Buku-buku Feveret

Bismillahirrahmanirrahim
Assalmualaikum


Hari ini terasa nak berkongsi sedikit bahan bacaan yang selalu saya baca apabila ada masa lapang. Bagi seorang yang kurang rajin membaca seperti saya. Selalunya saya akan pilih buku yang terdapat unsur humor dan menarik persembahannya seperti dalam bentuk komik. Maklumlah saya masih suka membaca komik. Lebih ringan untuk diterima. Tetapi buku-buku ini masih mampu memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Ini buku-buku kegemaran saya. Minta maaf, background pakai kain pelikat saja.




Buku yang pertama yang menjadi "feveret' adalah buku "Beduk Diketuk" yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat santai penyampaiannya. Isu-isu yang diketengahkan juga memang sedang terjadi di dalam masyarakat kita.



Buku yang kedua adalah buku "Bertanya tentang Tuhan" yang dikarang oleh saudara Ibnu Rijal. Buku ini juga menyampaikan maklumat dalam kaedah santai dan seolah-oleh bersembang dengan pembaca.


Buku yang seterusnya adalah buku "Men Are From Mars, Women Are from Venus". Tetapi buku yang saya beli adalah yang telah diterjemah. Lebih mudah dibaca dan difahami, sebab yang tidaklah terlalu pandai Bahasa Inggeris. Di dalam buku ini kita diberi sedikit fakta mengenai lelaki dan wanita. Dan ianya adalah berdasarkan kajian yang telah lama dijalankan.



Buku seterusnya adalah buku "Renung-renungkan & Selamat Beramal" yang ditulis oleh Prof Madya Izzi Hj Ali. Buku ini banyak mengumpulkan motivasi daripada Al-Quran, Hadis dan orang-orang bijak pandai.


Buku yang berikutnya adalah buku 33 Pesan Nabi yang dihasilakan oleh vbi_djenggotten. Buku ini lebih kepada bentuk komik tetapi sarat dengan ilmu dan contoh yang menarik.



Buku yang seterusnya adalah buku 101 Doa Mohon Makbul dan Rekreasi Hati. Buku ini dihasilkan atas gandingan Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan kartunis Nik Wafdi Nik Jaafar. Buku ini juga berbentuk komik tetapi penuh dengan ilmu dan cukup santai. Apa yang cuba disampaikan juga disampaikan dengan mudah.





Setakat itu saja untuk ini hari. Inilah antara buku-buku yang dibaca. Cubalah baca, tak rugi. Membaca kan dapat menambah ilmu.

Sekian wasalam

Kereta Besar Enjin Buruk

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum





Andaikan diri kita ini mempunyai sebuah kereta besar contohnya Ferrari, Mercedes, Lamborghini dan bermacam-macam lagi.Tapi apa gunanya jika enjinnya tak diservis, nak start pun kena 9, 10 kali, hendak bergerak pun kena tolak 5,6 orang baru gerak.

Lebih baik kereta buruk yang enjinnya bagus. Sekali start dah dapat gerak. Hendak ke mana-mana pun tak risau mati tengah jalan.






Begitu juga diri kita, apa guna jikalau duit banyak, isteri besar, rumah besar, orangnya kacak tetapi hatinya busuk. Jikalau dalamnya busuk, tentunya luar orang sudah tak mahu. Hati kita yang berfungsi sebagai enjin kepada diri kita hendaklah selalu 'diservis' supaya sentiasa dalam keadaan yang baik.

Hati hendaklah sentiasa diletakkan ubat anti-sifat mazmumah. Macam mana nak letak ubat? Rajin-rajinlah menuntut ilmu akhirat, banyakkan bertaubat dan dekatkan diri dengan Allah.

