wordless wednesday - 2

Maksud Wordless Wednesday :

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) 

and this is mine



hati-hati..

salam semua..

hari ni aku meronda jauh.. ahaha..

Tokai - Bukit Mertajam - Uitm Merbok - Yan - Simpang Empat - Tokai..

Pi Bukit Mertajam sebab nak melawat adik aku yang belajar di sana.. Sekolah sains.. Pi sebab nak bawak kakak adik aku ni jumpa adik aku.. hoho.. pastu saja balik kot uitm.. balik kot tanjung jaga.. sebab nak tengok laut dari tempat tinggi..

Nak di jadikan cerita.. macam-macam hal terjadi.. yang pasal jalan raya ni.. semuanya melibatkan nyawa.. bahaya weh.. cuak.. semuanya terjadi depan mata.. dan semuanya jadi time dah nak balik..

mana ada signboard ni tadi..

kejadian pertama
lokasi : Berhampiran sekolah irsyad, Pulau Pinang
hampir nak langgar seekor kambing.. kambing.. biasa la.. dia tak tengok kiri kanan dah.. dia nampak kawan dia dok sebelah jalan sana.. dia pun nak join.. menyerit jugak la brek.. dan kebetulan ambulan dari arah bertentangan pun nak terlanggar kambing tu.. dalam hati aku dok berkata " kalau kena langgar memang naik ambulan la kambing ni".. dan kepada tuan kambing.. sila lah tambat binatang peliharaan anda jika tak mahu menjadi korban sebelum raya korban..

slow and steady

kejadian kedua
lokasi : selepas daripada Uitm merbok sikit..
yang ni aku hampir nak langgar kereta depan.. bukan salah aku ok.. ni salah sebuah kereta kat depan tu yang brek mengejut.. sebab dia macam terlepas simpang.. macam simpang nak ke lubuk tupah.. kereta satria.. kereta kancil depan aku brek sampai termampus enjin dia.. kesian.. dah la perempuan.. pastu kereta-kereta belakang ni pulak hon.. lagi gelabah.. dah la terkejut tadi pun tak habis lagi.. dan kepada kereta satria tadi.. agak-agak la nak brek.. silap-silap eksiden tadi boleh jadi macam domino.. berderet-deret.. dan kepada kereta-kereta belakang.. sabar..

jangan rempit.,


kejadian ketiga
lokasi : lepas sikit dari Singkir (nama tempat)
motor terbalik tengah jalan.. ni nampak real macamana dia brek.. berasap2.. handle dia berlipat sampai la pembonceng dan penunggang dia jatuh.. mujur la kat belakang tu tak dak kereta atau kenderaan lain yang follow (ku dari arah bertentangan).. ku brek betul-betul depan dia.. terhenti la juga.. tapi tak turun pun dari kereta.. sebab dorang terus bangun dan ada kawan motor lain yang turun tolong.. aku tengok penunggang dia tu ( agak 'comel') orangnya, terkejut.. dia berdiri jer tengah jalan.. confirm-confirm la dia injured.. kaki dia nampak cam sakit.. sampai kawan dia kena datang papah.. buah manggis yang diorang bawak, berterabur atas jalan.. lepas semua hampir setel.. kami pun beredar.. kepada sahabat yang eksiden tadi.. hati-hati di jalan raya dan semoga cepat sembuh..

tak nampak pun tadi?

kejadian keempat 
lokasi : jalan yan-kangkong
yang ni macam kejadian pertama tadi.. tapi haiwannya lain.. kucing.. hampir juga.. mujur la bawa kereta kurang laju..kucing tu pun comel ja.. macam kucing bela.. ikut suka ja dia lintas jalan.. dah nama pun kucing. mana la dia tau berfikir.. dan kepada kucing.. kalau nak lintas jalan.. tengok dahulu kiri kanan kiri kanan dan kiri..

dan kepada semua kawan-kawan, ibu-ibu, bapa-bapa..

api dalam sekam


Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi semasa khutbah jumaat hari ini.. Ianya berkaitan dengan sifat munafik.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Dan sesiapa yang melakukan salah satu dari empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah), Apabila dipercayai dia khianat,  apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).

Munafik bermaksud mempunyai sifat-sifat hipokrit seperti sumpah-sumpah, musang berbulu ayam, talam dua muka, harapkan pagar, pagar makan padi dan juga ibarat api dalam sekam.Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak membuat  perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup


Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.


