Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap-cakap. Show all posts

Buku-buku Feveret

Bismillahirrahmanirrahim
Assalmualaikum


Hari ini terasa nak berkongsi sedikit bahan bacaan yang selalu saya baca apabila ada masa lapang. Bagi seorang yang kurang rajin membaca seperti saya. Selalunya saya akan pilih buku yang terdapat unsur humor dan menarik persembahannya seperti dalam bentuk komik. Maklumlah saya masih suka membaca komik. Lebih ringan untuk diterima. Tetapi buku-buku ini masih mampu memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Ini buku-buku kegemaran saya. Minta maaf, background pakai kain pelikat saja.




Buku yang pertama yang menjadi "feveret' adalah buku "Beduk Diketuk" yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat santai penyampaiannya. Isu-isu yang diketengahkan juga memang sedang terjadi di dalam masyarakat kita.



Buku yang kedua adalah buku "Bertanya tentang Tuhan" yang dikarang oleh saudara Ibnu Rijal. Buku ini juga menyampaikan maklumat dalam kaedah santai dan seolah-oleh bersembang dengan pembaca.


Buku yang seterusnya adalah buku "Men Are From Mars, Women Are from Venus". Tetapi buku yang saya beli adalah yang telah diterjemah. Lebih mudah dibaca dan difahami, sebab yang tidaklah terlalu pandai Bahasa Inggeris. Di dalam buku ini kita diberi sedikit fakta mengenai lelaki dan wanita. Dan ianya adalah berdasarkan kajian yang telah lama dijalankan.



Buku seterusnya adalah buku "Renung-renungkan & Selamat Beramal" yang ditulis oleh Prof Madya Izzi Hj Ali. Buku ini banyak mengumpulkan motivasi daripada Al-Quran, Hadis dan orang-orang bijak pandai.


Buku yang berikutnya adalah buku 33 Pesan Nabi yang dihasilakan oleh vbi_djenggotten. Buku ini lebih kepada bentuk komik tetapi sarat dengan ilmu dan contoh yang menarik.



Buku yang seterusnya adalah buku 101 Doa Mohon Makbul dan Rekreasi Hati. Buku ini dihasilkan atas gandingan Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan kartunis Nik Wafdi Nik Jaafar. Buku ini juga berbentuk komik tetapi penuh dengan ilmu dan cukup santai. Apa yang cuba disampaikan juga disampaikan dengan mudah.





Setakat itu saja untuk ini hari. Inilah antara buku-buku yang dibaca. Cubalah baca, tak rugi. Membaca kan dapat menambah ilmu.

Sekian wasalam

Tips menjadi pelajar praktikal yang baik

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Tiap-tiap tahun mesti ada sahaja budak praktikal. Saya juga pernah menjadi budak praktikal pada masa-masa dahulu (sudah 2 kali bah). Jadi adalah sedikit pengalaman menjadi budak praktikal. Di sini saya nak kongsi sedikit tip-tip untuk menjadi seorang pelajar praktikal yang baik. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri juga. Tips ini mungkin sekadar sesuai dengan bidang tertentu. Antara nya,



  1. Pilih tempat praktikal yang baik. (kalau boleh pilih)
  2. Datang dengan niat hendak menuntut ilmu (ikhlas).
  3. Solat jangan tinggal.
  4. Datang tepat pada masa.
  5. Ikut peraturan pejabat dengan betul.
  6. Rajin bertanya.
  7. Tidak duduk saja (lenggang kangkong).
  8. Proaktif dalam bertanya tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan.
  9. Jangan tipu laporan industri. (buat cakap buat, tak buat cakap tak buat)
  10. Buat laporan secara berkala. (jangan tunggu nak habis praktikal baru nak buat)
  11. Ikut arahan pegawai di tempat kerja. (selagi mana betul)
  12. Senyum sokmo.
  13. Jangan kedekut sangat nak overtime.
  14. Dapat membantu meringankan beban kerja syarikat.
  15. Banyakkan berdoa.
  16. Jangan kedekut sangat nak print report. (Biar cantik menarik tertarik)
  17. Aplikasikan segala ilmu yang kita dapat semasa belajar.
  18. Catat segala ilmu yang kita perolehi semasa praktikal.


Setakat itu sahaja. Mungkin terdapat point-point yang lebih kurang sama maksudnya. Jikalau ada sebarang tambahan, amatlah saya alukan. Jikalau terdapat sebarang kesilapan juga dipersilakan menegur. Kelemahan daripada diri saya, yang baik dari Allah. Moga kita mendapat manfaat.

