seperti biasa semua orang lelaki akan pergi solat jumaat di masjid.. dan semasa di masjid mereka akan mendengar khutbah yang di sampai kan oleh tuk khatib..ianya berupakan pesanan dalam manusia menjalani kehidupan seharian..di sini ku ingin berkongsi sedikit sebanyak input yang aku dapat semasa di masjid tadi.. tuk khatib bercakap tentang
sabda rasulullah :" Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk" .
sabda rasulullah antara tanda kebahagian ialah mempunyai jiran yang baik..ini kerana manusia hidup secara bermasyarakat.. dan keadaan masyarakat sekeliling amat memainkan peranan dalam menentukan kebahagiaan seseorang muslim.
di sini saya sertakan sedikit hak hak jiran.. ia antaranya adalah memberi salam jika mereka orang Islam, menjenguknya jika sakit, mengucapkan takziah atas sesuatu musibah, mengucapkan tahniah atas sesuatu kegembiraan, menasihatinya jika tidak menutup aurat dengan sempurna, bersabar atas karenahnya...
Islam melarang umatnya dari menyakiti jiran, menggangunya, apatah lagi mencuri harta bendanya, malah mereka patut diberi sokongan untuk meneruskan kehidupan jika didapati mereka berada dalam kesempitan. yang ini saya tidak pasti samaada hadis atau pun ayat al-Quran (terhilang fokus sikit dalam masjid tadi). tapi bunyinya begini
lihat lah jiran sebelum kamu membina rumah
disini dapat dilihat betapa pentingnya pemilihan jiran dalam kehidupan kita
kemudian tuk khatib juga ada memberikan doa untuk dijauhkan dari jiran yang tidak baik.. dan tuk khatib mengulangnya sebanyak 3 kali..
اللهم اني اعوذ بك من جار السوء
akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal..
Nota kaki : minta maaf sebab isi berselerak
0 comments:
Post a Comment