malam pertama ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

indah permandangan
melihat masjid
terang bergemerlapan
menyambut ketibaan
bulan ramadhan
rakan-rakan sahabat taulan
jiran-jiran kenalan-kenalan
semuanya seiring dan sejalan
ingin menunaikan
ibadah yang mulia
dengan hati yang ikhlas
ingin mendapat keredhaannya
kanak-kanak gembira
yang remaja ceria
dan yang tua bahagia
berkumpul bersama
di rumah-Nya
dengan harapan di dada
mengharapkan yang terbaik
agar nanti
tidak disesali pemergiannya
kepada semua
selamat menyambut 
Ramadhan al-Mubarak

nota : camana leh terasa nak bersajak..haha..

sebenarnya.. malam tadi.. tadi.. pergi solat Tarawih. Seronok rasa tengok ramai orang. yang wanita nya serba putih. yang lelaki pula segak berkopiah. mesti rasa best dan terharu tengok sambutan masyarakat di kampung ini. dan saya berharap, agar semangat ini boleh di bawa hingga ke akhir Ramadhan. ini juga pesanan untuk diri saya sendiri. tak mo lagi hangat-hangat tahi ayam.

tadi tok imam menasihatkan banyak perkara seperti niat puasa. saya baru tahu yang niat secara sebulan terus adalah mengikut Imam Maliki. Bukan apa, ini sebagai spare bimbang-bimbang kita terlupa untuk niat puasa yang tiap-tiap hari tu.

Tok Imam  menceritakan tentang kepentingan menjaga saf. Agar tidak putus. penuhi saf yang hadapan dahulu. Tok Imam juga menceritakan tentang bulan ramadhan ini di mana permulaanya adalah Rahmat, pertengahannya adalah Pengampunan dan akhirnya adalah dijauhkan daripada api neraka.

dan kepada semua selamat menjalani ibadah puasa ( dah banyak kali wish dah sebenarnya).

notakaki : hepi, excited, macam-macam perasaan ada..suka bulan puasa.

kena saman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

hehe.. hari ini pergi pasar besar kat Seberang Perak.. ramai betul orang.. sampai sesak-sesak jalan.. polis pun ramai, macam pesta polis pun ada.. sibuk betul dorang menyaman orang-orang yang letak kereta ikut suka hati.. orang yang letak kereta ikut suka hati ini la yang buat jalan jem.. sempit habis jalan-jalan.. padahal banyak ja lagi tempat parking dalam tu..

aku disebabkan minggu lepas ada mimpi kena saman dengan polis.. jadi segar dalam ingatan.. so tak da lah parking rata-rata.. dan tak kena lah saman.. tak mau dah bayar saman-saman ni.. cukup lah 3 kali (semuanya speedtrap)..

kepada yang kena saman, jangan marahkan polis, mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. dan polis ini selalunya tidak saman orang yang tidak buat salah. so kira ini sebagai pengajaran lah untuk mereka-mereka yang suka-suka langgar itu peraturan..tapi ada juag istilah 'tak makan saman'. ini tak tahu la nak cakap macam mana. mungkin berwang, berkuasa atau berpengaruh (ada kabel)..

kan Allah dah berfirman :

"Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"

jadi kita kena lah ikut arahan selagi mana arahan itu tidak melanggar hukum syara' dan juga tidak membawa keburukan kepada orang sekelilingnya.

cuba kita tengok. orang buat salah kena saman. begitu juga orang buat dosa, kena balasannya juga.

akhir sekali kalau nak buat apa-apa tu. fikir dulu mana baik mana buruk. jangan kalut sangat.

ikut rasa binasa
ikut hati mati

jangan dengar sangat cakap orang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..
Terdapat suatu kissah


Pada suatu masa dahulu terdapat sekumpulan katak-katak kecil. Mereka mengadakan satu pertandingan lumba lari. Cabaran dia adalah menawan puncak satu menara yang sangat tinggi. Maka pada hari yang ditetapkan pun tiba. Katak-katak sekalian pun berkumpul di bawah menara tersebut untuk memmulakan pertandingan. Suasana sungguh meriah dengan penyokong-penyokong dan juga peniaga-peniaga gerai. 


maka pelepas pun mengira " 1, 2....3!!! bermula lah pertandingan lumba lari tadi walaupun katak sebenarnya melompat.


secara jujurnya tiada seekor pun dikalangan ramai-ramai katak tadi yang percaya bahawa katak-katak kecil itu boleh sampai di puncak menara. kedengaran kata-kata tidak sedap,


"oooh, susah sangat ini"


"aku berani bet tak ada seekor pun sampai"


maka seekor demi seekor katak tadi jatuh tak berdaya. kecuali yang masih mampu mengekalkan rentak, mereka terus panjat makin tinggi dan makin tinggi. Tetapi kumpulan-kumpulan katak di bawah terus menjerit "susah tu, mana diorang mampu". Jadi makin ramai katak yang jatuh, mengaku kalah. Kecuali seekor katak yang masih meneruskan perjuangan. Dia langsung tidak berputus asa. ketika mana katak-katak lain telah menyerah kalah, katak tadi masih juga terus melompat dan melompat. Akhirnya atas usaha kerasnya, dia berjaya juga menawan puncak menara tadi. 


Kemudian ketika katak tadi turun, semua katak-katak lain pergi mengerumuninya dengan perasaan ingin tahu bagaimana katak tadi boleh sampai ke atas.


salah seekor kata bertanya kepada katak tadi bagaimana dia mampu melakukannya..tetapi katak tadi tidak berkata apa-apa.. mereka bertanya lagi tetapi masih juga tidak berjawab. Rupa-rupanya katak tadi PEKAK. 


kesimpulan daripada cerita ini :


jangan dengar kepada pendapat-pendapat orang yang negatif. Sebab mereka akan merampas cita-cita kita. Ingatlah bahwa kata-kata mempunyai keajaibannya sendiri. kerana setiap kali kita baca dan kita dengar ianya akan mempengaruhi tindakan kita. jadi, sentiasalah positif.


jadi..pekakkan telinga jika ada yang mengatakan anda tidak mampu melunaskan mimpi anda dan selalu berfikir yang Allah sentiasa bersama anda


" Allah tidak pernah berjanji yang hidup ini sentiasa senang.
.Tetapi Allah berjanji akan selalu bersama tak kira susah atau senang"




nota kaki : sebenarnya diri ini sangat takut dengan katak..hehe..

melawat pak njang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

petang semalam (orang kedah cakap kemarin), aku serta ibu dan ayah pergi melawat pak cik ku seorang ni. dia terkena serangan jantung paginya. sebenarnya kami semua tahu semasa pagi-pagi lagi, tapi tak nak habaq kat ayah, sebab ayah pun ada pengalaman jugak dalam sakit jantung ni. pak cik ditempatkan kat wad pemulihan jantung (CRW) di tingkat 3 di Hospital Sultanah Bahiyah.

Wad tu memang di jaga rapi. kawalan pun ketat. dalam waktu melawat, 3 orang ja boleh gi melawat. 3 orang itu termasuk penjaga. nak masuk pun kena juga pas. kak guard pun garang. kanak-kanak under 12 juga tak boleh masuk situ. bukan apa bimbang terkejut para pesakit jantung.

semasa melawat tu adalah terdengar orang bersembang dengan pesakit.

"takut kena buang hati, buang limpa"

orang yang sedang sakit kat sebelah ni pun gerun mendengarnya. lepas tu terdengar lagi.

"saya dulu pun macam ni jugak. last-last kena operate"

hehe.. kecut pesakit ni dengar. seeloknya kita cakap lah yang elok-elok. minta cepat sembuh.

so hari ini saya nak share lah serba sedikit adab melawat orang sakit ni..

sebenarnya menziarahi orang sakit ini amat-amat digalakkan oleh Islam.

sabda Nabi, 

"Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin"

sabda Nabi,

"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."

sabda Nabi lagi,

"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”."


antara adab-adabnya ialah :
  • Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.
  • Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.
  • Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.
  • sunat di bacakan doa supaya Allah menyembuhkan dia

akhir kata, kepada kawan-kawan sekalian, ingat, hidup kita tak lama pun. kemudian, amalkanlah hidup yang sihat, kurang-kurangkan lah makanan yang berkolestrol. banyakkan bersenam.. hehe.. ok renung-renungkan dan selamat beramal..

semoga cepat sembuh pak njang

nota : sebenarnya semalam dah bawa kamera nak tangkap gambar, macamana boleh terlupa. 

pilih antara dua jalan

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

cam biasa , ingin dikongsi sedikit intipati khutbah yang disampaikan hari ini. secara individu saya rasa, bila cuba buat entri yang daripada khutbah, secara tak langsung kita akan beri tumpuan. tak macam sebelum ni. kat da tumpuan langsung. fikiran pun asyik merewang. kalau nak tido pun kita tido jer.. sekarang dengan usaha nak buat entri berdasarkan khutbah. paling tidak saya dapat nasihat diri sendiri jika tak dapat nasihati orang lain.