Sekian wasalam ^^

Tips menjadi pelajar praktikal yang baik

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Tiap-tiap tahun mesti ada sahaja budak praktikal. Saya juga pernah menjadi budak praktikal pada masa-masa dahulu (sudah 2 kali bah). Jadi adalah sedikit pengalaman menjadi budak praktikal. Di sini saya nak kongsi sedikit tip-tip untuk menjadi seorang pelajar praktikal yang baik. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri juga. Tips ini mungkin sekadar sesuai dengan bidang tertentu. Antara nya,



  1. Pilih tempat praktikal yang baik. (kalau boleh pilih)
  2. Datang dengan niat hendak menuntut ilmu (ikhlas).
  3. Solat jangan tinggal.
  4. Datang tepat pada masa.
  5. Ikut peraturan pejabat dengan betul.
  6. Rajin bertanya.
  7. Tidak duduk saja (lenggang kangkong).
  8. Proaktif dalam bertanya tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan.
  9. Jangan tipu laporan industri. (buat cakap buat, tak buat cakap tak buat)
  10. Buat laporan secara berkala. (jangan tunggu nak habis praktikal baru nak buat)
  11. Ikut arahan pegawai di tempat kerja. (selagi mana betul)
  12. Senyum sokmo.
  13. Jangan kedekut sangat nak overtime.
  14. Dapat membantu meringankan beban kerja syarikat.
  15. Banyakkan berdoa.
  16. Jangan kedekut sangat nak print report. (Biar cantik menarik tertarik)
  17. Aplikasikan segala ilmu yang kita dapat semasa belajar.
  18. Catat segala ilmu yang kita perolehi semasa praktikal.


Setakat itu sahaja. Mungkin terdapat point-point yang lebih kurang sama maksudnya. Jikalau ada sebarang tambahan, amatlah saya alukan. Jikalau terdapat sebarang kesilapan juga dipersilakan menegur. Kelemahan daripada diri saya, yang baik dari Allah. Moga kita mendapat manfaat.

Salam ^^

Helikopter nak Turun


Bismillahirrahamnirrahim
Assalamualaikum


Pernah tengok helikopter mendarat? Orang Kedah panggil 'helikopta'.Saya pun belum pernah tengok secara live. Saya cuma pernah tengok di dalam televisyen walaupun masa belajar dulu selalu saja 'melepak' di helipad.

Kalau kita perasan, helipad itu bersih saja, lapang saja. Tujuan dia adalah untuk memudahkan helikopter itu sendiri untuk turun. Helikopter tak mendarat atas semak samun. Helikopter tidak mendarat tengah-tengah hutan belantara. Kalau helikopter nak mendarat dalam hutan, mesti akan dibuat satu platform yang lawa-lawa, yang bersih lagi lapang.

Begitu juga dengan hati kita dan rahmat Allah. Rahmat Allah tak turun ke dalam hati yang kotor, jiwa yang kotor. Sebab itu kita perlu selalu bersihkan hati kita supaya rahmat dan hidayah Allah turun ke dalam hati kita.

Sebab itu dalam bacaan di antara dua sujud kita berbunyi begini,


Daripada makna yang tertera, kita minta ampun dulu barulah kita minta supaya Allah menyayangi kita. Supaya rahmat Allah turun kepada kita. Minta ampun adalah untuk membersihkan diri dan jiwa kita dari segala kekotoran dosa. Jadi selalulah kita beristighfar dan meminta ampun supaya kita senantiasa di bawah rahmat Allah..

Mari kita sama-sama beristighfar sebentar :)


Penulisan ini adalah untuk memanfaatkan diri saya dan juga semua yang membaca. Semoga ada manfaatnya. Jika ada silap dan salah sangatlah dipersilakan untuk menegur. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan bukanlah disebabkan yang cuba diikuti itu tidak terang tetapi mata yang mengekori ini sedikit kabur. Saya bukanlah seorang ustaz tetapi seorang yang "baru start".

