kisah sang helang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Ada sebuah cerita. Pada zaman dahulu terdapat seorang Raja. Raja ini sangat suka membela burung. Dia membela pelbagai jenis burung. Ada burung merak, tekukur, helang dan bermacam-macam lagi. Dalam banyak-banyak burung ini, burung yang paling Raja sayang ialah burung helang.

Burung helang ini sangat cantik, bijak dan gagah. Raja selalu membawa burung ini kemana sahaja beliau pergi. Berburu pun di bawa bersama.

Tetapi suatu hari, burung ini telang hilang. Raja menjadi sangat susah hati. Selama 3 hari baginda tidak keluar dari Istana. Kerana bersusah hati. Lagu baginda mengarahkan seluruh bala tentera baginda mencari burung helang tersebut di dalam kota. Tetapi masih juga tidak dijumpai. Kemudian raja mengeluarkan iklan. Barang siapa yang menjumpai burung helang tersebut akan dikurnia dengan pangkat serta ganjaran yang sangat besar.

Pada masa yang sama, burung helang tadi telah hinggap di suatu pondok di dalam hutan. Tuan punya pondok itu seorang yang mempunyai pemikiran yang kurang sedikit. Dia berasa gembira dengan kehadiran burung helang yang jinak itu. Dia menjaganya dengan baik, malah turut memberikannya makanan.

Suatu hari lelaki itu berfikir untuk mencantikkan burung helan itu. Dia telah memotong kuku helang yang tajam kerana berfikiran ianya bahaya. Dia juga telah memotong bulu-bulu burung helang yang lebat itu. Lalu dia berkata " Macam ini baru kemas, baru hensem."

Suatu hari dia keluar ke pekan untuk berjalan-jalan dan dia terpandang iklan tentang burung itu. Dan dia merasakan memang itulah burung yang ada di pondoknya. Lalu dengan tergesa-gesa dia membungkus burung helang itu lalu pergi menghadap raja.

Dan setelah mendapat kebenaran pengawal dia pun mengadap raja. Raja bertanya " Ada apa kamu menghadap beta?"

"patik ada hadiah untuk tuanku", jawab lelaki tadi. "Apakah ia?", tanya Raja lagi.

"patik ada burung helang tuanku", jawab lelaki tersebut. Raja terus bangun dengan gembira, lalu menghampiri lelaki tersebut. "Manakah burung itu?", tanya sang Raja.

Lalu lelaki itu membuka bungkusan tersebut. Alangkah terkejutnya Raja melihat burung helangnya di situ. Lalu baginda berkata " Memang ini burung helang beta. Pengawal!! bawa lelaki ini dan lakukannya seperti mana dia lakukan terhadap burung helang beta!! Bawanya ke balai hukuman!!"..


dan.............

kita sebagai seorang Islam. Apabila kita menghadap Allah nanti, adakah kita berkata "Allah, inilah ibadat ku terhadap Mu. Inilah Islam yang aku ikuti". Sedangkan Islam yang kita amalkan itu berlubang sana, berlubang sini. Terkurang sana, terkurang sini. Sesungguhnya Islam yang di ajar Nabi Muhammad ada Islam yang sempurna. Allah hanya mahukan Islam yang sebenar-benar Islam.
macam itu lah diibaratkan kisah tadi. sebagai perumpamaan kepada kita. fikirlah..


"aku pakai seluar pendek pun aku solat jugak"

"aku pakai tudung jugak walau aku pakai seksi-seksi"

"tak solat pun aku puasa juga"

"aku terima rasuah tapi aku bayar zakat"

"tak tutup aurat pun aku solat juga"



macam ini kah Islam kita?

tepuk dada tanya hati kita.

salam

^^

p/s : saya bukanlah yg terbaik untuk menegur anda semua. ini untuk diri saya juga.

26 comments:

twinkeenabilah said...

Hehehe best best !

Tepuk dada tanya Iman :)

Unknown said...

wau.. hehehe
tkutnye jdik org y cm tuh uhuhuhu

Cik Caah said...

heee..betul2 :)

aamalinaazman said...

huhuhu
x mo jadi owg2 cm ni...

Mohammed Faizal said...

mula-mula baca memang menarik, kisah teladan zaman dulu kala, last sekali ada hikmah...memang terkena kat batang hidung sendiri. perumpamaan yang bagus dan berkesan

ikramothman said...

simple tapi ade mesej nya..

Dzarief Zuhdi said...

pergh.. mantop seyh.. islam tu mudah, tapi org ambik Islam tu terlalu mudah..haishh

Anonymous said...

terdiam sekejap baca entri ni..
bila difikirkn balik amlan han tak cukup lg untuk dipersembahkan diakhirat kelak...hmm

Etong said...

Suka entry ni :)

K said...

betul tu. islam itu mudah sebenarnya, tapi kita yang memandang rendah, dan tak membuka fikiran tentang keindahan islam :)

Unknown said...

nice entry... sama2 kita muhasabah diri... banyak kan lg amalan kita kat dunia ni.. huhu.

asnizaziz said...

islam yg berlubang-lubang? nauzubillah :(

apelyna said...

betul tu.
tiap2 mlm seblum tido,kena tepuk dada tanya hati, tanya iman. Ape kte dah buat haini. :)

syarifahsidrus said...

amalkan islam sebeb]nar.analogi yg simple

fa-in said...

ngilu bila terbayang part hukuman utk org tu -,-

islam dah cukup sempurna, cuma segelintir manusia suka sandarkan kelemahan pd islam.

[sutera kasih] said...

dialog2 tu yg biasa kita dgr sekarang..bg sy tu dialog org ego..

nauzubillah..

aiman said...

twinkeenabilah : betul2..tanya iman

sleeping : xmau jd jugak..

cik ca'ah : kann

aimie : sy pun xmau

faizal : sy pun terkena jugak..

aiman said...

ikram : moga org faham mesejnya

dzarief : hee.. betol.. ramai amik terlalu mudah..

han : amalan sy pun xcukup juga..

etong : suka juga

asniaziz : harap kita xgitu

Luqeem™ said...

betul2..islam yg syumul membawa brjuta keberkatan skiranya kita mngamal dan beribadat kepadaNya scara penuh..

aiman said...

wan zuliyana : saya setuju.. patut tiap2 hari muhasabah

sarjan : betul.. sy setuju

diary of mine : betul2.. sama2 kita fikir..

syarifahidrus : simple jer analoginya.hee

fa-in : vetul.. da cukup sempurna dah..

sutera kasih : hmm.. nauzubillah..

luqeem : betul sy setuju tu..

Zul fattah said...

Bagus aiman..nice sharing.. kita sebagai manusia ni ..kena selalu muhasabah diri.. supaya kita tidak lupa asal usul kita..

Elly Jade said...

thanx jiran...
mcm mana kita datang,macam 2 la jugakla kita kena kembali dengan Allah tanpa ubah apa2 :)

Unknown said...

perumpamaan dlm crite helang tu mmg terbaik.mengena! thumbs up.

aiman said...

zul fattah : sama2.. kena selalu muhasabah kita ni...

akak suhaili : sama2 jiran.. betul..

sakura : hee..

kotak bulat said...

kb baca 2kali bru phm.. hehehe

aiman said...

kb : mujur paham.. sori menyusahkan..