"jalan ke syurga di penuhi dengan onak duri manakala jalan ke neraka di penuhi dengan nafsu syahwat dan keseronokan"

jalan ke syurga sangat susah untuk di lalui. kita perlu sentiasa bermujahadah dan istiqamah dalam melakukan ibadat.

Allah berfirman dalam surahal-A'la ayat 16-17 yang bermaksud :

"sedangkan kamu orang kafir memilih kehidupan dunia. padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"

kita sering berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia. tidakkah kita tahu bahawa dunia ini sekadar satu tempat persinggahan, sekadar satu tempat untuk kita bercucuk tanam sebelum kita menuai hasilnya di akhirat kelak.

syaitan dan nafsu sering mengajak kita melakukan kejahatan. dan syaitan juga sering membisikkan di telinga kita tentang kebaikkan yang telah kita buat, supaya kita rasa ujub, riak dan juga sombong. dengan bisikan syaitan ini juga manusia akan rasa seperti sudah banyak berbuat kebaikkan. padahal kebaikkan itu sangat sedikit.

firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang membawa maksud

"syaitan menjanjikan kamu atau menakutkan kamu dengan kemiskinan jika kamu bersedekah, dan menyuruh kamu berbuat keji (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia Nya kepada kamu. dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui."

selain itu berbuat kebaikkan juga haruslah ikhlas. tiada guna jika tidak ikhlas. pahala bukan menjadi isu di sini, apa yang kita inginkan ialah keredhaan Allah. Perlu diingatkan, kita dapat masuk disyurga bukan kerana amal ibadat kita. tetapi adalah kerana keredhaan Allah.

Rasulullah pernah bersabda :

"Binasalah orang-orang Islam kecuali mereka Berilmu.
Maka binasalah golongan berilmu, kecuali mereka yang beramal dengan ilmu mereka.
Dan binasalah golongan yang beramal dengan ilmu mereka kecuali mereka yang ikhlas.
Sesungguhnya golongan yang ikhlas ini juga masih dalam keadaan bahaya yang amat besar…" 


maka marilah kita sama-sama memupuk sifat ikhlas dalam diri kita.
dan
 ingat Jalan ke syurga penuh dengan onak duri manakala jalan ke neraka penuh dengan keseronokkan

anda bijak?
buatlah pilihan anda sendiri.

Harimau Malaya Ku


Assalamualaikum.. Sebaik sahaja wisel penamat berbunyi di Stadium Nasional Bukit Jalil, secara official nya pasukan bola sepak negara kita, Harimau Malaya menamatkan saingan memburu Piala Dunia 2014. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Singapura. Tetapi tidak lupa juga kepada Pasukan negara kita dan juga seluruh penyokong yang pergi ke stadium mahupun bersantai dirumah..

Bermacam-macam karenah penyokong yang kita dapat lihat di stadium mahupun di ruangan maya.. ini antara sedutan-sedutan status-status peminat bola sepak di ruangan maya atau lebih khusus di Facebook. Sebenarnya pernah buat dah sekali entri sebegini semasa perlawanan di Singapura tempoh hari. Tapi nak buat sekali lagi sebab seronok tengok gelagat penyokong Harimau Malaya. Gembira tengok semangat mereka menyokong negara. kita saksikan.

"Mlm ni ada bola...sapa sokong singapore.....hehehe"


"Fine. Fine. Fine! Jammed gilos. Camano nak bukak puase ni? Huk3 T__T menci dengar dj hotfm kt stadium. Kang dgn baju kurung ni gak den pi stadium."


"jelesnye x dpt tiket"


"All the best to Harimau Malaya tonight! Teman sedih nak khaborkan, teman xdapat pegi stadium ini kali, insyaAllah, teman akan menyokong dari jauh, yang penting, mari kita berganding bahu dan buktikan, Malaysia Boleh! Moh tgk bola!"

"Kepada kawan-kawan yang dekat stadium. Jangan lupa solat maghrib :)"

"Dh maghrib la kwn2.... Jom solat...! kite doakn kejayaan & kemenangan skuad Harimau Malaya kite mlm nih... InsyaAllah... Malaysians with u guys... !"

"Goal !!"

"diner plate kfc n bigmac mcd jd sntapan aku mlm ni..haha
Perut kenyang,hati senang..bru la leh tgk b0la..ayuh hrimau malaya !!!"

"pertama kali tgk bukit jalil full..ayuh rimau,baham singa mlm nie..."

"keeper~~~~!!!!! oyeahhhhhh2...!!!!"

"Safeeeeeeeeeee sdap dah assist! Main la betoi2 player, convert chance!"

"Malaysia Boleh!!!!kali ini boleh belasah Singapura 5-0 hehe"

"Malaysia XI against Singapore."

"Cuaknye tgk bolaaa~~~-*_*
gO msia gO!!! fighting!!"

"Khairul Fahmi........ I'm not gay, but you're tooooooooo awesome. Terbaik la, kualiti... dayum!"

"ismail faruqi xidup,,tktikal singapore cam hram,,,seb bek apek perform sket mlm nie...gua stress"

"sgt kuciwa ngan K RajaGopal ~"

"Aummm.. GO! x100"

"mantop la apek mempertahankan pintu gol...."

"Safeeeeeee GOALLLLLLLLLLLLLLLL!"

"g0o0o0o0ll.....!!!!"

"Alhamdulillah..wA syukurillahhh..bersyukur kepada Allah~~~woaaaa~~~lepas jerit sume nyanyi lagu ni..haahahaa...1 je lagiiiiiii!"

"stop acting la singpore player ! @&#%^@#"

"Mengharapkan keajaiban mlm nie kata zainal.."

"Safee sali..habis game..gi sepak defend sorang2!"

"pemain2 sngapura adalah actor y terbaik mlm nie kata zainal..hahaha..aku setuju.."

"Best view of the night: Amirulhadi and Safee membuat bicycle kick bersama-sama. Cute! :P"

"selamat tinggal 2014!"

"apa-apa pon congratzz la MALAYSIA......."

"wlpun rimau kalah,tapi aku bangga coz depa men best trutama amar ngan apek.."

"wELL nO MaLaYsIa aT wOrLd cUp 2o14... =("

"Silap besar pki sharbinie mase 1st game.."

"ak x puas ati btul la ngan pengulas bola td..mncemaskan lg keadaan pnonton yg tgh cemas ni..jem.."

"kesedihan yg berganda malam ini dikala perpisahan esok hari berserta kekalahan our country, Malaysia...but tahniah Singapura..Malaysia Good Game but not Very Good...Tahniah Pnyerang Prolifik kite Safie Sali...wuwuwuwuw~~~"

"teruk ngat aih main.."

"Safee Sali Khairul Fahmi Che Mat ngn Safiq Rahim 3 watak penting Harimau Malaya..xde je sorang Harimau agak tempang.."

"mood: sabo je la~~~ huuu....."

"rasa macam baru lepas tengok cerekarama. nasib baik aku tak nangis *lol*"

"bukan rezeki kita kali ni.. Try harder next time."

"pandainye si singa tu berlakon...spe aja?? aoron aziz?!! *tros tak jd nk mrh...SETH! huuuu=("

"nk ckp byk pun xboleh...cz kite ni just tgk je,..cuba byngkan kite yg tgh main..camne la perasaan kite ni kan..huhuh"

"Penyokong dan fans dah world class. Keeper pun world class. Tapi..."

"Loads of time for Russia, 2018 preparation."

"Geram. . . cam nk g men futsal pastu score,br puaQ"

"aku bukan penonton bola sepak yg tegar dan kenal semua pemain yang ada atas padang tu tapi bila MALAYSIA yang lawan,aku gigih sorak depan tv tu,sebab tu aku sedih bila msia xdapat proceed to next level T_T"

"Skuad Bola for Olympic 2012 in London, Nicol Ann David (baru menang skuash chmpnshp haritu), Takraw naib johan DUNIA, Badminton World Championship, 1st Seed/World Rank: Lee Chong Wei. :) They are AMAZING Malaysians, and let's pray for their success as supporters!"