^^

Marilah mari, Mari mengundi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualikum


Tadi telah diumumkan yang proses pemilihan kerajaan yang baru yang akan berlangsung pada 5hb Mei 2013. Manakala proses penamaan calon akan dibuat pada 20hb April 2013. Jadi ada 15 hari berkempen.

Nervous juga, ini kali pertama nak memangkah kerajaan. Sebelum ini setakat pilihanraya kampus saja. Dulu tak berapa nak pandai pilih sangat. Nampak baik. Nampak kenal terus pangkah. Dulu boleh pangkah banyak-banyak. Yang ini boleh sekali pilih saja. Hoho.

Nak pilih kerajaan tu pilih la elok-elok. Fikir masa depan kita, anak-anak kita (anak-anak?). Jangan hanya terlalu memandang pembangunan fizikal, pembangunan spiritual juga sangat penting.

Guna kan  kuasa kita sebagai rakyat dalam memilih. hehe

marilah mari, mari mengundi
tunaikan kewajipan, pada negara.

ada satu perumpamaan

raja dengan wakil raja, mana yang besar? 
tentulah raja
rakyat dengan wakil rakyat?
tentulah rakyat..

kita tengok nanti siapa yang akan duduk di tempat di bawah..


p/s: Saya mengundi di Dun Tokai, Parlimen Pendang. So boleh cuti panjang sikit. Jumpa di sana nanti..





wordless wednesday 13

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum



kebetulan yang ke 13 juga

~Sekian~

Sifat Membesarkan Diri Bhg 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Sifat membesarkan diri atau takabbur yang biasa kita dengar adalah suatu penyakit hati yang Allah tidak suka, Nabi Muhammad tidak suka dan memang kita sebagai manusia pun tidak suka.

Apa takrif sifat takabbur ini? Sifat takabbur ini adalah dia terasa di hati bahawa dirinya itu lebih besar atau sempurna daripada orang lain, dan dirinya juga merasa bahawa orang lain lebih hina daripadanya. Sifat mazmumah ini adalah sebesar-besar maksiat hati. Jika diibaratkan dengan kereta api, maka dia adalah kepalanya.

Sebagai contoh kita merasakan kita cantik atau kacak daripada orang lain. Kita merasakan kita ini lebih berpendidikan daripada orang lain. Kita rasa kita besar, kita rasa kita hebat dan sebagainya.

Tempat paling layak bagi sifat ini adalah neraka jahannam. Firman Allah Taala dalam Surah Az-Zumar ayat 72 " Sejahat-jahat tempat kediaman bagi orang yang membesarkan diri adalah api neraka jahannam".

Dan Nabi juga telah bersabda "Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar debu daripada sifat takabbur"

Kita sebagai manusia tiada langsung hak untuk membesarkan diri kerana tiada suatu nikmat pun yang ada di diri kita melainkan ianya datang daripada Allah. Semua yang ada pada diri kita pada ketika ini, harta, pangkat, anak, isteri dan lain-lain adalah pinjaman daripada Allah. Dia boleh menarik semua kepunyaan kita dalam sekelip mata.

Jangan kita sangka bahawa orang yang berkelebihan sahaja seperti mempunyai pangkat besar, kereta besar, isteri besar sahaja yang akan diserang penyakit hati ini, bahkan orang-orang kebiasaan yang hanya menolak kereta sorong juga akan di serang penyakit ini. Penyakit ini penyakit hati, maka susah untuk kita melihat dan mengesannya. Tetapi jika ianya sudah parah, sudah melarat, maka sifat takabbur ini akan terzahir juga oleh penampilan luaran kita.

Ini kerana hati kita adalah raja kepada semua anggota kita. Jika cantik hati kita, maka cantiklah penampilan kita. Sebab itu kita selalu diingatkan, dinasihatkan agar sentiasa membersihkan hati.

