KERTAS KERJA PERLAKSANAAN
PENGHAYATAN RAMADHAN AL-MUBARAK
pendahuluan
Bulan ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan ini semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Sepanjang bulan puasa, syaitan akan di belenggu daripada mengganggu anak cucu Adam. Jika masih berbuat jahat maka itu adalah nafsu diri sendiri.
Sepanjang bulan Ramadhan juga Allah mebuka pintu syurga seluas-luasnya dan menutup pintu neraka.
Puasa bukan sahaja bermaksud tidak makan atau berlapar. Tetapi kenalah berpuasa dari segala segi, percakapan, pendengaran dan penglihatan.
Dalam bulan Ramadhan juga diturunkan al-Quran. Dan di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang kelebihannya seperti seribu malam, iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadar).
objektif
membuat kita lebih taqwa kepada Allah.
untuk mendapatkan pahala yang melimpah ruah.
untuk mendorong diri sendiri selalu berbuat kebajikan.
untuk melatih diri sendiri menahan nafsu.
melatih sikap sabar, disiplin dan juga emosi.
untuk merehatkan tubuh badan. dah sebelas bulan kerja keras. ini masa untuk berehat.
untuk mempereratkan silaturrahim dengan bersahur dan berbuka puasa bersama-sama.
bermaaf-maafan apabila tiba aidil fitri.
tarikh/ masa
1 - 29 Ramadhan 1432
1 - 29 Ogos 2011
*bergantung kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja.
aktiviti
niat puasa
bersahur secara bersederhana ( jangan over sangat )
berpuasa segala percakapan, pendengaran dan penglihatan.
solat berjemaah (jika tiada masalah dan gangguan)
berbuka puasa ( secara bersederhana, jangan kenyang-kenyang sangat )
solat terawih di masjid atau di mana sahaja.
memperbanyakkan bacaan al-Quran
memperbanyakkan Zikrullah.
Solat malam atau Qiamullail ( Insya Allah )
membeli baju raya ( hehehe )
zakat fitrah bagi yang sudah cukup syarat
mengejar lailatul qadar.
perserta
diri sendiri
sahabat-handai
ahli keluarga
jiran-jiran
penduduk setempat
ahli jawatan kuasa masjid/ surau
peniaga di bazar
pengangkutan
yang dekat boleh jalan kaki
yang jauh boleh guna motosikal atau motokar (mengikut keperluan dan kemampuan)
penginapan
terpulang kepada perserta
perbelanjaan
terpulang kepada individu. mengikut kemampuan. tetapi jangan sampai membazir, Allah tidak suka. kan membazir itu amalan syaitan. nak jadi kawan syaitan?? mesti tak nak kan.
pendapatan
InsyaAllah mendapat pahala yang melimpah ruah dan mendapat keredhaan Allah. Dengan syarat kita buat dengan ikhlas kerana Allah. dan juga mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat dalam ibadah.
sumber kewangan
juga terpulang kepada perserta.
ahli jawatan kuasa
diri sendiri sepenuhnya (bukan gila kuasa ok.)
kesimpulan
Adalah menjadi harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mencapai objektif yang disasarkan seperti dinyatakan di bawah di atas. Selain daripada itu, sokongan padu dari orang perseorangan serta pihak-pihak berkenaan diharap dapat menggalakkan lagi semangat menghayati bulan ramadhan dikalangan masyarakat kita.
yang ingin berubah
...........................................
aiman
nota kaki : ayat kertas kerja ini agak tidak formal..hehe. huruf besar kecil pun tak betul.. harap dapat laksanakan program ini..minta maaf kalau ada salah silap.. Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..
16 comments:
wahhh...kertas keja paling hebat u taun ni....smoga kita smua sempat & dpt laksanakan ibadat d bulan ramadhan y da mkin hmpir ni...insyaAllah =)
InsyaAllah.. jum sama2 kita berusaha..
selamat menyambut ramadhan al-mubarak..moga2 ramadhan kali ni bukanla ramadhan yg terakhir buat kita. Insyallah :)
follow sini.
Insya Allah.. amin..
ahlan wasahlan Ramadhan.. =)
Moga Ramadhan kali ni lebih baik daripda yg lepas..
Insya Allah..
hehehe... entri yang dibaca bermula dengan dahi berkerut dan diakhiri dengan senyum2 kambing.. hehe.. nice la bro.. =)
hahaha.. biasa-biasa saja.. saja nak try.. hehe
sayapon nk berubah la....
selamat brpuasa...
jum kita sama-sama berubah.. =)
heheh
suke ah dengan proposal ni...
i loikeee!
haha.. harap2 lulus la proposal ni..
alhamdulillah..pasti diluluskan.. :)
Insya Allah.. =)
hihi..
x sabar menunggu bulan ramadhan ni..
hrp dapat berubah jugak.. :)
kita cuba =)
Post a Comment