api dalam sekam


Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi semasa khutbah jumaat hari ini.. Ianya berkaitan dengan sifat munafik.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Dan sesiapa yang melakukan salah satu dari empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah), Apabila dipercayai dia khianat,  apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).

Munafik bermaksud mempunyai sifat-sifat hipokrit seperti sumpah-sumpah, musang berbulu ayam, talam dua muka, harapkan pagar, pagar makan padi dan juga ibarat api dalam sekam.Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak membuat  perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup


Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.


Terdapat tiga jenis balasan bagi orang munafik di Akhirat kelak



  1. golongan munafik yang mana akidahnya telah terpesong dari syariat. Golongan ini sama sekali tidak ada bezanya dengan orang kafir. Golongan ini akan di humban ke dalam neraka yang tingkatnya paling bawah.
  2. Golongan munafik yang akidahnya masih di dalam batasan syariat. Golongan ini akan di humban ke dalam neraka, tetapi masih mempunyai harapan untuk memasuki syurga Allah.
  3. Golongan munafik yang telah bertaubat nasuha. Golongan ini akan dihapuskan semua dosanya dan akan memasuki syurga dengan rahmat Allah.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat, malah boleh perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain. 

dan semoga kita dapat menjauhi diri kita dari sifat-sifat ini. dan jika ada, cepat-cepat lah buang. dan semoga kita mendapat keampunan dan rahmat Allah.

-amin-

0 comments: