Showing posts with label renungan jumaat. Show all posts
Showing posts with label renungan jumaat. Show all posts

Yang Terbaik.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

Sebagai seorang manusia kita semua inginkan yang terbaik. Tiada yang inginkan perkara yang tidak baik. Dalam konteks hidup seorang muslim yang percayakan kepada hari akhirat, semua inginkan syurga iaitu tempat yang terbaik yang Allah janjikan kepada umatNya yang beriman dan bertaqwa. Malahan orang yang tidak berakhlak baik juga inginkan syurga. Begitu juga dengan orang kafir. Mereka juga percaya dan inginkan syurga.

Pernah jumpa orang yang bila di tanya samada ingin masuk syurga atau neraka lalu di jawab,

" Aku tak apa masuk mana-mana pun. Syurga atau neraka sama saja "

Pernah? kalau pernah memang anda telah menjumpai salah satu benda ajaib di dunia.

Neraka ini panas apinya 70 kali ganda daripada api dunia. Sehinggakan menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

 "Jikalau api neraka itu sepanas api dunia, maka ahli neraka akan tertidur di dalamnya".

Untuk dapat apa yang terbaik iaitu syurga, mudah sahaja. Buat apa yang Allah suruh semampunya, dan tinggalkan larangan-Nya. Bak kata Ustaz pahrol :

" Untuk capai cinta LAILAHAILLALLAH, kita kenalah ikut jalan yang diajar MUHAMMAD RASULULLAH"

Assalamualaikum
jumpa setahun lagi :)

sumber : ummuhusna99.blogspot































































pilih antara dua jalan

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

cam biasa , ingin dikongsi sedikit intipati khutbah yang disampaikan hari ini. secara individu saya rasa, bila cuba buat entri yang daripada khutbah, secara tak langsung kita akan beri tumpuan. tak macam sebelum ni. kat da tumpuan langsung. fikiran pun asyik merewang. kalau nak tido pun kita tido jer.. sekarang dengan usaha nak buat entri berdasarkan khutbah. paling tidak saya dapat nasihat diri sendiri jika tak dapat nasihati orang lain.

"jalan ke syurga di penuhi dengan onak duri manakala jalan ke neraka di penuhi dengan nafsu syahwat dan keseronokan"

jalan ke syurga sangat susah untuk di lalui. kita perlu sentiasa bermujahadah dan istiqamah dalam melakukan ibadat.

Allah berfirman dalam surahal-A'la ayat 16-17 yang bermaksud :

"sedangkan kamu orang kafir memilih kehidupan dunia. padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"

kita sering berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia. tidakkah kita tahu bahawa dunia ini sekadar satu tempat persinggahan, sekadar satu tempat untuk kita bercucuk tanam sebelum kita menuai hasilnya di akhirat kelak.

syaitan dan nafsu sering mengajak kita melakukan kejahatan. dan syaitan juga sering membisikkan di telinga kita tentang kebaikkan yang telah kita buat, supaya kita rasa ujub, riak dan juga sombong. dengan bisikan syaitan ini juga manusia akan rasa seperti sudah banyak berbuat kebaikkan. padahal kebaikkan itu sangat sedikit.

firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang membawa maksud

"syaitan menjanjikan kamu atau menakutkan kamu dengan kemiskinan jika kamu bersedekah, dan menyuruh kamu berbuat keji (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia Nya kepada kamu. dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui."

selain itu berbuat kebaikkan juga haruslah ikhlas. tiada guna jika tidak ikhlas. pahala bukan menjadi isu di sini, apa yang kita inginkan ialah keredhaan Allah. Perlu diingatkan, kita dapat masuk disyurga bukan kerana amal ibadat kita. tetapi adalah kerana keredhaan Allah.

Rasulullah pernah bersabda :

"Binasalah orang-orang Islam kecuali mereka Berilmu.
Maka binasalah golongan berilmu, kecuali mereka yang beramal dengan ilmu mereka.
Dan binasalah golongan yang beramal dengan ilmu mereka kecuali mereka yang ikhlas.
Sesungguhnya golongan yang ikhlas ini juga masih dalam keadaan bahaya yang amat besar…" 


maka marilah kita sama-sama memupuk sifat ikhlas dalam diri kita.
dan
 ingat Jalan ke syurga penuh dengan onak duri manakala jalan ke neraka penuh dengan keseronokkan

anda bijak?
buatlah pilihan anda sendiri.

tamak

Assalamualaikum.. sebenarnya entri ini patut keluar hari jumaat hari tu.. tapi atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.. ianya keluar pada hari ahad dan hampir masuk hari isnin..


ini berkaitan dengan khutbah jumaat yang lalu yang membincangkan tajuk tamak..