Salam ^^

1.1.2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum



hampir satu sem tak update blog ini.. maklum lah sibuk dengan Projek Sarjana Muda.. itu baru PSM 1.. belum PSM 2.. sibuk dengan membaca journal.. quote sana quote sini.. celup sana celup sini.. present present kena hentam.. :)

hari ini mseti ramai yang dok tulis entri 2012.. join lah sekali..

moga tahun 2012 ini.. kita semua bertambah matang.. dari semua segi.. umur bertambah.. maknanya.. kita dah makin suntuk masa di dunia ini.. umur makin bertambah..amalan pun kenalan makin bertambah.. dan moga kita semua makin bertambah baik..

dan kepada semua kawan-kawan blogger.. teruskan berkarya.. tetapi hati hati.. kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita tulis.. tulislah berlandaskan iman taqwa.. bukan berdasarkan nafsu durjana...

mari kita brdoa dan berharap.. semoga tahun ini LEBIH BAIK dari tahun lepas.. dan kita tergolong dalam golongan yang BERUNTUNG.. dan jangan lah tahun ini SAMA SEPERTI tahun lepas.. kerana kita tergolong  dalam golongan yang TERPEDAYA... dan moga-moga kita di hindari dari menjadikan tahun ini lebih BURUK dari tahun lepas.. kerana kita akan tergolong dalam golongan yang RUGI..


ada macam bagi perutusan tak susunan ayat?

ok.. nak sambung study.. nak tulis chapter 1 dan 2.. nak buat asignment.. kepada semua

Assalamualaikum


p/s : ingat nak compile pengalaman satu sem tak tulis.. takut jadi novel pulak..

cerita time exam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Ini cerita time exam.. kalau boleh jangan buat.. Cikgu tak suka..

Mata time exam :
(←_←)(→_→) (←_←)(→_→)

kalau cikgu datang :
(↓ _ ↓)
...

bila cikgu dah pergi :
(←_←)(→_→) (↓ _ ↓) (←_←)(→_→)

^_^v 
 jangan lah yer..
jangan buat..
K selamat tinggal
Assalamualaikum 

Apa lah nak Jadi ni..Geram

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ini sangat letih.. pergi beli barang 'Jom Masuk U'.. Kemudian pergi melawat kawan di hospital.. Pergi bacaan yaasin untuk student2 UPSR sekolah mak.. dan kemudian makan malam bersama sebelum bertolak ke Shah Alam Esok.

Ok. sebenarnya sy nak cerita pasal lawatan ke hospital. Petang td selepas solat Asar, sy pergi lah melawat seorang kawan di hospital. dia masuk wad. Namanya Ammar bin Mansor.. beliau setahun lebih muda dr diri saya..sebenarnya kami berkenalan sejak sekolah rendah lagi.. Dia dah kerja dah.. Kerja jual sayur-sayuran di pasar tani.

Sebenarnya beliau dimasukkan di hospital ini sebab menjadi mangsa pukul.. Kasihan beliau.. kepala beliau berjahit panjang.. lebih daripada 30 stapler rasanya di kepala beliau.. kemudian tengkorak beliau juga mengalami keretakan.. dan beliau menceritakan tadi doktor meletakkan 7 clip untuk lekatkan tenkorak beliau..kasihan kan..

saya juga ada berjumpa dengan ayah beliau.. ayah dia cakap masa mula-mula nampak saya "macam selalu nampak di masjid?" iye la pakcik .. kita kan sekampung.. dan ayah beliau juga mengenali ibu dan ayah saya.. ayah dia cakap dia koma selama dua hari selepas di pukul.. dengarnya ada 16 orang semasa dia dipukul.. mungkin bukan semua yang memukulnya.. ayah beliau juga cakap yg ammar ini budak baik, tidak ada musuh.. sepupu saya yang pertama kali jumpa dengan beliau tadi pun setuju.

sangat kasihan bila tengok keadaan beliau tadi.. orangnya baik..sangat baik.. tak sangka jadi begitu disebabkan fitnah. mujurlah tulang-tulang badan lain tidak cedera..

saya hairan lah mana perginya rasional masyarakat kita sekarang.. salah sikit pukul.. salah sikit tetak.. salah sikit simbah asid.. bila saya tengok keadaan beliau, hati ini marah juga sebenarnya.. sangat marah.. tengok keadaan masyarakat sekarang.. sangat teruk.. terlalu ikutkan nafsu..terlalu ikutkan hati.. tidak tahu menggunakan saluran yang betul.. semua hendak menjadi hakim.. semua nak menjatuhkan hukuman sendiri... kadang-kadang hukuman dijatuhkan tanpa bukti..

sebenarnya.. saya tak mampu nak cakap betul-betul di sini.. sebab saya dah macam "speechless"..geram pun ada.. orang kita sekarang sekarang tolong lah cuba banyakkan bersabar.. setiap perkara ada jalan penyelesaian yang terbaik.. bukan dengan mencederakan dan menganiaya orang.. tak payah lah saya cerita banyak lagi.. kes-kes macam ini pun sudah banyak dalam akhbar kita sekarang.. apa lah nak jadi.. mesti ada sebabnya..

dan saya rasa semua tahu sebabnya.. terlalu mudah jawapannya.. tepuk dada tanya iman anda..

ok lah.. saya nak kena packing barang.. esok dah nak bertolak ke Shah Alam..


Kepada Ammar.. Semoga Cepat Sembuh.. Semoga Tabah Hadapi Dugaan.. Pasti Ada Hikmahnya..


sekian wasalam



p/s : sampai sekarang dok terfikirkan ammar tu.. kesian sangat

pen vs baju

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ini pergi ke Balai Polis Trafik di Alor Setar. Gi buat report tentang kemalangan adik hari tu. Sebenarnya ku agak familiar dengan balai polis tersebut, sebab pergi bayar saman perangkap halaju. hehe.

Disebabkan untuk buat report tu dua orang ja yang boleh masuk, so biarlah ayah dengan adeeb yang masuk. ku da masuk tapi polis tu suruh keluar. cis..hehe. sebab lama sangat tunggu, sifat boring pun datang. kejap tengok ikan kaloi, kejap tengok ikan keli. lepas tu sembang dengan orang-orang yang datang buat repot juga.

Tiba-tiba rasa tertarik dengan papan maklumat kat balai polis tu. ada macam-macam cerita kat situ tapi ku tertarik dengan satu perumpamaan antara sahabat dan kawan. ( ku hafal ni ). hehe

kawan ibarat pen
ia mencantikkan kita
apabila kita semat di poket baju
tapi ia juga merosakkan kita
apabila dakwatnya tumpah di baju

sahabat umpama baju
sentiasa bersama kita
melindungi kita
tidak kira hujan atau panas.

kawan memang senang dapat tetapi sahabat sangat susah. berpandukan kepada perumpamaan di atas, sebab itu ku rasa kita perlu memilih kawan. kerana ia akan mencerminkan kita.

sahabat susah didapati, sebab ia sentiasa bersama kita, melindungi kita. jikalau tidak bersama pun ia sentiasa mengingati kita. sebab itu Rasulullah mempunyai sahabat, dan dipanggil para sahabat. bukannya dipanggil para kawan. kerana para sahabat sentiasa bersama Rasulullah dan melindungi baginda.

hee.. sebenarnya nak cerita yang perumpamaan tu sahaja. maaf terlanjur menaip



sekian
wasalam

merdekakah kita?

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
maaf zahir batin
saya pohon kepada semua 



dan saya juga ingin ucapkan 
Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54
buat Negara tercinta
Malaysia

Agak lama juga tidak update blog. maklumlah sibuk beraya..

Bercakap tentang merdeka. Adakah benar kita telah merdeka?Mungkin benar negara kita telah bebas dari dijajah secara fizikal.tapi pada pendapat saya kita belum benar-benar merdeka dari segi pemikiran dan juga cara hidup. atau mungkin kita sudah merdeka tetapi semakin dijajah.

sebenarnya isu ini sudah banyak dibahaskan. dan telah banyak kali saya buat karangan tajuk begini semasa sekolah dulu. tidak perlu kita pandang jauh-jauh. di sekeliling kita pun sudah terdapat banyak tanda-tanda yang kita dijajah.

kita tidak dijajah oleh British, Portugis mahupun Jepun. Tetapi kita dijajah oleh syaitan dan juga nafsu. Tanda-tandanya sangat pelbagai. senang cakap, maksiat berleluasa. Kemerdekaan yang kita perolehi ini bukanlah percuma, tetapi sangat mahal harga untuk mendapatkannya. Jadi kita perlulah bersyukur dengannya, atau Allah akan menarik nikmat kemerdekaan ini.

firman Allah :


"Jika kamu bersyukur dengan nikmat Ku maka kami akan menambah nikmat-Ku, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih"

sebagai tanda syukur kita terhadap nikmat yang diberi Allah. Kita hendaklah mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

dan akhir sekali, kita sampai bila-bila tidak akan merdeka kerana kita adalah HAMBA ALLAH. dan ini adalah jawatan kita yang paling utama dalam hidup ini. dan semoga kita menjadi hamba yang baik. Amin~

sekian
-wasalam-

p/s : lamanya tak update. mesti orang meluat.