"malaysiaku berjaya..."

"xde hal la,,,olimpik ade lg...hak2"

"Fuh fuh, baru lepas tgk drama bersiri TV3. sedih bah kaw...jalan cerita sume nk sedih², sakit², baring². hadoii...baik main FIFA lg best. smooth je jalan cerita. XD.
Anyway..Def da improve, tp cam "org tgh" salah tempat je nk bias² ni. haha..jgn smpai dia x balik umah lak tayar motor pancit...minyak kene sedut. Hoho...xtau la nk cakap apa..moga jd lebih baik. overall mmg pelakons sinetron yg pro-pro belaka...peace~"

"Tiger dah btukar jadi biskut tiger~asyik kne mkn je..ha3..xpe2,,xde rezeki~~esok nk pakai jersi malaysiaa..wee~~~hurmm..<tring​t muke ahli fisio spore.beriya sungguh.haha>"

"Man of the match : Apex
Power of the match : Referee
Sprinter of the match : Kunalan 
Goal of the match : Safee
Laser victim of the match : Singaporean GK
Entertainer of the match : Singaporean GK
The most wanted : Singaporean GK"

"OMG!.tak penah asa sedih cmni kot..harimau oh harimau!!"

"midfield duk tengah tengok bola hok defend lambung ko Safee Sali.. 
pahtu wak bunyi Weeeeeee supo angry bird..!hik3"

"Ada tak sesiapa jumpa profil raja gopal?? nk bincang cket ngn dia..haha"

"mgkn ade hikmahnye..."

"diorg x penah jmpe pdg rumput asli kot...
smp teguling2 diorg suke dpt maen ats rumput...huish....dahsyat2x..."

"‎#123 : Pemain bola sepak Singapura-pura main bola seperti berdrama atas padang macam celaka, defensive line Harimau Malaya tersipu-sipu malu dengan asakan si buncit dan tua, rembatan Safee Sali kencang gila, harapan rakyat Malaysia macam gua dan semua hancur belaka."

kesimpulannya :

hehe..banyakkan status yang diupdate..sungguh bangga mempunyai kawan-kawan yang sangat cintakan negara.
tetapi biasalah kawan-kawan, menang kalah adat permainan
kita kena terima tu..
skuad negara kita pun dah berjuang habis-habisan..
mungkin tiada rezeki..
saya tau ramai yang tak puas hati dengan permainan pasukan Singapura
yang melengahkan masa dan bergolek sana-sini.
lain kali cuba lagi..
ingat..skuad negara kita ni muda-muda lagi..
InsyaAllah dengan bertambah pengalaman nanti, bertambah baik permainan mereka..
sama-sama kita doakan..
dan jangan lupa juga skuad olimpik bola sepak negara kita masih lagi dalam perjuangan 
doakan mereka..

bola dah tamat..apakata kita teruskan semangat yang membara-bara ini ke bulan Ramadhan.. dah nak dekat dah ni.. Kita rebut semua peluang yang terhidang..

macam main bola juga ibadah puasa ini kita ibaratkan..

matlamat kita, gol kita nak mendapat keredhaan Allah..
defend kita kenalah kuat..kalau tak mahu kalah dengan nafsu kita sendiri..
serangan kita haruslah pandai ambil peluang yang terhidang..
bahagian tengah juga kena kuat..bantu serangan dan juga pertahanan..
tak elok juga kalau kita berusaha buat baik, tapi yang jahat buat juga..
amar ma'ruf, nahi munkar
bukan amar ma'ruf sahaja.
macam skor gol, tapi bolos pun ada..
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

berfikir sejenak - jika benar


jika benar kekayaan adalah kunci kepada kebahagiaan
tentu yang kaya bergembira dan menari di atas jalan,
tetapi hanya kanak-kanak miskin yang berbuat begitu

jika benar kuasa memastikan keselamatan
maka ahli politik dan orang-orang besar patut berjalan tanpa pengawal
tetapi. hanya orang yang hidup bersederhana tidurnya nyenyak

jika benar kecantikan dan kemahsyuran membawa kepada hubungan yang indah
maka artis-artis sepatutnya mempunyai perkahwinan yang paling sempurna.

