merdekakah kita?

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
maaf zahir batin
saya pohon kepada semua 



dan saya juga ingin ucapkan 
Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-54
buat Negara tercinta
Malaysia

Agak lama juga tidak update blog. maklumlah sibuk beraya..

Bercakap tentang merdeka. Adakah benar kita telah merdeka?Mungkin benar negara kita telah bebas dari dijajah secara fizikal.tapi pada pendapat saya kita belum benar-benar merdeka dari segi pemikiran dan juga cara hidup. atau mungkin kita sudah merdeka tetapi semakin dijajah.

sebenarnya isu ini sudah banyak dibahaskan. dan telah banyak kali saya buat karangan tajuk begini semasa sekolah dulu. tidak perlu kita pandang jauh-jauh. di sekeliling kita pun sudah terdapat banyak tanda-tanda yang kita dijajah.

kita tidak dijajah oleh British, Portugis mahupun Jepun. Tetapi kita dijajah oleh syaitan dan juga nafsu. Tanda-tandanya sangat pelbagai. senang cakap, maksiat berleluasa. Kemerdekaan yang kita perolehi ini bukanlah percuma, tetapi sangat mahal harga untuk mendapatkannya. Jadi kita perlulah bersyukur dengannya, atau Allah akan menarik nikmat kemerdekaan ini.

firman Allah :


"Jika kamu bersyukur dengan nikmat Ku maka kami akan menambah nikmat-Ku, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih"

sebagai tanda syukur kita terhadap nikmat yang diberi Allah. Kita hendaklah mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

dan akhir sekali, kita sampai bila-bila tidak akan merdeka kerana kita adalah HAMBA ALLAH. dan ini adalah jawatan kita yang paling utama dalam hidup ini. dan semoga kita menjadi hamba yang baik. Amin~

sekian
-wasalam-

p/s : lamanya tak update. mesti orang meluat.

9 comments:

K said...

selamat hari raya XD

lama menunggu, hehe :P

wan azie said...

mmg smpai skang pn idup kita dijajah.... lihat sekeliling jek pn kt da blh agak....




y pnting...smoga kita smua sntiasa d bwh naunganNYA....

Dzarief Zuhdi said...

agak lama la tunggu.. hehehe..

minda dijajah mmg susah nk merdeka.. klu agama sendiri pun x bleh nak perjuang elok2, baik pegi mapos je.. lol

asnizaziz said...

mana ada meluat..manusia dijajah dengan hiburan dan hedonisme dan terus leka..itu lebih meluat..

salam syawal dan merdeka:))

Unknown said...

huhu kne jajah ngn nfsu lg payah kot..
bkn sng nk buang tebiat buruk tuh sume..

aamalinaazman said...

waaaa
bru berkesempatan mai belog cek aiman..
heee
camat ari aye cek aiman!
heee..moge kite merdeka lua dan dalam =]

aiman said...

sarjan : selamat hari raya.. hehe..

wan azie : betul.. InsyaAllah. amin

dzarief : pergh.. hehe.. betoi2..

asniaziz : ya xmeluat? haa.. betol tu.. salam syawal juga

sleeping : nafsu mmg susah.. melawan dia tu kira jihad tu..

aimie : haha.. masing2 bz beraya. selamat hari raya juga.

Hafriz Mohamad said...

masih belum merdeka!~

PASTI! huhu...

Anonymous said...

selamat hari raya maaf zahir batin~