nak buat maksiat? ada syaratnya..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Suatu masa dahulu ada seorang lelaki pergi berjumpa dengan Ibrahim Adham

Beliau bertanya kepada Ibrahim Adham, Apakah ada kesempatan untuk beliau melakukan maksiat

Maka jawab Ibrahim Adham :

"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :


  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan derhaka terhadap-Nya
  3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu.
  4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
  5. Sekiranya Malaikat Zanzibar penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke neraka, maka katakan yang kamu tidak ingin mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat."
akhirnya lelaki itu menangis teresak-esak setelah mendengar kata-kata Ibrahim Adham. Kerana dia tahu dia tidak layak untuk melakukan maksiat. Akhirnya dia mendapat hidayah dan bertaubat.

Kawan-kawan
kalau rasa 
kita boleh buat semua tu
jom pakat buat dosa
apa heran syurga neraka
jangan takut balasan Allah

tapiiiiiiiiiiii

kalau boleh
kalau tak boleh
jom kita elakkan 
daripada melakukan maksiat
jom lakukan amal soleh

stop maksiat
renung-renungkan dan selamat beramal
^_^


20 comments:

asnizaziz said...

nauzubillah..jgnlah sampai terfikir nak buat maksiat..sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui :)

aiman said...

betul.. jangan~

K said...

elakkan, dan buat segala kebaikan. tebalkan iman didada, insyaAllah boleh menahan hasutan syaitan :)

Uzair said...

haha. terbaik.

KALAU BOLEH laa kan..

aiman said...

sarjan : Insya Allah

mr. uzair : kalau boleh.. haha

Etong said...

palis2, jauh2. (bahasa org sabah) hihi

ayanuts said...

satu pesanan yang blh buat aku ingt smpai bila2..nice blog :)

aiman said...

@etong : palis2..hehe

@ayanuts : terima kasih.. ada ilmu sikit kita kongsi..

Dzarief Zuhdi said...

stil la ustaz aiman.. :D
ble jadi imam muda la nie.. haha

aiman said...

ustaz la sangat~

syarifahsidrus said...

jaga diri, peribadi, iman dan peribadi kena kuat, baru susah nak terjerumus

aiman said...

betul.. kalau kita boleh ingat yang 5 kat atas pun kita dah tak buat dah.. tp tu lah kita.. lupa sokmo..

Fasihah Supian said...

peringatan buat diri, kerana manusia itu insan yang sgt mudah lupa....

aiman said...

benar.. kita mudah lupa..

mawarseri said...

teruskan menyebarkan ilmu berguna , mudah2an diberkati olehNYA

aiman said...

InsyaAllah.. doakan saya juga..

Suhazli said...

wah..alhamdulillah bulan pose ni saling ingat mengingatkan org lain.. :)

aiman said...

ehe.. InsyaAllah.. lg bagus kalau boleh tiap masa..

aamalinaazman said...

dimana-mana tuhan tu adde
terasa x de rezen..x de tempat nak buat maksiat ann..wuuwuww

aiman said...

mmg xde reason pun sebenarnya..