assalamualaikum
cam biasa , ingin dikongsi sedikit intipati khutbah yang disampaikan hari ini. secara individu saya rasa, bila cuba buat entri yang daripada khutbah, secara tak langsung kita akan beri tumpuan. tak macam sebelum ni. kat da tumpuan langsung. fikiran pun asyik merewang. kalau nak tido pun kita tido jer.. sekarang dengan usaha nak buat entri berdasarkan khutbah. paling tidak saya dapat nasihat diri sendiri jika tak dapat nasihati orang lain.
"jalan ke syurga di penuhi dengan onak duri manakala jalan ke neraka di penuhi dengan nafsu syahwat dan keseronokan"
jalan ke syurga sangat susah untuk di lalui. kita perlu sentiasa bermujahadah dan istiqamah dalam melakukan ibadat.
Allah berfirman dalam surahal-A'la ayat 16-17 yang bermaksud :
"sedangkan kamu orang kafir memilih kehidupan dunia. padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
kita sering berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia. tidakkah kita tahu bahawa dunia ini sekadar satu tempat persinggahan, sekadar satu tempat untuk kita bercucuk tanam sebelum kita menuai hasilnya di akhirat kelak.
syaitan dan nafsu sering mengajak kita melakukan kejahatan. dan syaitan juga sering membisikkan di telinga kita tentang kebaikkan yang telah kita buat, supaya kita rasa ujub, riak dan juga sombong. dengan bisikan syaitan ini juga manusia akan rasa seperti sudah banyak berbuat kebaikkan. padahal kebaikkan itu sangat sedikit.
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang membawa maksud
"syaitan menjanjikan kamu atau menakutkan kamu dengan kemiskinan jika kamu bersedekah, dan menyuruh kamu berbuat keji (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia Nya kepada kamu. dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui."
selain itu berbuat kebaikkan juga haruslah ikhlas. tiada guna jika tidak ikhlas. pahala bukan menjadi isu di sini, apa yang kita inginkan ialah keredhaan Allah. Perlu diingatkan, kita dapat masuk disyurga bukan kerana amal ibadat kita. tetapi adalah kerana keredhaan Allah.
Rasulullah pernah bersabda :
"Binasalah orang-orang Islam kecuali mereka Berilmu.
Maka binasalah golongan berilmu, kecuali mereka yang beramal dengan ilmu mereka.
Dan binasalah golongan yang beramal dengan ilmu mereka kecuali mereka yang ikhlas.
Sesungguhnya golongan yang ikhlas ini juga masih dalam keadaan bahaya yang amat besar…"
maka marilah kita sama-sama memupuk sifat ikhlas dalam diri kita.
dan
ingat Jalan ke syurga penuh dengan onak duri manakala jalan ke neraka penuh dengan keseronokkan
anda bijak?
buatlah pilihan anda sendiri.
10 comments:
dunia itu jambatan ke akhirat bukan?dunia2 jugak cuma jangan lupakan bekalan ke akhirat.. :)
yep betul..
dunie dan akhirat kene seimbang... (:
iya.. benar.. kena seimbang.. tapi kena utama yang lebih utama..
jangan dikaburi ngan permainan dunia semata-mata.. guna akal untuk memilih jalan.. insyaallah ditemui jalan yang lurus~.. =)
betul tue...
@gary : sama2 kita banyakkan berdoa
@zarulfarhana : =)
macam literature the road not taken plak..heee =)
sama2 kita beringat ..
@aimie : eh? haha.. macam penah dengar
@tia : betul.. sama2 kita ingat memperingati..
Post a Comment