Terdapat tiga jenis balasan bagi orang munafik di Akhirat kelak



  1. golongan munafik yang mana akidahnya telah terpesong dari syariat. Golongan ini sama sekali tidak ada bezanya dengan orang kafir. Golongan ini akan di humban ke dalam neraka yang tingkatnya paling bawah.
  2. Golongan munafik yang akidahnya masih di dalam batasan syariat. Golongan ini akan di humban ke dalam neraka, tetapi masih mempunyai harapan untuk memasuki syurga Allah.
  3. Golongan munafik yang telah bertaubat nasuha. Golongan ini akan dihapuskan semua dosanya dan akan memasuki syurga dengan rahmat Allah.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat, malah boleh perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain. 

dan semoga kita dapat menjauhi diri kita dari sifat-sifat ini. dan jika ada, cepat-cepat lah buang. dan semoga kita mendapat keampunan dan rahmat Allah.

-amin-

malam


"Dan KAMI jadikan malam sebagai pakaian (untuk berlindung dan berehat). Dan KAMI jadikan siang sebagai kehidupan (untuk berkerja dan berusaha)."  -  Surah an-Naba' ayat 10-11


sesungguhnya setiap yang diciptakan Allah adalah tidak sia-sia dan setiap olehnya mempunyai hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan malam. Allah ciptakan malam untuk kita tidur. Allah ciptakan malam untuk tubuh kita beristirehat. Allah ciptakan malam untuk minda kita menjadi tenang. Sememangnya fizikal dan mental kita telah haus setelah seharian sibuk dengan perkara-perkara yang pelbagai. 


Cuba kita jadikan malam sebagai masa berehat. Ramai di antara kita yang mana kitar waktu hidup telah songsang. Malam jaga, siang tidur. macam burung hantu. Tidur yang elok boleh menjadi rawatan yang sangat best kepada tubuh badan dan minda. Tidur juga dapat meransang pertumbuhan sel dan membaiki sel yang rosak. Selain itu, ia dapat meningkatkan daya tumpuan, merawat penyakit fizikal, mental, emosi dan spiritual. Dan yang paling penting, agar tak terlepas solat Subuh.


Sebelum terlena diulit mimpi yg indah,
menutup sebuah hari yg lelah,
biar yg terlihat dek mata kita adalah ayat-ayat Allah,
biar yg terdengar dek telinga kita adalah kalimah 'Allah,
biar yg tertempat di hati kita adalah kebesaran Allah,
agar jantung yg berdetak terus dalam redha Allah,
walaupun jasad telah rebah,
moga-moga esok berkesempatan lagi,
menatap mentari tersenyum gagah,
di balik dada langit yg biru cerah.


-selamat malam-

nota kaki : jangan lupa basuh kaki dan baca doa tidur.

wordless wednesday - 1

assalamualaikum.. fuh.. 15 minit lagi nak tamat hari rabu..




fikir fikir kan lah

nota kaki : my first wordless wednesday entry

awat tak jatuh ja??

"awat tak jatuh ja??!!" itu la yang aku mula-mula fikir masa nak pergi kolam belakang rumah petang tadi.. nak pergi ambil buah durian.. tapi ini jenis buah durian tidak mahu jatuh.. kena kait.. special kan.. hahaha.. ini first time aku kait buah durian.. dulu aku pernah fikir jugak pasai pa orang tak panjat pokok durian.. dan sebabnya.. buah dia luruh apabila masak.. ini kena pergi panjat.. adoi.. kena bawa tangga, galah, golok pergi kolam petang tadi.. ini gara-gara buah tak luruh.. pergi kolam tadi dengan ayah, cik wang dan amri.. pergi lepas solat asar.. pokok duriannya ada dua ja.. tapi buahnya banyak..

tadi juga aku belajar cara nak tahu buah durian yang da ranum.. pertama sudah keluar itu bau harum.. kedua dah nampak di kulit dia tu garis-garis buah tu.. ketiga kalau ketuk.. dia bunyi macam kosong.. keempat buah nya tak da la berat sangat.. hehe.. hari ini memang best panjat pokok durian.. lepas tu makan kat kolam.. dan bawa balik ke rumah.. yang kurangnya kesian dekat ayah sebab tak boleh makan sebab sakit.. tapi dia la yang beria-ria nak pi ambil buah durian tu..mungkin hanya dengan tengok orang lain gembira makan, dia pun merasa kenyangnya.. :)


ini buah durian nya~~


ia tidak luruh walaupun dah masak..


jadi kenalah ambil secara manual...


guna tangga~(ini sepupu saya..amri)

iaitu memanjat..

ataupun menggunakan galah..(ini cik wang saya)

kemudian kumpul lah buah-buah tadi.. (ini ayah saya)


jom makan sikit..


sedapnya.. Alhamdulillah..
hoho selesai sudah.. buah-buah durian yang belum masak akan di peram sehari dua lagi.. pastu makan lah.. buat bubur ka.. pulut durian ka.. serawa ka.. hehe.. raja buah memang terbaik.. bagi yang suka makan la.. memang berbaloi la walaupun kena panjat..

