adik saya pun berbekam juga

ni lah alat-alat yang diguna kan
sumber : sini


hikmah berbekam

di dalam kitab At-tibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menuliskan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mana maksud nya

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

antara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan berbekam (dengan izin Allah)

-migrain
-darah tinggi
-gaout
-kencing manis
-sakit badan
-sakit saraf

banyak lagi maklumat tentang berbekam ini
nak tahu

sekian wasalam

p/s : gambar ada ambil tapi malu nak tunjuk

bila mati..

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

hari jumaat lepas. salah seorang saudara saya di kelantan telah meninggal dunia. beliau meninggal dunia akibat mempunyai penyakit jantung dan juga darah tinggi. lebih kurang pukul 3.30 ptg begitu beliau meninggalkan dunia.

jadi saya dan keluarga bertolak ke sana lepas berbuka puasa dan solat maghrib. dalam pukul 9.00 begitu kami bertolak. dan tiba di sana dalam pukul 1.30 gitu. tetapi kami tidak sempat menatap arwah buat kali terakhir kerana jenazah selamat dikebumikan pada pukul 11 malam. jadi kami hanya berjumpa keluarga beliau pada pagi itu juga iaitu sebaik tiba. kemudian pagi esoknya, terus pulang ke kedah. letih. krem otak. pergi balik ke kelantan memang letih. sakit kepala.

sesungguhnya kita semua akan mati. sedarkah kita yang semakin bertambah umur kita semakin dekat kita mati. tetapi kita tak tahu bila kita akan mati, di mana kita mati, dan bagaimana kita mati. jadi kita semua kenalah bersedia menghadapi mati.

sediakah kita untuk menjawab 'soalan bocor' yang ditanyakan malaikat di dalam kubur nanti. kalau rasa nak bawa jawapan masa mati nanti pun boleh. tulis kat tangan. tapi confirm kah kita dapat jawab ?

sesungguhnya orang yang bijak ialah orang yang sentiasa ingatkan mati.

 jom jadi orang bijak.

bila kita mati nanti tiada apa pun di dunia ini yang kita bawa ke kubur.
Isteri yang cantik menjadi balu
harta menjadi rebutan penduduk dunia
jawatan diambil orang lain

yang di bawa hanyalah

doa anak-anak yang soleh
ilmu yang kita sampaikan
amal jariah yang kita sedekahkan
-hadis-

jadi marilah kita perbanyakkan amal ibadat kita. lagi-lagi bulan ramadhan ini. jom kita ambil kesempatan.

dan akhir sekali
sama-samalah kita mendoakan
moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh
lita juga mesti selalu juga mendoakan kepada 
ibu bapa, kaum keluarga dan seluruh umat Islam
al-fatihah

yang baik dari Allah dan yang tak baik dari saya
salam

nota : kalau ada apa2 kesalahan silalah tegur. saya akan ubah (edit balik).

ahli keluarga baru?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

hehe.. bukan dapat adik baru.. sebenarnya baru beli arnab hari tu.. dua ekor..
ni gambarnya berserta profil


nama : adik

jantina : betina kot

jenis : arnab angora

berat : 300g

umur : 2 bulan

hobi : tak boleh dok diam


nama : afie

jantina : jantan

jenis : arnab teddy bear

berat : 400g

umur : 2 bulan

hobi : makan


mula-mula dulu, 
diri sendiri pun 
tak minat sangat dengan arnab ni. 
bila adik beli
seronok pulak main
maklum la comel-comel.
kebetulan diri sendiri lahir tahun arnab
tapi memang suka lah tengok 
kedua-dua ekor ni.

makanan feberet dia


makan sampai duduk dalam bekas


dahaga disiang hari.. xpuasa


excercise di halaman rumah


jari kawan tu..

sayangilah haiwan
^_^

malam pertama ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

indah permandangan
melihat masjid
terang bergemerlapan
menyambut ketibaan
bulan ramadhan
rakan-rakan sahabat taulan
jiran-jiran kenalan-kenalan
semuanya seiring dan sejalan
ingin menunaikan
ibadah yang mulia
dengan hati yang ikhlas
ingin mendapat keredhaannya
kanak-kanak gembira
yang remaja ceria
dan yang tua bahagia
berkumpul bersama
di rumah-Nya
dengan harapan di dada
mengharapkan yang terbaik
agar nanti
tidak disesali pemergiannya
kepada semua
selamat menyambut 
Ramadhan al-Mubarak

nota : camana leh terasa nak bersajak..haha..

sebenarnya.. malam tadi.. tadi.. pergi solat Tarawih. Seronok rasa tengok ramai orang. yang wanita nya serba putih. yang lelaki pula segak berkopiah. mesti rasa best dan terharu tengok sambutan masyarakat di kampung ini. dan saya berharap, agar semangat ini boleh di bawa hingga ke akhir Ramadhan. ini juga pesanan untuk diri saya sendiri. tak mo lagi hangat-hangat tahi ayam.

tadi tok imam menasihatkan banyak perkara seperti niat puasa. saya baru tahu yang niat secara sebulan terus adalah mengikut Imam Maliki. Bukan apa, ini sebagai spare bimbang-bimbang kita terlupa untuk niat puasa yang tiap-tiap hari tu.

