Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
 |
ketika hendak tegur orang |
 |
ketika orang menasihati kita |
diri ini berharap agar semua di kalangan kita tidak ada perasaan begini tak kira lah ketika menegur mahupun di tegur.
tegur menegur atau nasihat ini sudah menjadi sebahagian hidup manusia. malah Islam sendiri menggalakkan umatnya nasihat menasihati antara satu sama lain.
sabda Nabi Muhammad s.a.w
"Agama itu nasihat. agama itu nasihat. agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya : Kepada siapa? Jawab baginda: Kepada Allah, kepada KitabNya, kepada RasulNya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslim"
Hadis riwayat Muslim
dapat kita lihat di situ Nabi mengulangi "Agama itu nasihat". menunjukkan betapa pentingnya nasihat menasihati dalam agama Islam.
kita perlulah menerima nasihat semua orang tidak kiralah status, agama dan tahap pelajaran sekiranya nasihat yang disampaikan itu adalah benar dan baik. tidak kira lah nasihat itu dari mat rempit, penagih dadah, pengemis, pelajar kita, anak-anak kita. ketepikan ego kita. jangan mudah melenting.
"kalau kamu melihat diri kamu melakukan sesuatu yang buruk dan sudah tidak ada orang yang menegur atau menasihati kamu, maka tempat itu tidak baik untuk kamu. kamu mungkin tidak ingin mendapat mendapat teguran, tetapi orang yang menegur kamu kerap kali adalah satu-satunya orang yang memberi tahu bahawa ia masih mengasihi dan mempedulikan kamu, dan ingin melihat kamu menjadi lebih baik "
Randy Pausch
kita menegur bukan atas dasar mahu menjatuhkan maruah seseorang tetapi kerana perasaan kasih dan cinta kita terhadap mereka. sebab itu lah ibubapa, para pendidik selalu menegur kita. ini kerana mereka inginkan yang terbaik buat kita
selalunya kita manusia tidak suka mendengar teguran kerana teguran itu selalunya pahit untuk ditelan. tetapi yang kita suka dengar adalah pujian. sedangakan pujian itu sendiri boleh menghancurkan diri kita.
jangan manis terus ditelan, pahit terus dibuang
-bidalan-
dan sekiranya kita merasakan diri kita tidak sempurna untuk memberi nasihat. cuba kita renung kata-kata ini.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
Imam Hasan Al-Basri
didunia ini tidak akan ada orang yang mampu memberi nasihat jika semuanya perlu menjadi sempurna sebelum boleh menegur orang disekelilingnya
dan sekiranya kita cuba menegur seseorang sebenarnya kita juga telah menegur dan menasihati diri kita sendiri. ini kerana kata-kata nasihat yang kita sampaikan itu sampai terlebih dahulu ke telinga kita sebelum sampai ke telinga orang yang kita cuba tegur.
dan untuk menegur perlulah ada caranya dan hikmahnya. tidak semua yang akan ditegur mempunyai tahap pemikiran dan kedudukan yang sama. menegur pemimpin tidak sama seperti menegur kawan-kawan. menegur ibubapa tidak seperti menegur adik-beradik. semuanya mempunyai cara dan saluran masing. yang penting adalah niat kita. kerana Allah.
sesungguhnya rugilah orang yang tidak menasihati dan juga tidak mahu menerima nasihat
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar."
Surah al-'Asr
akhir sekali jom kita tengok lagu ini. saya suka betul lagu ini. banyak maknanya.
jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana ia bisa meracunmu
dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan
jangan kau dengar pusi dusta
kerana ia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini
jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai anai
lambat laun hancurlah dirimu
-bukan kerana nama-
-Ramli Sarip-
renung-renungkan dan selamat beramal
^_^
p/s : banyak pula tulis pagi ini. salah silap mohon tegur. hanya insan lemah.