jemput  jemput  makan

jumpa lagi

senyum


Manis wajahmu kulihat di sana..Apa rahsia yang tersirat..Tapi zahirnya dapat kulihat..
Mesra wajahmu dengan senyuman 

Senyum tanda mesra..Senyum tanda sayang..
Senyum lah sedekah yang paling mudah

Senyum di waktu susah..Tanda ketabahan..
Senyuman itu tanda keimanan
            
Hati yang gundah terasa senang..Bila melihat senyum hatikan tenang 
Tapi senyumlah seikhlas hati..Senyuman dari hati jatuh ke hati 

Senyumlah seperti Rasulullah..Senyumnya bersinar dengan cahaya 
Senyumlah kita hanya kerana Allah..Itulah senyuman bersedekah 

Itulah sedekah yang paling mudah..Tiada terasa terhutang budi Ikat persahabatan antara kita..
Tapi senyum jangan disalah guna 


ada 1001 satu macam jenis senyuman di dunia ini.. contohnya.. senyum yang memang ikhlas.. senyum ini siapa yang tengok pun seronok.. dan mesti akan secara automatiknya di balas dengan senyuman juga.. ada juga senyum gatal.. ini senyum nak ngorat anak dara orang.. yang ni den kurang gemar.. kemudian ada juga senyum perli atau senyum sinis.. yang ni tak elok.. buat orang sakit hati ja.. senyum tersipu-sipu.. banyak keadaan terjadi senyum ni.. senyum kasihan.. ini senyum bila lecturer tanya presentation tapi tak boleh nak jawab..kemudian ada lagi satu.. tapi tak pasti masih di kategori senyumkah? iaitu sengih.. sengih ini selalu bila buat salah apa-apa.. tapi tak boleh nak cover dah.. :)

sememangnya senyum ini banyak kelebihannya.. ia merupakan sedekah yang paling mudah.. kemudian senyum juga di ibaratkan ibarat exercise jogging bagi bahagian muka.. senyum juga rahsia bagi awet muda..

jadi

CERIAKAN HARI-HARI KITA DENGAN SENYUMAN YANG IKHLAS


ayah..

hari ini hari bapa.. jadi aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada seluruh ayah, bapa, abi, papa, daddy, abah di seluruh dunia.. terutama sekali kepada

ayah along.. Tuan Azmi bin Tuan Amat
ayah along..
Along mungkin tak pandai nak tunjuk yang Along sayang, tapi Along sayang semua keluarga kita terutama ayah dan mak.. bagi along, ayah dan mak memang hebat.. boleh membesarkan kami empat beradik menjadi orang berjaya..

siapa ayah saya?

seorang ayah yang hebat

seorang yang sangat sabar

seorang chef yang dahsyat

seorang pendidik yang hebat

seorang yang rajin..

terima kasih ayah..

ayah dan tempuhi macam-macam dugaan dalam membesarkan kami empat orang, tambah-tambah along. dah 25 tahun ayah besarkan along.. along tak tahu nak cakap apa.. ucapan terima kasih memang tidak sepadan dengan apa yang ayah dah korbankan untuk kami selama ini.. ianya melebihi segalanya.. 

Along selalu sedih dan kasihan bila tengok mak dengan ayah tidur selepas balik dari sekolah.. letih.. di sebabkan ayah sakit jantung, banyak benda ayah tak boleh makan.. kesian ayah bila hanya boleh tengok kami makan.. dan ayah masih juga masak untuk kami benda yang ayah tidak boleh makan asalkan kami semua suka.. bila anak-anak ayah balik dari tempat belajar, mesti ayah masak special walaupun ayah tak boleh makan.. masa kami semua makan pudding caramel, gulai, telur dadar.. ayah.. makan ikan singgam, sup, tomyam dengan ulam-ulam ja.. 

along nak minta maaf kalau along ada membuat hati ayah terguris.. tak kira lah dengan kata-kata atau dengan perbuatan along..

kawan-kawan

 sayangilah ayah anda.. zahirkanlah dalam apa bentuk sekalipun..

kawan-kawan

mungkin sejak kita dewasa ini kita menjadi seorang yang malu untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ayah kita.. kita malu untuk mencium ayah kita? kita malu untuk peluk ayah kita? kenapa? kita makin malu untuk zahirkannya.. tetapi dengan  si dia? bukan main lagi.. ayat berbunga-bunga.. tiap-tiap hari ditelefonnya..

sedarlah kawan-kawan kita beruntung kerana masih mempunyai seorang ayah.. cuba bayangkan mereka yang  tidak sempat mengenali insan yang bernama ayah.. mereka yang sudah tidak mempunyai ayah.. mereka sangat ingin memeluk, mencium ayah mereka..tetapi kita, mensia-siakan peluang yang ada..

ingatlah hanya ada satu ayah di dunia ini

dan hargailah mereka sementara mereka masih ada..berkhidmatlah kepada mereka..jangan hampakan mereka..doakanlah kesejahteraan mereka..jadilah kita anak yang soleh dan solehah..

