syaaban..

assalamualaikum dan good evening to all

sekarang kita sudah berada dalam bulan syaaban.. dan malam ini kita telah pun berada pada malam nisfu syaaban..

nisfu adalah berasal dari perkataan arab yang bermaksud setengah.. dan ini menunjukkan kita telah berada di pertengahan bulan syaaban.. dan juga membawa maksud kita hanya tinggal dalam 14 atau 15 hari sahaja lagi sebelum datangnya Ramadhan al-Mubarak..

seeloknya kita jadikan bulan syaaban ni sebagai bulan latihan dan bulan persediaa dalam menghadapi bulan puasa akan datang..

malam kita berada di malam nisfu syaaban.. saya ada dengar semasa forum perdana hal ehwal islam hari itu.. mengatakan :

"hendaklah kamu memanfaatkan 4 malam dalam satu tahun. pertama, pertama bulan rejab. kedua, malam nisfu syaaban.ketiga, malam aidilfitri. ke empat, malam aidil adha."

dan Umar bin Abdul Aziz telah menulis ; Allah telah membuka rahmatNya seluas-luasnya pada empat malam ini.

malam nisfu syaaban ini sangat besar berkat dan rahmatnya.. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
jadi marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada ini dengan mendekatkan diri kita dengan Allah..

Seperkara lagi.. Nisfu Syaaban juga adalah waktu pertukaran buku rekod kita atau buku catatan amalan kita di dunia ini. jadi jom leh kita menjadi lebih baik dengan buku baru ini..


renung-renungkan dan selamat beramal

jom lah kita~

0 comments: