Gunung Nuang via Janda Baik (7 Oktober 2018)

Assalamualaikum.

Entry kali ni tentang Gunung Nuang via Janda Baik. Gunung Nuang adalah puncak tertinggi di Selangor. Kalau nak naik Gunung Nuang, boleh melalui satu lagi laluan, iaitu melalui Pangsun, Hulu Langat. Sebelah Pangsun trek dia lama sikit.

Ekspedisi kali ni  macam ad hoc juga. Sahrul yang ajak. Aku pun ada offer dalam group kawan-kawan SRC tapi semua senyap je. Sebenarnya aku ni fobia sikit dengan Gunung Nuang. Aku pernah dua kali naik (dua-dua via Pangsun). Sekali masa di UTM, dengan SRC, yang ni berjaya sampai puncak. Kali kedua, naik dengan Teva, sampai kem Lolo je. Sebab tak larat. Sebab tu bila Sahrul ajak, banyak kali juga aku tanya susah ke tak. Takut kecundang di tengah jalan. Bila baca blog-blog orang yang pernah naik, rasa macam sesuai la dengan keupayaan aku.

Mula-mula semua sekali 3 orang, aku, Sahrul dan Isa. Tapi Isa cancel last minit. Jadi aku dengan Sahrul je pergi. Nervous nak pergi berdua ni, sebab Sahrul ni laju orangnya. Aku pulak jenis terkenal dengan cramp. Jadi tempat berkumpul adalah di Ibrahim Maju, Batu Caves. Jumpa dalam pukul 640 pagi. Sarapan roti telur dengan nescafe tarik kemudian gerak ke Janda Baik.

Drive melalui Lebuhraya Karak ambil exit Genting Sempah. Kemudian drive ke Janda Baik. Kat bawah ni gambar tempat kami parking. Kena bayar RM 7.00. Kami start jalan dalam 7.40 pagi.


Parking Area

Awal perjalanan kita akan melalui kebun-kebun sayur. Jangan risau untuk salah jalan, jalan straigth je. Lepas tu kita akan start jalan atas jalan batu-batu kecil. Jalan atas jalan batu-batu kecil rasa jauh. Terasa macam trek balak. Rasa mcm jauh je.


Starting point
Permandangan dari trek

Kebun sayur

Kemudian kita akan sampai di persimpangan, ambil je yang tengah, masa kitorang pergi dia ada batang paip melintang diikat dengan tape. Sini macam strating kawasan hutan. Kira-kira sejam dari starting point (tempat parking), kami sampai kat air terjun. Kami simpan dulu niat nak berenang, sebab nak enjoy masa turun nanti. Kat sini kami rest kejap, makan mamee dan tambah sedikit tenaga.

Trek lepas air terjun ni memang mencanak. Kadang-kadang je dia bagi ruang bernafas. Sepanjang trekking ni banyak juga jumpa orang. Group yg ada 35 orang pun ada. Lepas lebih kurang sejam, kami sampai satu kawasan lapang, sesuai lah untuk berehat. Gambar di bawah adalah kawasan yang dimaksudkan.

Kawasan Lapang

Trekking diteruskan, untuk sampai ke Check Point 2 (CP2). Kat sini ada signboard ke Bukit Repin. Kitorang sampai sini selepas 30 minit dr kawasan lapang tadi. Kat sini tak rehat pun. Terus jalan. Sebab ada guide cakap kejap je lagi nak sampai puncak.


Nak sampai puncak dah


So dalam 10.50 tu kitorang sampai puncak. Dalam 40 minit dr CP2. View ok la. Sbb kami dalam group yg sampai awal, so dapatlah port baik sikit untuk rehat. Apa lagi, hampar sheet, buka kasut (sebab rasa tapak kaki panas), makan nasi lemak Anis (bungkus kat kedai mamak tadi). Pukul 1130 kitorang dah gerak turun, lama-lama nanti crowded sangat pulak.





Dalam pukul 1.00 dah sampai air terjun. So apalagi, mandi la. Nak tiruk tak pandai berenang pulak.



 Lepas sejam mandi, ambil gambar, solat, makan nasi lemak, kami pun turun. Ambil masa dalam sejam juga untuk ke starting point. Perjalanan turun kali ni ditemani oleh Johnny, seekor anjing. Dia ikut sampai parking. Bila nak balik dia menyalak teruk, siap follow kereta lagi. 

Johnny menjadi guide. orang tak suruh pun.

Nota: Buat masa ni tak berani nak repeat lagi, takut Johnny marah. haha.