Tok Imam  menceritakan tentang kepentingan menjaga saf. Agar tidak putus. penuhi saf yang hadapan dahulu. Tok Imam juga menceritakan tentang bulan ramadhan ini di mana permulaanya adalah Rahmat, pertengahannya adalah Pengampunan dan akhirnya adalah dijauhkan daripada api neraka.

dan kepada semua selamat menjalani ibadah puasa ( dah banyak kali wish dah sebenarnya).

notakaki : hepi, excited, macam-macam perasaan ada..suka bulan puasa.

kena saman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

hehe.. hari ini pergi pasar besar kat Seberang Perak.. ramai betul orang.. sampai sesak-sesak jalan.. polis pun ramai, macam pesta polis pun ada.. sibuk betul dorang menyaman orang-orang yang letak kereta ikut suka hati.. orang yang letak kereta ikut suka hati ini la yang buat jalan jem.. sempit habis jalan-jalan.. padahal banyak ja lagi tempat parking dalam tu..

aku disebabkan minggu lepas ada mimpi kena saman dengan polis.. jadi segar dalam ingatan.. so tak da lah parking rata-rata.. dan tak kena lah saman.. tak mau dah bayar saman-saman ni.. cukup lah 3 kali (semuanya speedtrap)..

kepada yang kena saman, jangan marahkan polis, mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. dan polis ini selalunya tidak saman orang yang tidak buat salah. so kira ini sebagai pengajaran lah untuk mereka-mereka yang suka-suka langgar itu peraturan..tapi ada juag istilah 'tak makan saman'. ini tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin berwang, berkuasa atau berpengaruh (ada kabel)..

kan Allah dah berfirman :

"Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"

jadi kita kena lah ikut arahan selagi mana arahan itu tidak melanggar hukum syara' dan juga tidak membawa keburukan kepada orang sekelilingnya.

cuba kita tengok. orang buat salah kena saman. begitu juga orang buat dosa, kena balasannya juga.

akhir sekali kalau nak buat apa-apa tu. fikir dulu mana baik mana buruk. jangan kalut sangat.

ikut rasa binasa
ikut hati mati

melawat pak njang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

petang semalam (orang kedah cakap kemarin), aku serta ibu dan ayah pergi melawat pak cik ku seorang ni. dia terkena serangan jantung paginya. sebenarnya kami semua tahu semasa pagi-pagi lagi, tapi tak nak habaq kat ayah, sebab ayah pun ada pengalaman jugak dalam sakit jantung ni. pak cik ditempatkan kat wad pemulihan jantung (CRW) di tingkat 3 di Hospital Sultanah Bahiyah.

Wad tu memang di jaga rapi. kawalan pun ketat. dalam waktu melawat, 3 orang ja boleh gi melawat. 3 orang itu termasuk penjaga. nak masuk pun kena juga pas. kak guard pun garang. kanak-kanak under 12 juga tak boleh masuk situ. bukan apa bimbang terkejut para pesakit jantung.

semasa melawat tu adalah terdengar orang bersembang dengan pesakit.

"takut kena buang hati, buang limpa"

orang yang sedang sakit kat sebelah ni pun gerun mendengarnya. lepas tu terdengar lagi.

"saya dulu pun macam ni jugak. last-last kena operate"

hehe.. kecut pesakit ni dengar. seeloknya kita cakap lah yang elok-elok. minta cepat sembuh.

so hari ini saya nak share lah serba sedikit adab melawat orang sakit ni..

sebenarnya menziarahi orang sakit ini amat-amat digalakkan oleh Islam.

sabda Nabi, 

"Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin"

sabda Nabi,

"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."

sabda Nabi lagi,

"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”."


antara adab-adabnya ialah :
  • Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.
  • Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.
  • Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.
  • sunat di bacakan doa supaya Allah menyembuhkan dia

akhir kata, kepada kawan-kawan sekalian, ingat, hidup kita tak lama pun. kemudian, amalkanlah hidup yang sihat, kurang-kurangkan lah makanan yang berkolestrol. banyakkan bersenam.. hehe.. ok renung-renungkan dan selamat beramal..

semoga cepat sembuh pak njang

nota : sebenarnya semalam dah bawa kamera nak tangkap gambar, macamana boleh terlupa. 