Daripada Anas Bin Malik berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan.” ( Riwayat Bukhari )


Tamak merupakan sifat yang tercela, sifat ini adalah sifat manusia yang tidak pernah merasa cukup dan puas dengan apa yang dimiliki, dan mereka ini boleh disifatkan sebagai orang yang tidak bersyukur.


Sifat tamak akan membuatkan perkara yang kita lakukan tidak ikhlas dan tidak mencapai target yang sebenarnya..


Contohnya :


Seorang penceamah yang berceramah sekadar untuk mendapat wang. sepatutnya seseorang penceramah berceramah untuk menyampaikan ilmu.


Seorang pemimpin yang tamak akan melakukan pelbagai larangan Allah seperti memberi dan menerima rasuah. sepatutnya seorang pemimpin memberikan contoh yang baik kepada orang yang dipimpin.


"Membasmi kefakiran lebih senang daripada membasmi ketamakan"


Tamak haloba lebih teruk daripada kefakiran kerana ianya boleh menimpa sesiapa sahaja. Ini bukan juga bermakna Allah menyuruh manusia supaya hidup dalam kefakiran.. Sebab itu Allah dan Rasul-Nya menyuruh umat manusia supaya rajin berkerja dan kuat berusaha.


Jadi untuk membasmi sifat tamak dalam diri, seeloknya kita menanamkan sifat merasa cukup dengan apa yang ada, mengikut kepada keperluan dan hajat..


Mari renungkan dan selamat beramal.

halal-haram


Assalamualaikum dan salam jumaat..

macam biasa, kita berkongsi sikit apa yang dapat masa khutbah jumaat hari ini.. hari ini input yang dapat amat sikit.. sebab telalu banyak kali hilang fokus.. terlalu banyak kali berangan-angan kosong ala-ala mat jenin..

khutbah jumaat hari berbincang tentang tajuk halal dan haram dalam kehidupan kita..

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


seperti yang kita tahu.. perkara halal adalah jelas di mana terdapat dalam nas seperti kahwin, makananan yang elok. begitu juga dengan perkara yang haram seperti zina dan minum arak.. manakala perkara syubahat pula ialah perkara yang yang samar-samar halal dan haramnya.. dan juga tiada dalam nas.. apabila kita menghadapi perkara syubahat ini hendaklah kita jauhi nya..


kita sebagai seorang muslim hendaklah mempelajari tentang perkara yang halal dan yang haram dan seterusnya mengamalkan ilmu yang kita perolehi..


perkara yang halal atau haramnya masih belum jelas, hendaklah kita jauhi demi menjaga maruah diri kita dan juga agama islam..


Allah tidak suka hambanya melakukan perkara yang haram.. jauhilah perkara yang haram jika takut mendapat kemurkaan Allah.


perkara-perkara yang kita lakukan dalam hidup kita tidak kira halal, haram atau syubahat semua nya akan memberi kesan ke atas hati kita.. sesungguhnya hati kita adalah raja di dalam tubuh badan kita.. jika rosak hati itu, maka rosaklah segala-galanya..
sabda rasulullah : "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


akhir kata,, renung-renungkan dan selamat beramal..




nota kaki : minta maaf kalau serba kekurangan.. ilmu sangat cetek.. 

jiran

Assalamualaikum dan salam hari jumaat..
seperti biasa semua orang lelaki akan pergi solat jumaat di masjid.. dan semasa di masjid mereka akan mendengar khutbah yang di sampai kan oleh tuk khatib..ianya berupakan pesanan dalam manusia menjalani kehidupan seharian..di sini ku ingin berkongsi sedikit sebanyak input yang aku dapat semasa di masjid tadi.. tuk khatib bercakap tentang



sabda rasulullah :" Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk" .


sabda rasulullah antara tanda kebahagian ialah mempunyai jiran yang baik..ini kerana manusia hidup secara bermasyarakat.. dan keadaan masyarakat sekeliling amat memainkan peranan dalam menentukan kebahagiaan seseorang muslim.


di sini saya sertakan sedikit hak hak jiran.. ia antaranya adalah memberi salam jika mereka orang Islam, menjenguknya jika sakit, mengucapkan takziah atas sesuatu musibah, mengucapkan tahniah atas sesuatu kegembiraan, menasihatinya jika tidak menutup aurat dengan sempurna, bersabar atas karenahnya...