Log Perjalanan

7.40 pagi   - Starting Point
8.40 pagi   - Air Terjun
9.40 pagi   - Kawasan lapang
10.11 pagi - Check Point 2
10.50 pg    - Puncak

11.30 pg    - Bergerak turun
1.00 ptg     - Sampai air terjun.
                  - Mandi sejam
2.00 ptg     - Gerak
3.00 ptg     - Sampai starting point

maybe I’m back

Salam and hi all.

It’s been a while since my last post. A lot happened in this few months. Actually my Emak suggest me to write back. Most of my post don’t have nothing worth to share actually. Since our project (Malaysia Singapore High Speed Rail) had been put on hold by our new government, I have a lot of time spend. Rather than playing game I.e ML and PUBG, maybe I should start be a blogger back. The last time I became really active in blogging is after my graduation and waiting for jobs. Now, the situation is almost the same. I am an active job seeker now. Since our company’s future still don’t have a clear direction.

But I believe all happened will push me higher. I just a matter of time. And Allah won’t test our without a prize. Insya Allah all will come to normal soon.

Expect to see me regularly on your timeline from now.

Bye.

Salam

Ps: I’m waiting for my Nasi Goreng actually.

Gunung Merbabu



Salam semua.

19 Mei 2017 lepas, aku dan beberapa orang kawan-kawan yang baru kenal pergi naik Gunung Merbabu. Gunung Merbabu ini adalah gunung luar negara pertama yang aku naik. Kami pergi dengan K.R.G Overseas Trip. Gunung Merbabu adalah sebuah Gunung yang terletak di Jawa Tengah. Tapi selalu kalau kita orang Malaysia, kita akan jawab di Jogjakarta. Jadi semua orang senang faham.

Kami naik Gunung Merbabu ini melalui Suwanting dan turun melalui Selo. Semasa nak ke satu Kampung sebelum memulakan pendakian pun, kami kena naik van ikut satu jalan yang kecil je. Bukan calang-calang orang boleh drive area situ. Masa dalam van lagi, dah nampak betapa sejuknya Gunung Merbabu ni. Lepas sampai di situ dan berkumpul dengan Guide (Van Mosley), kami semua naik motor ke starting point.


Trek melalui Suwanting ni dia naik jer. Takda turun-turun. Macam Gunung Datuk la lebih kurang tapi lagi panjang naik dia. Kami ambil masa dalam 5 jam untuk sampai ke Puncak. Kalau tak silap. Walaupun tak bawa barang yang banyak, penat teruk juga. Dekat-dekat nak sampai puncak tu dah malam, sejuk sungguh. Kaki ini biasalah, dah start kayu. Lepas pasang khemah, kami pun memasaklah yang simple-simple. Tak ingat dah masak apa, sebab masa tu nak tidur je. Masak pun dari dalam Khemah, tak sanggup keluar, sejuk. Even masa tidur pun, sorang kawan aku bangun tengah malam minta emergency blanket sebab sejuk sangat.

Bila bangun esok, nampaklah satu permandangan yang sangat cantik. Cantik. Hijau. Nampak Gunung Merapi depan mata. Sepanjang jalan ni rumput hijau je. Cantik sangat. Mulut memang tak berhenti dengan Subhanallah. Kalau di Malaysia macam di Broga atau kalau naik Gunung Tahan masa nak pergi ke Gedung (via Merapoh).

Jadi mana-mana kawan yang nak pergi Jogjakarta, ambillah masa naik Gunung Merbabu, tak menyesallah. Mungkin Gunung Merbabu ni akan menjadi kenangan paling manis sekali berbanding dengan kawasan perlancogan lain yang korang pergi kat Jogjakarta nanti.
Adik-adik dari sana


masa sunrise

gambar pun dah banyak hilang. Lambat sangat.

Change

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Lama sangat tak menulis. Tiba-tiba rasa tergerak nak menaip. Lama sangat dah mengarang dalam otak. Rasa nak kongsi sikit dengan kawan-kawan yang tersinggah kat blog ni.

Just nak tanya. Kita semua mesti pernah lalui satu saat yang mana sangat susah nak go through kan?. Satu tempoh yang buat mental kita koyak, rasa nak give up, putus asa dan tak ada harapan. Mesti ada. Setiap orang ujian dia lain-lain. Ada yang diuji dalam hal pekerjaan, ada yang dalam hal rumahtangga, hal anak-anak, pelajaran dan macam-macam lagi.

Tapi sebenarnya semua kesusahan yang kita lalui itu adalah satu training untuk menyediakan kita kepada satu tahap yang baru. Supaya kita menjadi orang baru yang lebih hebat. Jadi dalam lalui semua ini kita kena sabar. Kita kena sabar dengan "process of change". "Change is always messiest in the middle".

Bila kita dah dapat lalui semua cabaran tu, baru kita tahu semua itu manis je.

Aiman