"walk a little slower daddy
said a child so small
i'm folllowing ur footsteps n
i dont wanna fall

sometimes ur steps are very fast
sometimes they are hard to see
so walk a lil slower
'cos u r leading me


someday when i'm all grown up
you are what i wanna be
then i will have a child
who would follow me


and i want to lead him right
and knowing that i can't be u
so walk a lil slower daddy
'cos i wanna follow u."

sebab apa aku buat blog??


Adakah sebab jealous orang lain ada blog?

adakah sebab ada orang suruh?

adakah sebab aku nak ramai pengikut?

adakah sebab aku nak berkongsi ilmu dengan orang lain?

adakah sebab aku nak cari sumber ilmu baru?

adakah sebab aku nak cari duit melalui blog?

adakah aku buat blog ni sebab nak luah perasaan?

adakah sebab menjadi suri rumah (tiada kerja)?

mungkinkah untuk cari teman baru?

adakah untuk cari jodoh? hahaha

dan mungkin juga untuk suka-suka?

apa pun tujuannya aku harap blog ni dapat manfaatkan aku dan orang yg baca..
dan moga mendapat keredhaan Allah..

dan orang lain pun macam tu jugak~

~salam~


sabar



Assalamualaikum..


bersyukur kita dapat lagi menghirup udara di bumi tuhan pada hari jumaat, penghulu segala hari..


sebagai renungan saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya perolehi semasa khutbah jumaat yang disampaikan di Masjid Tokai tadi. ianya berkaitan dengan sifat sabar.


sebagaimana yang kita tahu, kita sebagai manusia menghadapi pelbagai jenis cubaan dan dugaan di dunia ini. ada pelbagai bentuk jenis ujian seperti



  • berbentuk bencana seperti banjir, rumah terbakar, ribut taufan dan sebagainya.
  • berbentuk kelaparan di mana kita tidak mempunyai makanan yang cukup atau kebuluran.
  • kematian orang yang tersayang.
  • kehilangan harta benda seperti di curi orang, musnah dalam kebakaran dan lain-lain lagi.
  • dalam bentuk kesihatan di mana kita tidak mempunyai kesihatan yang baik, sentiasa sakit atau pun menghidap penyakit kronik.
semua ini tidak akan dapat di hadapi sekiranya tiada sifat sabar. dalam menghadapi ujian-ujian Allah kita hendaklah

bersabar + berikhitiar untuk keluar dari ujian + berdoa kepada Allah

sesungguhnya jika tiada sifat sabar maka pelbagai sifat mazmumah atau sifat yang di keji akan berbunga seperti sifat marah, hasad dengki dan iri hati. jika kita tidak mempunyai sifat sabar maka kita akan mudah naik marah. bila muculnya sifat marah maka seseorang itu mudah kehilangan kewarasannya. dan ini akan menimbulkan pelbagai tabiat buruk seperti bertumbuk, mencaci maki dan memfitnah. 

sesungguhnya sifat sabar ini amat penting, tidak seperti sifat marah. contohnya

  • seseorang yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. dia menjadi marah dan membunyikan hon berkali-kali meminta kereta hadapan memberi laluan. padahal dia tahu bahawa kereta di hadapan juga mempunya nasib yang sama sepertinya. walaupun dia membunyikan hon keadaannya tetap begitu dan menjadikan suasana bising dan membingitkan telinga.
  • seseorang yang tidak dapat menghubungi rakan melalui telefon bimbit lantas mengetuk-ngetuk telefon tersebut dan merosakkan telefon tersebut. sebenarnya dia tidak dapat menghubungi rakannya kerana terdapat masalah pada line dan mungkin telefonnya sendiri mempunyai sedikit masalah..
jadi sentiasa lah kita bersabar kerana banyak hikmahnya.. dan sesungguhnya orang yang bersabar adalah orang yang berjaya. dan Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar..