bila tiada batasan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


salam Ramadhan kawan-kawan,
rakan taulan,
ada kisah hendak diceritakan,
moga dapat dijadikan pengajaran,
kisah hidup satu pasangan,
bertemu di pusat pengajian,
ada juga di tempat perkerjaan,
melalui pandangan,
hati berkenan,
mulalah babak perkenalan,
sms menjadi pengerat hubungan,
papa mama menjadi panggilan
"awak dah makan?"
hari-hari menjadi soalan,
bila rindu mula membebankan,
nafsu inginkan perjumpaan,
bertemu di pondok taman,
di malam tanpa bulan,
lampu pula tak da karan,
memang jawapannya dalam kegelapan,
bila berdua-duaan,
nafsu pun menjemput syaitan,
mula adegan ringan-ringan,
cumbu-cumbuan,
akhirnya zina menjadi perbuatan,
bila cukup 9 bulan,
anak haram dilahirkan,
untuk menutup malu kalian,
anak itu dihumban,
dalam tong sampah berdekatan,
menjadi makanan anjing berkeliaran,
apakah anak itu melakukan kesalahan?
tidakkah anda kasihan?
tiadakah perikemanusiaan?
syaitan ketawa kepuasan,
meraikan kemenangan,
anak adam telah berjaya disesatkan,
inilah akibat bila bercinta tiada batasan,
nafsu menjadi ikutan,
ditambah pengaruh sang syaitan,
wahai kawan kawan,
cinta itu fitrah kejadian,
tidak salah selagi mengikut aturan Tuhan,
menjaga batasan pergaulan,
mengikut budaya ketimuran,
wahai kawan-kawan,
ambillah pengajaran,
sebelum berakhir dengan penyesalan,
aku bukanlah yang terbaik dikalangan kalian,
untuk memberikan teguran,
ku juga sering melakukan kesalahan,
tapi ini sekadar renungan,
sesama kita yang bergelar insan,
sekian.


comel jer

wasalam

p/s : mula-mula ingat nak buat spontaneous thursday. tp terpanjang pulak. tak jadi lah. mood nak bersastera.

kisah sang helang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Ada sebuah cerita. Pada zaman dahulu terdapat seorang Raja. Raja ini sangat suka membela burung. Dia membela pelbagai jenis burung. Ada burung merak, tekukur, helang dan bermacam-macam lagi. Dalam banyak-banyak burung ini, burung yang paling Raja sayang ialah burung helang.

Burung helang ini sangat cantik, bijak dan gagah. Raja selalu membawa burung ini kemana sahaja beliau pergi. Berburu pun di bawa bersama.

Tetapi suatu hari, burung ini telang hilang. Raja menjadi sangat susah hati. Selama 3 hari baginda tidak keluar dari Istana. Kerana bersusah hati. Lagu baginda mengarahkan seluruh bala tentera baginda mencari burung helang tersebut di dalam kota. Tetapi masih juga tidak dijumpai. Kemudian raja mengeluarkan iklan. Barang siapa yang menjumpai burung helang tersebut akan dikurnia dengan pangkat serta ganjaran yang sangat besar.

Pada masa yang sama, burung helang tadi telah hinggap di suatu pondok di dalam hutan. Tuan punya pondok itu seorang yang mempunyai pemikiran yang kurang sedikit. Dia berasa gembira dengan kehadiran burung helang yang jinak itu. Dia menjaganya dengan baik, malah turut memberikannya makanan.

Suatu hari lelaki itu berfikir untuk mencantikkan burung helan itu. Dia telah memotong kuku helang yang tajam kerana berfikiran ianya bahaya. Dia juga telah memotong bulu-bulu burung helang yang lebat itu. Lalu dia berkata " Macam ini baru kemas, baru hensem."

Suatu hari dia keluar ke pekan untuk berjalan-jalan dan dia terpandang iklan tentang burung itu. Dan dia merasakan memang itulah burung yang ada di pondoknya. Lalu dengan tergesa-gesa dia membungkus burung helang itu lalu pergi menghadap raja.

Dan setelah mendapat kebenaran pengawal dia pun mengadap raja. Raja bertanya " Ada apa kamu menghadap beta?"

"patik ada hadiah untuk tuanku", jawab lelaki tadi. "Apakah ia?", tanya Raja lagi.

"patik ada burung helang tuanku", jawab lelaki tersebut. Raja terus bangun dengan gembira, lalu menghampiri lelaki tersebut. "Manakah burung itu?", tanya sang Raja.

Lalu lelaki itu membuka bungkusan tersebut. Alangkah terkejutnya Raja melihat burung helangnya di situ. Lalu baginda berkata " Memang ini burung helang beta. Pengawal!! bawa lelaki ini dan lakukannya seperti mana dia lakukan terhadap burung helang beta!! Bawanya ke balai hukuman!!"..


dan.............

kita sebagai seorang Islam. Apabila kita menghadap Allah nanti, adakah kita berkata "Allah, inilah ibadat ku terhadap Mu. Inilah Islam yang aku ikuti". Sedangkan Islam yang kita amalkan itu berlubang sana, berlubang sini. Terkurang sana, terkurang sini. Sesungguhnya Islam yang di ajar Nabi Muhammad ada Islam yang sempurna. Allah hanya mahukan Islam yang sebenar-benar Islam.
macam itu lah diibaratkan kisah tadi. sebagai perumpamaan kepada kita. fikirlah..