jadi

hiduplah bersederhana
jalanlah dengan penuh rendah diri
cintalah dengan sebenar-benar cinta
hidup akan indah dan bermakna

spontaneous thursday - 3




Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya,
 nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

kertas kerja bulan puasa



KERTAS KERJA PERLAKSANAAN
PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK

pendahuluan

Bulan ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan ini semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Sepanjang bulan puasa, syaitan akan di belenggu daripada mengganggu anak cucu Adam. Jika masih berbuat jahat maka itu adalah nafsu diri sendiri.

Sepanjang bulan Ramadhan juga Allah mebuka pintu syurga seluas-luasnya dan menutup pintu neraka.

Puasa bukan sahaja bermaksud tidak makan atau berlapar. Tetapi kenalah berpuasa dari segala segi, percakapan, pendengaran dan penglihatan.

Dalam bulan Ramadhan juga diturunkan al-Quran. Dan di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang kelebihannya seperti seribu malam, iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadar).


objektif

membuat kita lebih taqwa kepada Allah.

untuk mendapatkan pahala yang melimpah ruah.

untuk mendorong diri sendiri selalu berbuat kebajikan.

untuk melatih diri sendiri menahan nafsu.

melatih sikap sabar, disiplin dan juga emosi.

untuk merehatkan tubuh badan. dah sebelas bulan kerja keras. ini masa untuk berehat.

untuk mempereratkan silaturrahim dengan bersahur dan berbuka puasa bersama-sama.

bermaaf-maafan apabila tiba aidil fitri.


tarikh/ masa

1 - 29 Ramadhan 1432
1 - 29 Ogos 2011

*bergantung kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja.


aktiviti

niat puasa

bersahur secara bersederhana ( jangan over sangat )

berpuasa segala percakapan, pendengaran dan penglihatan.

solat berjemaah (jika tiada masalah dan gangguan)

berbuka puasa ( secara bersederhana, jangan kenyang-kenyang sangat )

solat terawih di masjid atau di mana sahaja.

memperbanyakkan bacaan al-Quran

memperbanyakkan Zikrullah.

Solat malam atau Qiamullail ( Insya Allah )

membeli baju raya ( hehehe )

zakat fitrah bagi yang sudah cukup syarat

mengejar lailatul qadar.


perserta

diri sendiri

sahabat-handai

ahli keluarga

jiran-jiran

penduduk setempat

ahli jawatan kuasa masjid/ surau

peniaga di bazar


pengangkutan

yang dekat boleh jalan kaki

yang jauh boleh guna motosikal atau motokar (mengikut keperluan dan kemampuan)


penginapan

terpulang kepada perserta


perbelanjaan

terpulang kepada individu. mengikut kemampuan. tetapi jangan sampai membazir, Allah tidak suka. kan membazir itu amalan syaitan. nak jadi kawan syaitan?? mesti tak nak kan.


pendapatan

InsyaAllah mendapat pahala yang melimpah ruah dan mendapat keredhaan Allah. Dengan syarat kita buat dengan ikhlas kerana Allah. dan juga mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat dalam ibadah.


sumber kewangan

juga terpulang kepada perserta.


ahli jawatan kuasa

diri sendiri sepenuhnya (bukan gila kuasa ok.)


kesimpulan


Adalah menjadi harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mencapai objektif yang disasarkan seperti dinyatakan di bawah di atas. Selain daripada itu, sokongan padu dari orang perseorangan serta pihak-pihak berkenaan diharap dapat menggalakkan lagi semangat menghayati bulan ramadhan dikalangan masyarakat kita.



yang ingin berubah
...........................................
aiman

nota kaki : ayat kertas kerja ini agak tidak formal..hehe. huruf besar kecil pun tak betul.. harap dapat laksanakan program ini..minta maaf kalau ada salah silap.. Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..

wordless wednesday - 5



berfikir sejenak - mengenal seseorang.


jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah pada kelakuan dia

jika hendak mengenal orang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu

jika hendak mengenal orang berakal
di dalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

-Raja Ali Haji-