Jangan pula kita sangka orang yang bijak, kuat beribadat dan juga alim tidak akan diserang oleh penyakit ini. Meraka turut diserang oleh penyakit ini jika tidak berhati-hati. Kita semua tahu siapa itu Iblis. Siapa dia? Dia dahulu merupakan Tok Guru kepada para malaikat. Dia sangat alim, sangat bijak dan sangat kuat beribadat. Kalau kita rasa kita bijak, Iblis lagi punyai kebijakan. Kalau kita sangka kita kuat ibadat, bangun qiamullail. Iblis dulu tak tidur beribadat. Tetapi dia dilaknat sebab di dalam hati dia punyai sifat takabbur. Disebabkan dia tak ingin sujud kepada Nabi Adam a.s. Dia merasakan dirinya yang diperbuat daripada api lebih mulia dan hebat daripada Nabi Adam a.s. yang diperbuat daripada tanah.

Moga kita semua dijauhi oleh sifat terkeji ini. Saya hanya ingin berkongsi dan juga berpesan kepada diri sendiri dan sesiapa yang terbaca. Jika ada sebarang kesilapan dan teguran amatlah dialu-alukan. Supaya saya tidak tersilap. Dan supaya kita semua mendapat manfaat dan berkongsi bersama.


Assalamualaikum. :)

Rujukan :

1. Kitab Penawar bagi Hati
2. Renung-renungkan dan Selamat beramal -Prof Izzi
3. Masjid As-Salam (Pengajian)


Sayang Parody

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Mesti sekarang semua tahu dengan lagu bertajuk Sayang yang dinyanyikan oleh Shae. Pagi ini kebetulan my sister ada letak satu parody menjawab lagu berkenaan. Lirik dia best. Penuh nasihat. Mungkin macam agak ketinggalan (rasa macam dah ramai yang tahu lagu ni).

Ini video nya.


Lirik

-mula-

Sayang aku baik selalu
Janganlah kamu risaukan aku
Kuharap kamu pun baik di situ
Kerna diriku selalu mendoakan mu

Sayang jangan talipon aku
Nanti habis pulak kreditmu
Kalau kamu rindu akan diriku
Luahkan saja di dalam doamu

Sayang dengar bah permintaanku
Jangan tinggalkan solatmu
Sayang jangan dengarkan bisikan hatimu
Itu setan mengganggu 

Sayang dengar bah permintaanku
Jangan lupakan Tuhanmu
Sayang percayalah apa kataku
Aku akan menikahimu

-tamat-



Ok nanti jumpa lagi
Udah masuk opis
Assalamualaikum

oh satu lagi, sebelum terlupa

GGMU





Yang Terbaik.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

Sebagai seorang manusia kita semua inginkan yang terbaik. Tiada yang inginkan perkara yang tidak baik. Dalam konteks hidup seorang muslim yang percayakan kepada hari akhirat, semua inginkan syurga iaitu tempat yang terbaik yang Allah janjikan kepada umatNya yang beriman dan bertaqwa. Malahan orang yang tidak berakhlak baik juga inginkan syurga. Begitu juga dengan orang kafir. Mereka juga percaya dan inginkan syurga.

Pernah jumpa orang yang bila di tanya samada ingin masuk syurga atau neraka lalu di jawab,

" Aku tak apa masuk mana-mana pun. Syurga atau neraka sama saja "

Pernah? kalau pernah memang anda telah menjumpai salah satu benda ajaib di dunia.

Neraka ini panas apinya 70 kali ganda daripada api dunia. Sehinggakan menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

 "Jikalau api neraka itu sepanas api dunia, maka ahli neraka akan tertidur di dalamnya".

Untuk dapat apa yang terbaik iaitu syurga, mudah sahaja. Buat apa yang Allah suruh semampunya, dan tinggalkan larangan-Nya. Bak kata Ustaz pahrol :

" Untuk capai cinta LAILAHAILLALLAH, kita kenalah ikut jalan yang diajar MUHAMMAD RASULULLAH"

Assalamualaikum
jumpa setahun lagi :)

sumber : ummuhusna99.blogspot