Di antara perkara yang mudah dicerita, 
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya
dengan hati, hati ada perasaan.
Lidah tidak ada perasaan, cuma ada
sentuhan.


semalam..

kengkawan..

semalam sangat best dan "best".. 1st sebab boleh tengok gerhana bulan.. 2nd sebab terpaksa kelam kabut tukar semua password account- account yang berkenaan..

ok kita cerita pasal yang 1st dulu.. sebenar nak cerita lepas solat subuh tadi.. tapi tak mampu.. pengsan di pertengahan jalan.. gerhana bulan or dalam bahasa inggeris nya lunar eclipse.. Subhanallah.. hebat.. aku tengok real depan mata.. tengok kot tingkap dapur.. nak keluar rumah.. tak berani sorang-sorang.. sambil tunggu bulan tu nak jadi gerhana penuh.. macam aku buat.. online.. tengok tv.. asyik ulang alik dari bilik-ruang tamu-dapur.. agak-agak lambat lagi nak gerhana penuh sempat dulu tengok bola sepak european under 21.. mula-mula spain vs czech republik kemudian england vs ukraine.. tapi gerhana tu tengok sampai dia jadi penuh..  lepas tu dah tak tengok dah.. itu pun dah buat rasa takjub... hebat-hebat.. Alhamdulillah sebab semalam langit terang.. ramai kawan-kawan aku cakap tempat dorg berawan.. so tak clear.. nak tangkap gambar tak dak camera yang cukup power.. macam tak dak bukti la.. aku nampak terjadi gerhana penuh tu pada pukul 3.20 lebih kurang.. pada masa tu la jugak dok dengar musang-musang atas rumah ni dok berlari.. dorg pun excited nak tengok gerhana bulan kot.. :)

yang kedua.. semalam negara kita di kejutkan dengan ancaman dari pihak yang menamakan diri mereka sebagai anonymous untuk menggodam sistem kerajaan kita.. tetapi tempias nya turut terkena kepada blogger-blogger dan pengguna-pengguna internet yang lain.. dan masalah nya bukan anonymous ja.. banyak lagi hackers yang lain.. hmm..

bila tengok amaran ni...


gerun rasa.. walaupun possibilty untuk kena hacked tu macam rendah.. so bermula lah sesi menukar password.. sebelum ni memang lah password sumthing yang kita mudah ingat dan kalau boleh semua akaun nak sama.. so tidak payah la nak ingat banyak.. lepas nampak ja komen dia macam tu.. semua password tak sama.. hehe.. dan semua password tak boleh nak ingat.. kena tulis dalam buku 555.. haisssh... tensen-tensen..
 
ni antara laman web yang telah di hacked :
sumber : www.umarfaruq.com

so ini antara cara-cara untuk mengurangkan kebarangkalian untuk di hacked yang aku dapat dari sahabat-sahabat blogger..

  • kerapkan tukar password. seminggu sekali. tiap-tiap hari pun xpa..
  • guna kan password yang mempunyai gabungan antara nombor dan huruf..
  • lagi bagus kalau huruf-huruf tu ada yang caps lock ada yang tidak..
  • ada juga yang mencadangkan meletak simbol * di depan dan di belakang password..
  • backup template dan juga entry.
cara untuk back up template-
dashboard -- design -- edit html -- download full template

cara untuk back up entry-
dashboard -- setting -- basic -- export blog

itu jer la yang boleh aku cakap.. kalau ada apa apa boleh lah tambah.. dan moga-moga kita tidak di hacked..

kita hanya merancang dan berusaha
tapi Allah yang tentukan segalanya

-salam-

hanya dirimu..


jauh lagi perjalanan....

masih segar dalam ingatanku..
ketika itu aku baru sahaja mendapat keputusan spm..
dan aku telah diberi lapan pilihan..
sebagai cinta masa depanku..
dan kamu, ya kamu..
telah ku pilih sebagai salah satu calon cintaku..
kita tidak saling mengenali..
aku hanya mendengar mengenaimu melalui pakcik ku..
dan telah ditakdirkan kau juga memilih aku..
ibuku membantah kerana beliau inginku bersama dengan pilihannya..
tapi ku tetapkan pendirian untuk bersama kamu..

walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain..
aku tetap cuba untuk memberikan seluruh kasih sayang kepada mu..
langkah demi langkah kita daki bersama..
aku cuba kenali kamu..
aku cuba terima kamu menjadi sebahagian hidupku..

pernah aku menghampakan diri mu..
tapi kamu maafkan aku dan menerima ku kembali..
terima kasih wahai cinta ku..
setelah tiga tahun bersama..
kau telah memutuskan untuk berpisah dengan ku..
kamu tahu betapa kecewanya aku?
memang kesalahanku membuat dirimu begitu..
tapi maafkanlah aku..

setelah setahun kamu tinggalkan aku..
akhirnya kau sudi memaafkan aku..
terima kasih kamu..
kulihat perubahan pada dirimu..
kamu makin rumit difahami..
tapi aku cuba mencintai kamu
aku terpaksa kerana hanya kau harapan ku..