Islam melarang umatnya dari menyakiti jiran, menggangunya, apatah lagi mencuri harta bendanya, malah mereka patut diberi sokongan untuk meneruskan kehidupan jika didapati mereka berada dalam kesempitan. yang ini saya tidak pasti samaada hadis atau pun ayat al-Quran (terhilang fokus sikit dalam masjid tadi). tapi bunyinya begini


lihat lah jiran sebelum kamu membina rumah


disini dapat dilihat betapa pentingnya pemilihan jiran dalam kehidupan kita


kemudian tuk khatib juga ada memberikan doa untuk dijauhkan dari jiran yang tidak baik.. dan tuk khatib mengulangnya sebanyak 3 kali..

اللهم اني اعوذ بك من جار السوء

akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal..

Nota kaki : minta maaf sebab isi berselerak

api dalam sekam


Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi semasa khutbah jumaat hari ini.. Ianya berkaitan dengan sifat munafik.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Dan sesiapa yang melakukan salah satu dari empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah), Apabila dipercayai dia khianat,  apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).

Munafik bermaksud mempunyai sifat-sifat hipokrit seperti sumpah-sumpah, musang berbulu ayam, talam dua muka, harapkan pagar, pagar makan padi dan juga ibarat api dalam sekam.Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak membuat  perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup


Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.


Terdapat tiga jenis balasan bagi orang munafik di Akhirat kelak



  1. golongan munafik yang mana akidahnya telah terpesong dari syariat. Golongan ini sama sekali tidak ada bezanya dengan orang kafir. Golongan ini akan di humban ke dalam neraka yang tingkatnya paling bawah.
  2. Golongan munafik yang akidahnya masih di dalam batasan syariat. Golongan ini akan di humban ke dalam neraka, tetapi masih mempunyai harapan untuk memasuki syurga Allah.
  3. Golongan munafik yang telah bertaubat nasuha. Golongan ini akan dihapuskan semua dosanya dan akan memasuki syurga dengan rahmat Allah.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat, malah boleh perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain. 

dan semoga kita dapat menjauhi diri kita dari sifat-sifat ini. dan jika ada, cepat-cepat lah buang. dan semoga kita mendapat keampunan dan rahmat Allah.

-amin-

sabar



Assalamualaikum..


bersyukur kita dapat lagi menghirup udara di bumi tuhan pada hari jumaat, penghulu segala hari..


sebagai renungan saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya perolehi semasa khutbah jumaat yang disampaikan di Masjid Tokai tadi. ianya berkaitan dengan sifat sabar.


sebagaimana yang kita tahu, kita sebagai manusia menghadapi pelbagai jenis cubaan dan dugaan di dunia ini. ada pelbagai bentuk jenis ujian seperti



  • berbentuk bencana seperti banjir, rumah terbakar, ribut taufan dan sebagainya.
  • berbentuk kelaparan di mana kita tidak mempunyai makanan yang cukup atau kebuluran.
  • kematian orang yang tersayang.
  • kehilangan harta benda seperti di curi orang, musnah dalam kebakaran dan lain-lain lagi.
  • dalam bentuk kesihatan di mana kita tidak mempunyai kesihatan yang baik, sentiasa sakit atau pun menghidap penyakit kronik.
semua ini tidak akan dapat di hadapi sekiranya tiada sifat sabar. dalam menghadapi ujian-ujian Allah kita hendaklah

bersabar + berikhitiar untuk keluar dari ujian + berdoa kepada Allah

sesungguhnya jika tiada sifat sabar maka pelbagai sifat mazmumah atau sifat yang di keji akan berbunga seperti sifat marah, hasad dengki dan iri hati. jika kita tidak mempunyai sifat sabar maka kita akan mudah naik marah. bila muculnya sifat marah maka seseorang itu mudah kehilangan kewarasannya. dan ini akan menimbulkan pelbagai tabiat buruk seperti bertumbuk, mencaci maki dan memfitnah. 

sesungguhnya sifat sabar ini amat penting, tidak seperti sifat marah. contohnya

  • seseorang yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. dia menjadi marah dan membunyikan hon berkali-kali meminta kereta hadapan memberi laluan. padahal dia tahu bahawa kereta di hadapan juga mempunya nasib yang sama sepertinya. walaupun dia membunyikan hon keadaannya tetap begitu dan menjadikan suasana bising dan membingitkan telinga.
  • seseorang yang tidak dapat menghubungi rakan melalui telefon bimbit lantas mengetuk-ngetuk telefon tersebut dan merosakkan telefon tersebut. sebenarnya dia tidak dapat menghubungi rakannya kerana terdapat masalah pada line dan mungkin telefonnya sendiri mempunyai sedikit masalah..
jadi sentiasa lah kita bersabar kerana banyak hikmahnya.. dan sesungguhnya orang yang bersabar adalah orang yang berjaya. dan Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar..


Di antara perkara yang mudah dicerita, 
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya
dengan hati, hati ada perasaan.
Lidah tidak ada perasaan, cuma ada
sentuhan.