"aku pakai seluar pendek pun aku solat jugak"

"aku pakai tudung jugak walau aku pakai seksi-seksi"

"tak solat pun aku puasa juga"

"aku terima rasuah tapi aku bayar zakat"

"tak tutup aurat pun aku solat juga"



macam ini kah Islam kita?

tepuk dada tanya hati kita.

salam

^^

p/s : saya bukanlah yg terbaik untuk menegur anda semua. ini untuk diri saya juga.

kuih-kuih tradisional

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Bulan puasa ini merupakan bulan untuk kita merasa macam-macam jenis makanan.. tak percaya? cuba gi bazaar pelbagai jenis makanan ada.. kuih muih, air minuman, nasi-nasi dan sebagainya

tadi jalan-jalan di facebook ( fb running ).. terjumpa status kawan saya seorang ni.. macam best jer.. tak sangka kuih kita punyai pelbagai personaliti.. hehe.. cuba tengok bawah ni..


kuih paling gangster = lompat tikam

kuih paling seksi = puteri mandi

undefined = taik itik

kuih bajet cun = cek mek molek

kuih awet muda = seri muka

kuih paling alim =kuih ketayap

kuih kaki pukul = kuih lompang

kuih dalam zoo = cucur badak

kuih yang dicipta oleh sam polis trafik = sampreeeett

kuih bangun sendiri = kuih bangkit

kuih orang tak mandi = BAU - LU

kuih paling tenteram = kuih makmur

kuih paling lembap = kuih siput

kuih kena marah = kuey teow

kuih samseng = kuih pau

kuih stylo = mazola

kuih tak tau leh makan ke idak = sarang semut

kuih bersejarah = buah melaka

kuih praktikal = kuih cara

kuih paling jauh = kuih bulan

kuih cari sakit = maruku ( mau-luku)

tengok? kan macam2 tu.. hehe.. negara kita punyai pelbagai budaya dan tradisi. dan kita seharusnya pertahankannya. cuba kita tengok di bazaar ramadhan. bukan sahaja orang melayu di situ. orang dari bangsa lain pun ada.. betapa harmoninya kita. dan moga ia kekal selamanya.

salam

p/s : kalau korang pernah jumpa..buat2 la xpernah jumpa entri gini..hehe

1st time berbekam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

semalam (orang kedah panggil kemarin) pergi lah klinik haiwan, nak ubat kan si arnab tu. dia sakit. sian arnab kena injection. batal puasa dia.

lepas tu masa nak balik mak telefon kata ada orang nak buat bekam. jadi kami (saya dan juga adik saya) pun pergi lah jumpa mak. nak tengok macam mana bekam tu. 1st time nak berbekam. nebes juga.

kemudian pergi lah jumpa orang yang mengubatnya. orangnya baik. cara bercakap pun menyeronokkan orang. rasanya pangkat pak cik dah kot.

mula-mula nak cek apa masalah dalam badan kita dia urut tapak kaki. refleksologi kot nama urutan tu. kalau tak silap lah. dia urut tu ya Allah. memang tengok sana sini la.. sakit.. kalau tu orang jahat boleh tertendang jugak kaki ini. sampaikan masa dia urut tu. kita jadi nak muntah. angin katanya.. mujur sendawa ja.. kalau terkentut.. malu la sikit.. tapi tak apa.. dia faham memang dah selalu jadi gitu dah semasa mengurut orang ni..

satu lagi masa urut tu muka kita jadi panas.. nak pitam pun ada.. pening-pening.. sampai dalam hati dok berfikir "boleh ke aku nak drive sat lagi?"

lepas kena urut tu dia pun cakap apa masalah dalam badan ini.. banyak benar masalah.. aissh.. kena jaga dah lepas ni permakanan.. dia kata sistem tubuh da macam orang tua.. umur muda lagi.. mudakah?

kemudian jumpa mak. consult-consult sikit. nak buat ke tidak bekam ni. sebab diri sendiri pun takut jugak. sapa tak takut tengok badan kena cucuk dengan picau cukur. dah la kita ni fobia sikit benda pembedahan ni.. macam jarum.. kalau gi spital nak amik darah.. memang sejuk la tangan.. muka pun pucat.. hehe

kemudian decide nak buat juga bekam. sebab apa bekam ini sunnah Nabi Muhammad. pakcik tu cakap darah kita ada dua jenis. darah bersih dan darah kotor. darah bersih ini dia mengalir dalam kapilari darah kita. manakala darah kotor ini dia duduk kat bawah kulit kita. dan bila darah kotor ini banyak dia akan masuk dlm kapilari dan start kat sini lah akan jadi penyakit.

lepas itu bermula lah upacara bekam.. dia suruh buka baju.. sebab nak buat kat belakang badan.. tapi xpa lah situ semuanya lelaki. perempuan tak boleh masuk.

