1st time berbekam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

semalam (orang kedah panggil kemarin) pergi lah klinik haiwan, nak ubat kan si arnab tu. dia sakit. sian arnab kena injection. batal puasa dia.

lepas tu masa nak balik mak telefon kata ada orang nak buat bekam. jadi kami (saya dan juga adik saya) pun pergi lah jumpa mak. nak tengok macam mana bekam tu. 1st time nak berbekam. nebes juga.

kemudian pergi lah jumpa orang yang mengubatnya. orangnya baik. cara bercakap pun menyeronokkan orang. rasanya pangkat pak cik dah kot.

mula-mula nak cek apa masalah dalam badan kita dia urut tapak kaki. refleksologi kot nama urutan tu. kalau tak silap lah. dia urut tu ya Allah. memang tengok sana sini la.. sakit.. kalau tu orang jahat boleh tertendang jugak kaki ini. sampaikan masa dia urut tu. kita jadi nak muntah. angin katanya.. mujur sendawa ja.. kalau terkentut.. malu la sikit.. tapi tak apa.. dia faham memang dah selalu jadi gitu dah semasa mengurut orang ni..

satu lagi masa urut tu muka kita jadi panas.. nak pitam pun ada.. pening-pening.. sampai dalam hati dok berfikir "boleh ke aku nak drive sat lagi?"

lepas kena urut tu dia pun cakap apa masalah dalam badan ini.. banyak benar masalah.. aissh.. kena jaga dah lepas ni permakanan.. dia kata sistem tubuh da macam orang tua.. umur muda lagi.. mudakah?

kemudian jumpa mak. consult-consult sikit. nak buat ke tidak bekam ni. sebab diri sendiri pun takut jugak. sapa tak takut tengok badan kena cucuk dengan picau cukur. dah la kita ni fobia sikit benda pembedahan ni.. macam jarum.. kalau gi spital nak amik darah.. memang sejuk la tangan.. muka pun pucat.. hehe

kemudian decide nak buat juga bekam. sebab apa bekam ini sunnah Nabi Muhammad. pakcik tu cakap darah kita ada dua jenis. darah bersih dan darah kotor. darah bersih ini dia mengalir dalam kapilari darah kita. manakala darah kotor ini dia duduk kat bawah kulit kita. dan bila darah kotor ini banyak dia akan masuk dlm kapilari dan start kat sini lah akan jadi penyakit.

lepas itu bermula lah upacara bekam.. dia suruh buka baju.. sebab nak buat kat belakang badan.. tapi xpa lah situ semuanya lelaki. perempuan tak boleh masuk.

-mula-mula dia sedut kulit kita guna cawan dia
-lepas tu dia biarkan lama sikit
-dia buka cawan tu
-dia cucuk-cucuk belakang kita dengan pisau cukur
-lepas tu dia sedut balik bahagian yang dicucuk tu
-lepas seketika di cabut cawan itu
-dan lap darah2 kotor td dengan tisu

mak dan adik saya pun berbekam juga

ni lah alat-alat yang diguna kan
sumber : sini


hikmah berbekam

di dalam kitab At-tibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menuliskan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mana maksud nya

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

antara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan berbekam (dengan izin Allah)

-migrain
-darah tinggi
-gaout
-kencing manis
-sakit badan
-sakit saraf

banyak lagi maklumat tentang berbekam ini
nak tahu

sekian wasalam

p/s : gambar ada ambil tapi malu nak tunjuk

29 comments:

K said...

untunglah~~

nak jugak rasa berbekam.

p/s : muda lagi aiman, hehe :P

Unknown said...

takutla haha

serius nengok pon takmo

Mohammed Faizal said...

tahniah dah berbekam...aku pun nervous, dah 2 kali peluang datang tapi aku tolak...ko buat semua sekali ke? yg kat kepala tu pun buat ea?

Waney Swift said...

sunnah Rasulullah mst byk kelebihan..teringin jgk nk berbekam ni..insyaallah :)

aishareoils said...

err..sakit x??mcm sakit jek kene cucuk ngn pisau..huhu

aiman said...

sarjan : try la.. best jugak..

kak iffah : try la.. xsakit sgt pun..

faizal : hee tq2.. kat kepala tak.. sbb kena buang rambut..

syazwani : betul2.. InsyaAllah

ecah : xsakit pun.. cuma skrg takut nk mandi..

aiman said...

sarjan : try la.. best jugak..

kak iffah : try la.. xsakit sgt pun..

faizal : hee tq2.. kat kepala tak.. sbb kena buang rambut..

syazwani : betul2.. InsyaAllah

ecah : xsakit pun.. cuma skrg takut nk mandi..

syarifahsidrus said...

bestnya..teringin juga nak buat

Cik Caah said...

tak pernah buat,
tapi masa kat sekolah dulu kan
ada sorg cikgu ni suka berbekam
dia bekam kat belakang kepala

Unknown said...

eeee meremang bulu roma sbb ad jarum hahahahaah..

Unknown said...

masa berbekam tu rase sakit tak? rase x drh tu keluar?

SITI ARFAH said...

Wah brbekam. Tingin juga nk brbekm ni, tp blum ada ksempatan. :)

Anyyss Shuhaimi said...

sakit tak?tak pernah cuba..hehe

Unknown said...

nak try jugak bekam...tapi payah nak jumpa yang perempuan...:)

fa-in said...

ngilu nya baca entry ni..huu

aiman said...

syarifahidrus : bagus ada keinginan.. best..

cik ca'ah : tu la.. ingat nak buat juga smlm.. tp nnt kena buang rambut sikit..

sleeping : sy pun tak suka jarum

sakurasue : xda sakit pun.. darah keluar pun xrasa.. betul..

siti arfah : cari la.. da byk skrg.. InsyaAllah ada masanya nanti

anyss : tak.. kalau sakit pun xterasa sgt pun..

cik tiniey : tp yg dtg smlm ramai pompuan :)

fa-in : sori sori..

[sutera kasih] said...

tetibe teringin jgk nk berbekam..bgs tu buang darah kotor..errr tak sakit ke?huhu

aiman said...

sutera kasih : tak.. tak sakit pun..

Luqeem™ said...

kwn dlu pernah try, tp dia rasa sakit la blakang dia, siap ada bekas2 bulat lg..hehe

dlm smnggu tu dh ok..

aiman said...

tu la.. belakang ini ada bulat2.. cantik..

twinkeenabilah said...

Haha dulu nenek sedare pndai berbekam. Tapi tak pernah cuba. Takut. kekeke :p

atikah said...

agak2 sakit tak? wuwu~~ nak cube jgk.. tapi takut.

Anonymous said...

mcm nk try buat la...:)

Dzarief Zuhdi said...

erghh.. bekam sakit tak??
nasib aku ada personal nurse jaga kat umah, tak der la sakit2 slalu.. hehe

p/s: aik.. pop up dah?? nice

aiman said...

twinkeenabilah : ye? rugi la,, xsakit punn

atikah : tak.. tak sakit..

han : try2.. mula2 mmg nebes..

dzareif : tak sakit pun.. kita jer gerun lebih.. pop up? ada akak otai tegur ritu.. hehe

monster kecik said...

bekam tu mmg bgus :D
tp skrg kn ade care bru...gne lintah.. hehehe

aiman said...

a'ah.. tau jugak.. hehe.. takut sikit dgn lintah,,

Elly Jade said...

gulp!!! mcm seram nk berbekam
tp teringin jugakk...

aiman said...

aiman pun memula seram.. tp ok jer..