dan semakin lama bersama kamu..
makin kuat ombak dugaan melanda..
tapi aku mesti teruskan perjuangan ku..
aku tidak mahu kalah dalam perhubungan ini..
aku ku cuba memenangi hatimu..
hingga ke titisan peluh terakhir..

tahun depan mungkin tahun terakhir kita bersama..
maafkan aku andai kita tidak lagi sehaluan..
dapat ku rasakan retak dalam cinta kita..
ku tidak tahu salah siapa..
adakah salah diriku yang tidak memahami dirimu?..
atau dirimu yang terlalu 'complicated'?..

tahun hadapan..
ku harap dirimu..
dan juga diriku..
memberi yang terbaik
dalam mengharungi saat terakhir..
supaya dapat ku buktikan
kepada kaum kerabatku..
bahawa kau bukan pilihan yang salah..

oh cinta ku..
akan ku kenang setiap detik kita bersama..
jatuh bangun melintang patah..
sekali lagi berilah peluang kepada ku..
untuk mencitai kamu..
walaupun hanya untuk saat saat yang terakhir..
wahai..
"GEOMATIC ENGINEERING"

panas baran..marah


selamat ketemu kembali..

hehe.. la ni jam pukul 9.23 malam.. dalam keadaan kenyang aku taip entri ni.. haha.. kenyang buka puasa sakan.. bukan puasa ganti ok.. aku taip ini sambil dengar lagu IU  yang tajuk nya Good Day.. tak tau la pasai pa bila dengar lagu ni.. idea datang mencurah-curah.. lagu korea ni. lagu yg korang dengar bila buka blog ni.. kawan-kawan aku kata laki yang dengar korea ni "muka legend, hati ada taman".. ye ke? hahaha.. macam tak ja.. sebab lagu ni memang got kualiti..

ok.. yang aku nak cerita kat sini sebenarnya pasai perangai cepat marah.. atau orang kedah panggil "perongoih"..  la ni aku asyik nak cerita pasai perangai manusia ja.. tak tau la pasai pa.. mungkin pasai dok nampak selalu kot benda ni.. kat kampung, kat jalan raya, kat pasaraya, kat sekolah dulu, kat universiti.. tak kira la mana pun.. selalu sangat boleh nampak benda ni..

so secara simple nya kita boleh ibaratkan perangai ni macam api dalam sekam.. tak nampak tapi dok membara ja macam dendam.. bila dendam tu meletup dia tak nampak apa dah.. semua benda salah.. dia ja betoi.. selalu orang yang cepat marah ni ego dia tinggi.. kann.. bila ego tinggi susah la.. nak terima apa orang kata pun payah..

apabila ada perangai yang tak elok ni..perangai-perangai lain (yang tak elok la) turut sama bercambah cam sombong, takabbur dan dendam.. bila da start marah, selalunya waras dia hilang, tangan kaki mulut semua dah luar kawalan.. so jadi lah caci maki, bertumbuk, gocoh dan sebagainya...

tapi marah boleh juga di tempat yang dibenarkan tapi kena la salurkan mengikut laluan yang betul.. maksudnya kena ikut syariat la..

selalunya sifat marah ini membawa kepada keburukan..

anak murid takut dengan cikgu yang cengei (garang) tak kena tempat.. kalau cikgu masuk kelas tu ketaq dik dik dik..kalau cikgu eja salah kat papan hitam pun tak berani nak tegur.. hehehe..

suami yang panas baran boleh menyebabkan perang dunia ke-3 dalam rumah tangga.. sikit- sikit naik angin.. sikit-sikit pukul.. last last bercerai.. hampa tau dak bila sepasang suami isteri bercerai, syaitan yang dok hasut tu naik pangkat dari prebet ke general.. berapa pangkat dia langkau.. sama juga dengan isteri yang panas baran.. macam-macam nak minta.. suami tak mampu pun nak juga.. ingat la.. syurga isteri bawah tapak kaki suami..


kawan yang panas baran akan berkurang kawan dia.. ingat lagi dulu.. ada kawan katok (pukul) kawan dia dengan kasut sekolah.. pasal apa dah tak ingat.. tengok.bukan elok pun perangai ni..

sebenarnya bukan apa.. ni juga sekadar nasihat untuk diri aku sendiri..aku pun rasa aku ni masih kurang dalam menahan rasa marah.. tapi aku selalu cuba untuk tak marah.. hehe.. macam-macam cara la aku buat.. hehe.. selawat.. istighfar.. ambil wuduk.. semua ni dah diajar dalam agama kita.. lagi satu orang yang marah ni muka hodoh.. mata terbeliak..mata naik merah..urat saraf naik habis.. muka merah habis.. kan tak elok tu dipandang orang..

sekadar contoh
last sekali, harap kita semua dilindungi oleh Allah dari sifat marah ni..

