janji.. apa itu janji.. janji menurut kamus dewan..
- pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu
- syarat, ketentuan, tuntutan.
- pengunduran waktu, tangguh, penundaan
-ajal, had, waktu
kita haruslah menepati janji yang kita buat.. jika kita tidak menunaikan janji.. kita akan tergolong dalam golongan munafik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Dan sesiapa yang melakukan salah satu dari empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah), Apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad).
antara-antara sifat munafik ialah memungkiri janji. mahukah kita menjadi orang yang munafik? tentulah tidak mahu. jadi berhati-hatilah kita dalam membuat janji. janji sangat mudah dikata tetapi amat susah ditunaikan.
jika kita berjanji dengan orang kafir sekalipun kita wajib menunaikannya. tetapi haram bagi kita menunaikan janji yang maksiat.
janganlah kita jadi seperti syaitan yang hanya pandai menabur janji-janji manis. seperti ketika perang Badar. pada waktu perang Badar, Iblis datang bersama dengan skuad syaitannya dengan membawa bendera. iblis menjelma seperti seorang lelaki dari Bani Mudlaj dalam bentuk seseorang yang bernama Suraqah bin Malik bin Ju’syum. Ia berkata kepada kaum musyrikin: “Tidak ada seorang manusia pun yang boleh menewaskan kalian pada hari ini. Dan aku ini sesungguhnya pelindung kalian.” ketika dua pasukan sedang bertempur, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallammengambil segenggam debu lalu menaburkannya pada wajah pasukan musyrikin sehingga mereka berundur ke belakang. Kemudian malaikat Jibril datang ke Iblis. ketika Iblis melihat Jibril dan waktu itu tangannya ada pada genggaman seorang lelaki, ia berusaha melepaskannya dengan susah payah kemudian lari lintang-pukang beserta pasukannya. Lelaki tadi berkata: “Wahai Suraqah, bukankah kamu telah menyatakan pembelaan terhadap kami?” Iblis berkata: “Aku melihat apa yang tidak kamu lihat.”
dan syurga adalah tempat bagi orang yang menunaikan janji
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jagalah enam perkara dari kalian niscaya aku jamin bagi kalian surga; jujurlah bila berbicara, tepatilah jika berjanji, tunaikanlah apabila kalian diberi amanah, jagalah kemaluan, tundukkanlah pandangan dan tahanlah tangan-tangan kalian (dari sesuatu yang dilarang).” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
akhir sekali..pesanan..sesungguhnya Islam sangat mementingkan adab pergaulan dan etika dalam kehidupan seharian. jadi kalau kita berjanji. cubalah tunaikan. kalau tidak mampu tidak mengapa.
sebab entri ditulis : hari ini ada janji dengan kawan nak jumpa kat Nasmir pukul 9.30. tapi dia tak muncul-mucul. telefon tak angkat. sms tak balas. last sekali tengok bola dgn orang ramai kat situ. Malaysia pulak kalah. gol pun cam xberapa pasti masuk ke idak. pulang kecewa dan hampa sebab tak berjumpa. tapi skuad bola sepak Malaysia yang main malam ni terbaik.
6 comments:
janji melayu, selalu camtu. tapi bergantung kepada orang jugak.
betol2.. kalau ada hal.. boleh terima.. kita pun paham..
hmm, sebab itu kena ckp insyaAllah, kalau Allah tak izinkan untuk ianya terjadi, tak lah terjadi kan..jgn mudah menulis janji...
betul.. InsyaAllah lah yang terbaik.. kita ucap dan kita kena juga usaha untuk tunaikan~
jangan janji kalau tak boleh tepati kan
betul.. jangan janji..janji memang mudah.. nak tunai, susah`
Post a Comment