Assalamualaikum.. semalam saya terdengar ceramah Ustaz Kazim Elias.. Rasa tertarik bila mana beliau bercerita pasal zaman pra sejarah..
Anda rasa wujud tak zaman pra-sejarah tu?
Entah sejarah diseleweng oleh pihak tak bertanggung jawab.?
mungkin dah ramai yang perasan dan mungkin dah ramai yang tahu..
di sebabkan rasa ingin tahu.. Saya buka balik buku sejarah tingkatan 3 untuk tengok balik..
menurut buku sejarah..zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap iaitu Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Zaman Logam.
Ahli sejarah berpendapat bahawa zaman paleolitik (Zaman Batu Awal) bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Zaman ini dikenali sebagai zaman batu kerana masyarakat zaman ini menggunakan alat batu dalam kehidupan harian. Mereka dikenali sebagai nomad kerana hidup berpindah-randah. Kegiatan utama adalah mereka adalah memburu binatang dan memungut hasil hutan. Kegiatan ini adalah untuk sara diri. Masyarakat paleolitik mengamalkan kepercayaan animisme. animisme ini adalah kepercayaan kepada setiap benda dalam alam ini mempunyai semangat dan harus di puja.
Kemudian muncul pula zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) kira-kira 7000 tahun dahulu. Zaman ini sudah mempunyai teknologi tembikar. Mereka sudah bercucuk tanam, menternak binatang, dan membuat tembikar. Mereka juga mengamalkan sistem barter dalam perdagangan. Mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme.
Sekarang cuba kita lihat apa sejarah melalui Islam.
Kita sebagai orang Islam percaya yang Nabi Adam adalah manusia yang pertama diciptakan Allah. Dalam al-Quran pun ada cakap tentang perkara ini.
Nabi Allah Adam telah di kurnia kan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Yang lelaki bernama Habil dan Qabil. Manakala yang perempuan bernama Lehuda dan Iqlimia. Habil adalah penternak dan Qabil adalah peladang. Ini tidak selari dengan apa yang diceritakan di mana manusia awal memburu dan memungut hasil hutan sebagai kegiatan kehidupan.
Satu lagi cuba anda taip "oldest profession di Google". Tengok apakah jawapannya. Jawapannya adalah pelacuran. Bolehkah kita terima sedangkan Qabil dan Habil sudah menjadi peladang dan penternak.
Kemudian diceritakan tentang Nabi Nuh. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa tempoh atau jarak antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 1000 tahun. Dalam tempoh itu Nabi Nuh sudah mampu membuat bahtera yang sebesar 14 padang bola sepak. Yang mengambil masa lebih kurang 100 tahun. Nabi Nuh buat seorang diri. Menggunakan papan dan paku. Jika Nabi Nuh sudah membuat bahtera logikkah jika baginda tidak pandai membuat rumah. Sedangkan sejarah satu lagi menceritakan manusia masih lagi tinggal di dalam gua dan di atas pokok.
Kemudian juga dicakap dalam sejarah masyarakat awal mengamalkan kepercayaan animisme. Sedangkan Nabi Adam menyembah Allah. Iaitu mempunyai agama.
Zaman Nabi Adam juga sudah ada perkahwinan. Nabi Adam adalah seorang yang cerdik.
surah al-Baqarah : 31 (maksudnya)
"Dan dia ajarkan kepada Adam nama benda-benda semuanya"
ini pulak tempoh jarak yang saya perolehi dari blog
"Jarak Nabi Adam As hingga Nabi Nuh As adalah lebih dari 1200 tahun lamanya. Jarak antara Nabi Nuh As hingga Nabi Ibrahim As adalah 2240 tahun. Jarak antara Nabi Ibrahim As hingga Nabi Musa As adalah 900 tahun. Jarak antara Nabi Musa As hingga Nabi Isa As adalah 1900 tahun. Dan jarak antara Nabi Isa As hingga Nabi Muhammad Saw adalah 620 tahun lamanya."
dan menurut tafsir ibnu kathir jarak antara kita dengan Nabi Adam pun tidak sampai 200 000 tahun kerana ianya terlalu lama.
apa kata anda?
yang mana anda terima?
adakah benar kita di tipu selama ini?
saya minta maaf jika kurang jitu hujah di sini. Dan jika ada sebarang pengetahuan atau sedikit kelebihan. boleh lah kita kongsi bersama. boleh kita membetulkan diri kita masing-masing.
8 comments:
Wah sejarah ! I'm lovin it. :). Em isu ni sy dan kawan sy pernah ketengahkan. Kteorg ade tny pndpt lecturer, lec yg mmg khusus dlm bhagian sal sej ni, then lec kate byk khilaf ( pndpt ) sal hal ni, tp ikut logik akal ya,maybe kte d tipu oleh sejarah melayu coz sejarah islam xkn menipu, sejarah islam ada juga d nyatakan di dlm al-quran. Apabila d sbut tntg al-quran, pastinya tiada sbrg percanggahan di situ. Jwpn ini saja mmpu sy utarakan. Benar @ x, waAllahua'lam. :)
saya pun suka sejarah.. itu lah, sebab banyak khilaf.. sejarah islam takkan menipu.. saya pun mencari kebenaran.. terima kasih kongsi maklumat..
Sama2. :). Bagus, jgn jd taklid. Main ikut saja tnp usul periksa. Truskn mncri, kbenrn pasti tersingkap jua nnt. ^^
itu lah.. semalam tersedar bila dengar ceramah.. ye lah selama ni belajar sejarah sekadar nak exam jer.. xpikir apa pun..
Alhamdulillah diberikan kesedaran oleh-Nya. :)
Alhamdulillah.. kalau ada apa2 info kongsi la yer..
InsyaAllah
:)
Post a Comment