Rasulullah ada sebut: 
"orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan marah"


tadi start pukul 9.23.. habis satu entri 10.36.. hahaha.. sejam lebih..

belagak..eksyen..sombong

muka orang sombong.. jangan sombong boleh?

eksyen, belagak, sombong, semua ni bukan elok. tapi xtau la. pasai pa ramai sangat yang jadi macam ni. nak kata bagus.. tak ada apa-apa yang hebat pun. tapi dok perasan serupa tu la.. orang tegur, buat dek ja. kalau orang tak tegur mula la keluar macam macam.. tak payah la kita nak berlagak, kita ini makhluk ja.. sombong tu pakaian Allah. so tak payah la nak berlagak. semua yang kita ada ni sementara ja.. kita semua tau sifat sombong ni sifat mazmumah yang mula-mula wujud apabila iblis tak mau sujud kat Nabi Adam a.s.. bila orang sombong dengan kita mesti kita rasa tak best kan. tipu lah kalau orang tu cakap "aku cool jer" kalau ada orang pandang rendah kat dia. di mulut boleh la, hati siapa yang tau. 




sombong ini maksudnya individu tersebut rasa diri dia lebih, diri dia hebat. kemudian di tambah lagi dengan perangai dia yang suka hina dan rendahkan diri orang lain. dia jadi macam ni pasal dok rasa dia ada kelebihan.


ada 7 tanda-tanda orang sombong (Imam Ghazali)

  • seorang yang mempunyai ilmu yang banyak. bila dah pandai dia akan anggap orang lain bodoh. "aku ada phd, hang diploma ja pun", "aku dean list, dia, cukup makan ja". jangan..jangan.. 
  • seorang yang banyak beribadat. yang ni pulak menganggap diri dia bagus dalam ibadat. contoh sombong dalam ibadat ni. bila dia lihat someone buat benda maksiat dalam hati dia terdetik " pasai pa hampa jadi macam ni. cuba tengok aku, warak ja"
  • yang ni pulak bangga dengan keturunan. "atuk aku dulu Menteri", "aku ni keturunan raja. hang sapa??!". tak payah la nak berlagak dalam hal ni, tengok diri kita. kita ada apa? tapi kalau kita boleh mencapai yang setaraf dengan orang-orang dulu pun tak payah la kita berlagak.
  • haa.. yang ini banyak.. anggap diri lagi cantik daripada orang lain. pastu mula la.. "awat la dia ni hitam sangat", "dah la pendek, bla bla bla..", gemuk la, muka jerawat la.. jangan.. tak baik.. itu seolah-olah kita hina ciptaan Allah.
  •  yang ni pun biasa juga.. bangga atau sombong dengan harta yang banyak. tolong la, rumah besar, kereta besar (mahal), duit bertimbun, tu semua bukan nak bawa ke kubur. 
  • yang ke-enam sombong sebab kuat (fizikal). bila dah kuat ni, start la nak buli orang nu, orang ni. kalau tak macam mana nak prove kan yang dia kuat. tarik aeroplane dengan rambut, tarik train dengan gigi, kentut dekat orang, orang boleh pengsan.
  • last sekali sombong sebab ada ramai pengikut. contoh orang yang suka bergaduh la. berani pun sebab geng ramai. "sekali aku peewit, kiri kanan, depan belakang orang keluar". hehe.. nanti masuk kubur sorang-sorang jugak.
terimalah sajak dari aku.. :)))

orang pandai jangan hina orang kurang pandai
orang warak jangan hina orang kurang warak
orang berketurunan hebat, sudah-sudah la..
orang cantik jangan sombong dengan yang kurang cantik
yang kaya jangan eksyen dengan orang miskin
yang kuat jangan buli yang lemah
yang ramai geng, biasa-biasa sudah

last sekali.. doalah kepada Allah supaya kita dijauhkan dari perangai ini. sebab perangai ini menyerang tak kira orang, so berhati-hati lah kita.. 
"kan bagus kalau tak ada orang sombong di dunia ni"





angry bird




Angry Bird atau dalam  Bahasa Melayunya burung yang marah satu game yang cukup popular sekarang. Saya percaya ramai di antara kita yang main game ini. Game ini mengisahkan perjuangan sekumpulan burung yang pelbagai warna dalam mendapatkan balik telur-telur mereka yang telah dirampas oleh oink-oink yang berwarna hijau. Burung-burung terbabit perlu memusnahkan oink-oink hijau tersebut dalam mendapatkan balik telur-telur itu.



Jadi terfikir juga apa yang terkandung dalam game ini. Jadi dapat lah disimpulkan beberapa perkara yang tersirat dalam game ini yang boleh kita ambil iktibar.