-mula-mula dia sedut kulit kita guna cawan dia
-lepas tu dia biarkan lama sikit
-dia buka cawan tu
-dia cucuk-cucuk belakang kita dengan pisau cukur
-lepas tu dia sedut balik bahagian yang dicucuk tu
-lepas seketika di cabut cawan itu
-dan lap darah2 kotor td dengan tisu

mak dan adik saya pun berbekam juga

ni lah alat-alat yang diguna kan
sumber : sini


hikmah berbekam

di dalam kitab At-tibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menuliskan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mana maksud nya

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

antara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan berbekam (dengan izin Allah)

-migrain
-darah tinggi
-gaout
-kencing manis
-sakit badan
-sakit saraf

banyak lagi maklumat tentang berbekam ini
nak tahu

sekian wasalam

p/s : gambar ada ambil tapi malu nak tunjuk

wanita idaman

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

ini sambungan hal idaman
entri sebelum ini untuk lelaki
ini pula untuk wanita

wanita yang cantik
wanita yang mampu menjaga auratnya

wanita yang sweet
wanita yang indah tutur katanya

wanita yang ayu
wanita yang menjaga batas pergaulannya

wanita yang cute
wanita yang bersopan santun sentiasa

wanita yang caring
wanita yang mengingatkan diri kita kepada-Nya

wanita yang baik
wanita yang cemerlang agamanya

itulah wanita yang menjadi idaman setiap jejaka..InsyaAllah


dalam zaman sekarang bukan mudah untuk jumpa yang begini
moga-moga kita jumpa yang terbaik
dan ingat
untuk mendapat yang terbaik
kita juga perlu menjadi yang terbaik

"wanita yang baik untuk lelaki yang baik"


p/s : adalah salah tak puas hati..silalah nasihat

lelaki idaman

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

khusus untuk kaum lelaki
juga untuk diri sendiri (juga seorang lelaki)
yang perempuan pun boleh saja nak tengok


lelaki yang baik
lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalan-Nya

lelaki yang comel
lelaki yang berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid

lelaki yang sweet
lelaki yang selalu bercakap dengan nada rendah

lelaki yang romantik
lelaki yang menghadiahkan sebuah doa setiap hari

lelaki yang charming
lelaki yang mengingat kan si dia tentang ibadat

itulah lelaki yang menjadi idaman wanita.. Insya Allah


kepada yang perempuan
anda mahukah lelaki begini
tepuk dada tanya iman..

yang lelaki pula
mahu jadi begini
saya mahu
dan saya akan cuba
InsyaAllah


p/s : kering idea..kasihan

nak buat maksiat? ada syaratnya..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Suatu masa dahulu ada seorang lelaki pergi berjumpa dengan Ibrahim Adham

Beliau bertanya kepada Ibrahim Adham, Apakah ada kesempatan untuk beliau melakukan maksiat

Maka jawab Ibrahim Adham :

"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :


  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan derhaka terhadap-Nya
  3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu.
  4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
  5. Sekiranya Malaikat Zanzibar penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke neraka, maka katakan yang kamu tidak ingin mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat."
akhirnya lelaki itu menangis teresak-esak setelah mendengar kata-kata Ibrahim Adham. Kerana dia tahu dia tidak layak untuk melakukan maksiat. Akhirnya dia mendapat hidayah dan bertaubat.

Kawan-kawan
kalau rasa 
kita boleh buat semua tu
jom pakat buat dosa
apa heran syurga neraka
jangan takut balasan Allah

tapiiiiiiiiiiii

kalau boleh
kalau tak boleh
jom kita elakkan 
daripada melakukan maksiat
jom lakukan amal soleh

stop maksiat
renung-renungkan dan selamat beramal
^_^


8 ke 20?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Seperti biasa kita di bulan Ramadhan ini akan menjalankan suatu ibadah yang hanya ada di dalam bulan Ramadhan sahaja iaitu solat Terawih.

ini antara perkara-perkara yang berlaku..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dialog pertama :

lokasi : masjid

masa : time nak solat terawih
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dialog kedua :



lokasi : masjid

time : masa nak solat terawih
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dialog ketiga :


tudia 20 kali dah haji..

lokasi : kedai kopi

buat apa : main dam haji
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sebenarnya.. buat 8 atau buat 20.. dua-dua dibolehkan.. yang tak berapa nak boleh ni yang tak buat langsung.. kita yang dok buat terawih ni boleh dok bertengkar.. yang tak buat, rilek ja..hehe..

