selamat ketemu kembali..
hehe.. la ni jam pukul 9.23 malam.. dalam keadaan kenyang aku taip entri ni.. haha.. kenyang buka puasa sakan.. bukan puasa ganti ok.. aku taip ini sambil dengar lagu IU yang tajuk nya Good Day.. tak tau la pasai pa bila dengar lagu ni.. idea datang mencurah-curah.. lagu korea ni. lagu yg korang dengar bila buka blog ni.. kawan-kawan aku kata laki yang dengar korea ni "muka legend, hati ada taman".. ye ke? hahaha.. macam tak ja.. sebab lagu ni memang got kualiti..
ok.. yang aku nak cerita kat sini sebenarnya pasai perangai cepat marah.. atau orang kedah panggil "perongoih".. la ni aku asyik nak cerita pasai perangai manusia ja.. tak tau la pasai pa.. mungkin pasai dok nampak selalu kot benda ni.. kat kampung, kat jalan raya, kat pasaraya, kat sekolah dulu, kat universiti.. tak kira la mana pun.. selalu sangat boleh nampak benda ni..
so secara simple nya kita boleh ibaratkan perangai ni macam api dalam sekam.. tak nampak tapi dok membara ja macam dendam.. bila dendam tu meletup dia tak nampak apa dah.. semua benda salah.. dia ja betoi.. selalu orang yang cepat marah ni ego dia tinggi.. kann.. bila ego tinggi susah la.. nak terima apa orang kata pun payah..
apabila ada perangai yang tak elok ni..perangai-perangai lain (yang tak elok la) turut sama bercambah cam sombong, takabbur dan dendam.. bila da start marah, selalunya waras dia hilang, tangan kaki mulut semua dah luar kawalan.. so jadi lah caci maki, bertumbuk, gocoh dan sebagainya...
tapi marah boleh juga di tempat yang dibenarkan tapi kena la salurkan mengikut laluan yang betul.. maksudnya kena ikut syariat la..
selalunya sifat marah ini membawa kepada keburukan..
anak murid takut dengan cikgu yang cengei (garang) tak kena tempat.. kalau cikgu masuk kelas tu ketaq dik dik dik..kalau cikgu eja salah kat papan hitam pun tak berani nak tegur.. hehehe..
suami yang panas baran boleh menyebabkan perang dunia ke-3 dalam rumah tangga.. sikit- sikit naik angin.. sikit-sikit pukul.. last last bercerai.. hampa tau dak bila sepasang suami isteri bercerai, syaitan yang dok hasut tu naik pangkat dari prebet ke general.. berapa pangkat dia langkau.. sama juga dengan isteri yang panas baran.. macam-macam nak minta.. suami tak mampu pun nak juga.. ingat la.. syurga isteri bawah tapak kaki suami..
kawan yang panas baran akan berkurang kawan dia.. ingat lagi dulu.. ada kawan katok (pukul) kawan dia dengan kasut sekolah.. pasal apa dah tak ingat.. tengok.bukan elok pun perangai ni..
sebenarnya bukan apa.. ni juga sekadar nasihat untuk diri aku sendiri..aku pun rasa aku ni masih kurang dalam menahan rasa marah.. tapi aku selalu cuba untuk tak marah.. hehe.. macam-macam cara la aku buat.. hehe.. selawat.. istighfar.. ambil wuduk.. semua ni dah diajar dalam agama kita.. lagi satu orang yang marah ni muka hodoh.. mata terbeliak..mata naik merah..urat saraf naik habis.. muka merah habis.. kan tak elok tu dipandang orang..
![]() |
sekadar contoh |
Rasulullah ada sebut:
"orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan marah"
tadi start pukul 9.23.. habis satu entri 10.36.. hahaha.. sejam lebih..
2 comments:
Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah.
porongoih,gedebe,samseng,riak adalah teman rapat amarah ni..jom pakat2 ingat mengingati sesama kita!
jom jom.. Insya Allah..
Post a Comment