  • Kasihnya Ibu dan bapa - dapat kita tengok dalam video atas ini. Perihatinnya seorang ibu dan bapa dalam menjaga anaknya. Kena gigit nyamuk pun tak boleh. walaupun anak dia masih lagi dalam telur. Macam itu juga ibu bapa kita. Menjaga dan memastikan yang terbaik untuk anak dia. Tapi sayang, la ni ada jugak ibu dan bapa yang sanggup buang bayi mereka. Langsung tak bertanggungjawab.kan kan kan. buat pandai, tanggung tak mau.

  • Jangan buat jahat - dalam game ini kira jangan mencuri la. sebab apa? buat jahat akan di balas jahat. so disebabkan mencuri. oink-oink hijau tadi pun mati (terima akibat buruk).
tengok! angry bird sayang telur dorg

  • Kebenaran akan menang - Dapat kita lihat walaupun dengan cara yang susah. last-last menang jugak burung-burung tu kan. ini sebab apa? sebab diorang di pihak yang benar. diorang nak tegakkan hak-hak dorg. 

  • Hidup bermasyarakat - Kita pernah dengarkan pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh". Agak-agak kan kalau seekor jer burung yang berjuang dalam pertahankan hak dia. mesti dia kalahkan dengan oink-oink hijau tu. itu sebab dalam masyarakat ini kita hidup saling bantu membantu dan saling melengkapi. macam tu juga setiap burung-burung tadi ada kelemahan dan kekuatan masing. contohnya burung kuning, dia laju dan membelah kayu tapi tak kuat dengan kaca. burung biru pulak kuat dengan kaca dan juga boleh jadi 3 ekor walaupun dia kemetot jer. macam tu juga dalam masyarakat. so jangan pandang rendah pada sesiapa pun sebab semua orang penting.

  • perlunya startegi untuk berjaya - kalau burung tadi main hentam keromo ja serang oink-oink hijau tadi. sudah semestinya tak berjaya. sebab itu kita perlu ada strategi. Kita kena tau kat mana kita punya kekuatan dan kelemahan baru kita boleh atur strategi untuk berjaya. burung-burung yang marah ni pun macam tu. strategi ikut kekuatan dan kelemahan. yang biru serang bahagian kaca. yang kuning serang area kayu. angry birds tadi juga boleh serang objek dan jatuhkan atas oink-oink hijau tadi. sebagai contoh dalam kehidupan kita lah kan, kita nak pergi suatu destinasi dalam tempoh yang ditetapkan. tetapi kita tahu kita ini bawak kereta slow (kelemahan), jadi kita bertolak lah awal. kan kan kan. baru sampai sharp.

  • Jangan Lalai - yang ni penting juga. jangan lalai. dalam game ni sebab terlalai sikit telur-telur angry bird tadi kena curi oleh oink-oink hijau. kita pun macam itu jugak. kita kena tahu musuh sentiasa memerhatikan kita. diorang tunggu masa ja suapay kita lalai untuk ambil kesempatan. tapi kalau tengok dunia sekarang pun dah banyak perkara yang melalaikan.. kaannn



rasa macam banyak lagi perkara tersirat yang ada tapi tidak terkeluar pulak. so kepada kawan-kawan. main la game ni. seronok jugak. boleh dapat daripada Google Chrome. tapi main-main jugak, belajar ibadah jangan lupa.. hehe..

belajar belajar, main
jangan
belajar main-main

........sekian.......

first time

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. hehe..

Ini first time aku ber'blogging'. Entah macam mana timbul keinginan untuk menjadi blogger ni.. Mungkin sebab jelaous tengok kawan-kawan, adik, mak dan ayah ber'blogging'. Dan mak aku juga cadangkan supaya tulis blog ni untuk memahirkan diri dalam bidang penulisan. Terus-terang cakap, aku tidak ada idea pun nak tulis apa kat blog ni.hmmm

idea..idea..idea.
Tapi.... Mak cakap, cuba dulu. Idea bukan masalah, nanti dia datang la. Kalau kita tak cuba, macam mana kita nak tahu kita boleh atau tidak. Mak ada cakap " A  Journey of Thousand Miles Begin With A Single Step".. So, conclusionnya, I take that single step. Jadi aku start.

jom start
And last sekali, aku harap dan banyak manfaat daripada apa yang aku buat ini dan juga memanfaatkan orang lain. Harap-harap dapat ramai kawan (walaupun kawan dah ramai). Kawan biar berjuta kan.. Dan last sekali kalau ada komen tu sila-silalah. Macam buat penghargaan assignment pulak. Ok. Sangat harapkan guide dari orang yang mahir.

 .....sekian....