ustaz saya kata nak buat 2 rakaat pun tak apa, asalkan datang jugak ke masjid, duk dalam jemaah.

sembahyang terawih 8 rakaat ini dilakukan pada zaman Rasulullah. Ini untuk tidak menimbulkan suatu keberatan. Nabi Muhammad juga tidak melakukan solat di masjid dibimbangi sahabat berfikiran ianya adalah wajib


sembahyang terawih 20 rakaat pula dilakukan pada zaman Saidina Umar al-Khattab kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.


jadi.. tiada masalah kita nak buat berapa pun.. 20 boleh 8 pun boleh.. so tak mau gaduh-gaduh ya..


selamat menjalani ibadah puasa
selamat berbuka
dan 
selamat menunaikan solat terawih


nota : yang lemah dari saya, yang elok dari Allah. Kalau salah minta tegur

malam pertama ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

indah permandangan
melihat masjid
terang bergemerlapan
menyambut ketibaan
bulan ramadhan
rakan-rakan sahabat taulan
jiran-jiran kenalan-kenalan
semuanya seiring dan sejalan
ingin menunaikan
ibadah yang mulia
dengan hati yang ikhlas
ingin mendapat keredhaannya
kanak-kanak gembira
yang remaja ceria
dan yang tua bahagia
berkumpul bersama
di rumah-Nya
dengan harapan di dada
mengharapkan yang terbaik
agar nanti
tidak disesali pemergiannya
kepada semua
selamat menyambut 
Ramadhan al-Mubarak

nota : camana leh terasa nak bersajak..haha..

sebenarnya.. malam tadi.. tadi.. pergi solat Tarawih. Seronok rasa tengok ramai orang. yang wanita nya serba putih. yang lelaki pula segak berkopiah. mesti rasa best dan terharu tengok sambutan masyarakat di kampung ini. dan saya berharap, agar semangat ini boleh di bawa hingga ke akhir Ramadhan. ini juga pesanan untuk diri saya sendiri. tak mo lagi hangat-hangat tahi ayam.

tadi tok imam menasihatkan banyak perkara seperti niat puasa. saya baru tahu yang niat secara sebulan terus adalah mengikut Imam Maliki. Bukan apa, ini sebagai spare bimbang-bimbang kita terlupa untuk niat puasa yang tiap-tiap hari tu.

Tok Imam  menceritakan tentang kepentingan menjaga saf. Agar tidak putus. penuhi saf yang hadapan dahulu. Tok Imam juga menceritakan tentang bulan ramadhan ini di mana permulaanya adalah Rahmat, pertengahannya adalah Pengampunan dan akhirnya adalah dijauhkan daripada api neraka.

dan kepada semua selamat menjalani ibadah puasa ( dah banyak kali wish dah sebenarnya).

notakaki : hepi, excited, macam-macam perasaan ada..suka bulan puasa.

kena saman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

hehe.. hari ini pergi pasar besar kat Seberang Perak.. ramai betul orang.. sampai sesak-sesak jalan.. polis pun ramai, macam pesta polis pun ada.. sibuk betul dorang menyaman orang-orang yang letak kereta ikut suka hati.. orang yang letak kereta ikut suka hati ini la yang buat jalan jem.. sempit habis jalan-jalan.. padahal banyak ja lagi tempat parking dalam tu..

aku disebabkan minggu lepas ada mimpi kena saman dengan polis.. jadi segar dalam ingatan.. so tak da lah parking rata-rata.. dan tak kena lah saman.. tak mau dah bayar saman-saman ni.. cukup lah 3 kali (semuanya speedtrap)..

kepada yang kena saman, jangan marahkan polis, mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. dan polis ini selalunya tidak saman orang yang tidak buat salah. so kira ini sebagai pengajaran lah untuk mereka-mereka yang suka-suka langgar itu peraturan..tapi ada juag istilah 'tak makan saman'. ini tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin berwang, berkuasa atau berpengaruh (ada kabel)..

kan Allah dah berfirman :

"Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"

jadi kita kena lah ikut arahan selagi mana arahan itu tidak melanggar hukum syara' dan juga tidak membawa keburukan kepada orang sekelilingnya.

cuba kita tengok. orang buat salah kena saman. begitu juga orang buat dosa, kena balasannya juga.

akhir sekali kalau nak buat apa-apa tu. fikir dulu mana baik mana buruk. jangan kalut sangat.

ikut rasa binasa
ikut hati mati

jangan dengar sangat cakap orang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..
Terdapat suatu kissah


Pada suatu masa dahulu terdapat sekumpulan katak-katak kecil. Mereka mengadakan satu pertandingan lumba lari. Cabaran dia adalah menawan puncak satu menara yang sangat tinggi. Maka pada hari yang ditetapkan pun tiba. Katak-katak sekalian pun berkumpul di bawah menara tersebut untuk memmulakan pertandingan. Suasana sungguh meriah dengan penyokong-penyokong dan juga peniaga-peniaga gerai. 


maka pelepas pun mengira " 1, 2....3!!! bermula lah pertandingan lumba lari tadi walaupun katak sebenarnya melompat.


secara jujurnya tiada seekor pun dikalangan ramai-ramai katak tadi yang percaya bahawa katak-katak kecil itu boleh sampai di puncak menara. kedengaran kata-kata tidak sedap,


"oooh, susah sangat ini"


"aku berani bet tak ada seekor pun sampai"


maka seekor demi seekor katak tadi jatuh tak berdaya. kecuali yang masih mampu mengekalkan rentak, mereka terus panjat makin tinggi dan makin tinggi. Tetapi kumpulan-kumpulan katak di bawah terus menjerit "susah tu, mana diorang mampu". Jadi makin ramai katak yang jatuh, mengaku kalah. Kecuali seekor katak yang masih meneruskan perjuangan. Dia langsung tidak berputus asa. ketika mana katak-katak lain telah menyerah kalah, katak tadi masih juga terus melompat dan melompat. Akhirnya atas usaha kerasnya, dia berjaya juga menawan puncak menara tadi. 


Kemudian ketika katak tadi turun, semua katak-katak lain pergi mengerumuninya dengan perasaan ingin tahu bagaimana katak tadi boleh sampai ke atas.


salah seekor kata bertanya kepada katak tadi bagaimana dia mampu melakukannya..tetapi katak tadi tidak berkata apa-apa.. mereka bertanya lagi tetapi masih juga tidak berjawab. Rupa-rupanya katak tadi PEKAK. 


kesimpulan daripada cerita ini :


jangan dengar kepada pendapat-pendapat orang yang negatif. Sebab mereka akan merampas cita-cita kita. Ingatlah bahwa kata-kata mempunyai keajaibannya sendiri. kerana setiap kali kita baca dan kita dengar ianya akan mempengaruhi tindakan kita. jadi, sentiasalah positif.


jadi..pekakkan telinga jika ada yang mengatakan anda tidak mampu melunaskan mimpi anda dan selalu berfikir yang Allah sentiasa bersama anda


" Allah tidak pernah berjanji yang hidup ini sentiasa senang.
.Tetapi Allah berjanji akan selalu bersama tak kira susah atau senang"




nota kaki : sebenarnya diri ini sangat takut dengan katak..hehe..

melawat pak njang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

petang semalam (orang kedah cakap kemarin), aku serta ibu dan ayah pergi melawat pak cik ku seorang ni. dia terkena serangan jantung paginya. sebenarnya kami semua tahu semasa pagi-pagi lagi, tapi tak nak habaq kat ayah, sebab ayah pun ada pengalaman jugak dalam sakit jantung ni. pak cik ditempatkan kat wad pemulihan jantung (CRW) di tingkat 3 di Hospital Sultanah Bahiyah.

Wad tu memang di jaga rapi. kawalan pun ketat. dalam waktu melawat, 3 orang ja boleh gi melawat. 3 orang itu termasuk penjaga. nak masuk pun kena juga pas. kak guard pun garang. kanak-kanak under 12 juga tak boleh masuk situ. bukan apa bimbang terkejut para pesakit jantung.

semasa melawat tu adalah terdengar orang bersembang dengan pesakit.

"takut kena buang hati, buang limpa"

orang yang sedang sakit kat sebelah ni pun gerun mendengarnya. lepas tu terdengar lagi.

"saya dulu pun macam ni jugak. last-last kena operate"

hehe.. kecut pesakit ni dengar. seeloknya kita cakap lah yang elok-elok. minta cepat sembuh.

so hari ini saya nak share lah serba sedikit adab melawat orang sakit ni..

sebenarnya menziarahi orang sakit ini amat-amat digalakkan oleh Islam.

sabda Nabi, 

"Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin"

sabda Nabi,

"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."

sabda Nabi lagi,

"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”."


antara adab-adabnya ialah :
  • Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.
  • Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.
  • Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.
  • sunat di bacakan doa supaya Allah menyembuhkan dia

akhir kata, kepada kawan-kawan sekalian, ingat, hidup kita tak lama pun. kemudian, amalkanlah hidup yang sihat, kurang-kurangkan lah makanan yang berkolestrol. banyakkan bersenam.. hehe.. ok renung-renungkan dan selamat beramal..

semoga cepat sembuh pak njang

nota : sebenarnya semalam dah bawa kamera nak tangkap gambar, macamana boleh terlupa.