Harimau Malaya Ku


Assalamualaikum.. Sebaik sahaja wisel penamat berbunyi di Stadium Nasional Bukit Jalil, secara official nya pasukan bola sepak negara kita, Harimau Malaya menamatkan saingan memburu Piala Dunia 2014. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Singapura. Tetapi tidak lupa juga kepada Pasukan negara kita dan juga seluruh penyokong yang pergi ke stadium mahupun bersantai dirumah..

Bermacam-macam karenah penyokong yang kita dapat lihat di stadium mahupun di ruangan maya.. ini antara sedutan-sedutan status-status peminat bola sepak di ruangan maya atau lebih khusus di Facebook. Sebenarnya pernah buat dah sekali entri sebegini semasa perlawanan di Singapura tempoh hari. Tapi nak buat sekali lagi sebab seronok tengok gelagat penyokong Harimau Malaya. Gembira tengok semangat mereka menyokong negara. kita saksikan.

"Mlm ni ada bola...sapa sokong singapore.....hehehe"


"Fine. Fine. Fine! Jammed gilos. Camano nak bukak puase ni? Huk3 T__T menci dengar dj hotfm kt stadium. Kang dgn baju kurung ni gak den pi stadium."


"jelesnye x dpt tiket"


"All the best to Harimau Malaya tonight! Teman sedih nak khaborkan, teman xdapat pegi stadium ini kali, insyaAllah, teman akan menyokong dari jauh, yang penting, mari kita berganding bahu dan buktikan, Malaysia Boleh! Moh tgk bola!"

"Kepada kawan-kawan yang dekat stadium. Jangan lupa solat maghrib :)"

"Dh maghrib la kwn2.... Jom solat...! kite doakn kejayaan & kemenangan skuad Harimau Malaya kite mlm nih... InsyaAllah... Malaysians with u guys... !"

"Goal !!"

"diner plate kfc n bigmac mcd jd sntapan aku mlm ni..haha
Perut kenyang,hati senang..bru la leh tgk b0la..ayuh hrimau malaya !!!"

"pertama kali tgk bukit jalil full..ayuh rimau,baham singa mlm nie..."

"keeper~~~~!!!!! oyeahhhhhh2...!!!!"

"Safeeeeeeeeeee sdap dah assist! Main la betoi2 player, convert chance!"

"Malaysia Boleh!!!!kali ini boleh belasah Singapura 5-0 hehe"

"Malaysia XI against Singapore."

"Cuaknye tgk bolaaa~~~-*_*
gO msia gO!!! fighting!!"

"Khairul Fahmi........ I'm not gay, but you're tooooooooo awesome. Terbaik la, kualiti... dayum!"

"ismail faruqi xidup,,tktikal singapore cam hram,,,seb bek apek perform sket mlm nie...gua stress"

"sgt kuciwa ngan K RajaGopal ~"

"Aummm.. GO! x100"

"mantop la apek mempertahankan pintu gol...."

"Safeeeeeee GOALLLLLLLLLLLLLLLL!"

"g0o0o0o0ll.....!!!!"

"Alhamdulillah..wA syukurillahhh..bersyukur kepada Allah~~~woaaaa~~~lepas jerit sume nyanyi lagu ni..haahahaa...1 je lagiiiiiii!"

"stop acting la singpore player ! @&#%^@#"

"Mengharapkan keajaiban mlm nie kata zainal.."

"Safee sali..habis game..gi sepak defend sorang2!"

"pemain2 sngapura adalah actor y terbaik mlm nie kata zainal..hahaha..aku setuju.."

"Best view of the night: Amirulhadi and Safee membuat bicycle kick bersama-sama. Cute! :P"

"selamat tinggal 2014!"

"apa-apa pon congratzz la MALAYSIA......."

"wlpun rimau kalah,tapi aku bangga coz depa men best trutama amar ngan apek.."

"wELL nO MaLaYsIa aT wOrLd cUp 2o14... =("

"Silap besar pki sharbinie mase 1st game.."

"ak x puas ati btul la ngan pengulas bola td..mncemaskan lg keadaan pnonton yg tgh cemas ni..jem.."

"kesedihan yg berganda malam ini dikala perpisahan esok hari berserta kekalahan our country, Malaysia...but tahniah Singapura..Malaysia Good Game but not Very Good...Tahniah Pnyerang Prolifik kite Safie Sali...wuwuwuwuw~~~"

"teruk ngat aih main.."

"Safee Sali Khairul Fahmi Che Mat ngn Safiq Rahim 3 watak penting Harimau Malaya..xde je sorang Harimau agak tempang.."

"mood: sabo je la~~~ huuu....."

"rasa macam baru lepas tengok cerekarama. nasib baik aku tak nangis *lol*"

"bukan rezeki kita kali ni.. Try harder next time."

"pandainye si singa tu berlakon...spe aja?? aoron aziz?!! *tros tak jd nk mrh...SETH! huuuu=("

"nk ckp byk pun xboleh...cz kite ni just tgk je,..cuba byngkan kite yg tgh main..camne la perasaan kite ni kan..huhuh"

"Penyokong dan fans dah world class. Keeper pun world class. Tapi..."

"Loads of time for Russia, 2018 preparation."

"Geram. . . cam nk g men futsal pastu score,br puaQ"

"aku bukan penonton bola sepak yg tegar dan kenal semua pemain yang ada atas padang tu tapi bila MALAYSIA yang lawan,aku gigih sorak depan tv tu,sebab tu aku sedih bila msia xdapat proceed to next level T_T"

"Skuad Bola for Olympic 2012 in London, Nicol Ann David (baru menang skuash chmpnshp haritu), Takraw naib johan DUNIA, Badminton World Championship, 1st Seed/World Rank: Lee Chong Wei. :) They are AMAZING Malaysians, and let's pray for their success as supporters!"

"malaysiaku berjaya..."

"xde hal la,,,olimpik ade lg...hak2"

"Fuh fuh, baru lepas tgk drama bersiri TV3. sedih bah kaw...jalan cerita sume nk sedih², sakit², baring². hadoii...baik main FIFA lg best. smooth je jalan cerita. XD.
Anyway..Def da improve, tp cam "org tgh" salah tempat je nk bias² ni. haha..jgn smpai dia x balik umah lak tayar motor pancit...minyak kene sedut. Hoho...xtau la nk cakap apa..moga jd lebih baik. overall mmg pelakons sinetron yg pro-pro belaka...peace~"

"Tiger dah btukar jadi biskut tiger~asyik kne mkn je..ha3..xpe2,,xde rezeki~~esok nk pakai jersi malaysiaa..wee~~~hurmm..<tring​t muke ahli fisio spore.beriya sungguh.haha>"

"Man of the match : Apex
Power of the match : Referee
Sprinter of the match : Kunalan 
Goal of the match : Safee
Laser victim of the match : Singaporean GK
Entertainer of the match : Singaporean GK
The most wanted : Singaporean GK"

"OMG!.tak penah asa sedih cmni kot..harimau oh harimau!!"

"midfield duk tengah tengok bola hok defend lambung ko Safee Sali.. 
pahtu wak bunyi Weeeeeee supo angry bird..!hik3"

"Ada tak sesiapa jumpa profil raja gopal?? nk bincang cket ngn dia..haha"

"mgkn ade hikmahnye..."

"diorg x penah jmpe pdg rumput asli kot...
smp teguling2 diorg suke dpt maen ats rumput...huish....dahsyat2x..."

"‎#123 : Pemain bola sepak Singapura-pura main bola seperti berdrama atas padang macam celaka, defensive line Harimau Malaya tersipu-sipu malu dengan asakan si buncit dan tua, rembatan Safee Sali kencang gila, harapan rakyat Malaysia macam gua dan semua hancur belaka."

kesimpulannya :

hehe..banyakkan status yang diupdate..sungguh bangga mempunyai kawan-kawan yang sangat cintakan negara.
tetapi biasalah kawan-kawan, menang kalah adat permainan
kita kena terima tu..
skuad negara kita pun dah berjuang habis-habisan..
mungkin tiada rezeki..
saya tau ramai yang tak puas hati dengan permainan pasukan Singapura
yang melengahkan masa dan bergolek sana-sini.
lain kali cuba lagi..
ingat..skuad negara kita ni muda-muda lagi..
InsyaAllah dengan bertambah pengalaman nanti, bertambah baik permainan mereka..
sama-sama kita doakan..
dan jangan lupa juga skuad olimpik bola sepak negara kita masih lagi dalam perjuangan 
doakan mereka..

bola dah tamat..apakata kita teruskan semangat yang membara-bara ini ke bulan Ramadhan.. dah nak dekat dah ni.. Kita rebut semua peluang yang terhidang..

macam main bola juga ibadah puasa ini kita ibaratkan..

matlamat kita, gol kita nak mendapat keredhaan Allah..
defend kita kenalah kuat..kalau tak mahu kalah dengan nafsu kita sendiri..
serangan kita haruslah pandai ambil peluang yang terhidang..
bahagian tengah juga kena kuat..bantu serangan dan juga pertahanan..
tak elok juga kalau kita berusaha buat baik, tapi yang jahat buat juga..
amar ma'ruf, nahi munkar
bukan amar ma'ruf sahaja.
macam skor gol, tapi bolos pun ada..
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak