Assalamualaikum
petang semalam (orang kedah cakap kemarin), aku serta ibu dan ayah pergi melawat pak cik ku seorang ni. dia terkena serangan jantung paginya. sebenarnya kami semua tahu semasa pagi-pagi lagi, tapi tak nak habaq kat ayah, sebab ayah pun ada pengalaman jugak dalam sakit jantung ni. pak cik ditempatkan kat wad pemulihan jantung (CRW) di tingkat 3 di Hospital Sultanah Bahiyah.
Wad tu memang di jaga rapi. kawalan pun ketat. dalam waktu melawat, 3 orang ja boleh gi melawat. 3 orang itu termasuk penjaga. nak masuk pun kena juga pas. kak guard pun garang. kanak-kanak under 12 juga tak boleh masuk situ. bukan apa bimbang terkejut para pesakit jantung.
semasa melawat tu adalah terdengar orang bersembang dengan pesakit.
"takut kena buang hati, buang limpa"
orang yang sedang sakit kat sebelah ni pun gerun mendengarnya. lepas tu terdengar lagi.
"saya dulu pun macam ni jugak. last-last kena operate"
hehe.. kecut pesakit ni dengar. seeloknya kita cakap lah yang elok-elok. minta cepat sembuh.
so hari ini saya nak share lah serba sedikit adab melawat orang sakit ni..
sebenarnya menziarahi orang sakit ini amat-amat digalakkan oleh Islam.
sabda Nabi,
"Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin"
sabda Nabi,
"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."
sabda Nabi lagi,
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”."
antara adab-adabnya ialah :
- Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.
- Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.
- Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.
- sunat di bacakan doa supaya Allah menyembuhkan dia
akhir kata, kepada kawan-kawan sekalian, ingat, hidup kita tak lama pun. kemudian, amalkanlah hidup yang sihat, kurang-kurangkan lah makanan yang berkolestrol. banyakkan bersenam.. hehe.. ok renung-renungkan dan selamat beramal..
semoga cepat sembuh pak njang
nota : sebenarnya semalam dah bawa kamera nak tangkap gambar, macamana boleh terlupa.
21 comments:
Semoga pak anjng anta sehat cepat :D
semoga cepat sembuh jugak.. :)
@dzarief : amin
@mizz : amin.. Insya Allah..
doa semoga pakcik cepat sembuh k :)
terima kasih tolong share adab2 n pahala org yg berpuasa. berguna sgt! x tau pula besar pahalanya :)
iya etong.. sama-sama.. saya hanya sampaikan yg mampu.. kita kongsi =)
insyaAllah .. takda apa2 tu .. doakan yang baik2 aje :)
InsyaAllah..doakan yang terbaik..
hehe..betol3..setuju!kalau lawat org sakit,jgn lah ckp sedap2 mulut..kesian org tu.. :)
kadang2 org tu niat dia nak share pengalaman,tapi dia tak sedar apa yg dia cakap tu boleh menyebabkan pesakit tu terasa. btw,semoga pak njang awak cepat sembuh. insyaAllah :)
semoga cepat sembuh....kewajipan seorang muslim kepada muslim lain..
semoga pak njang aiman cepat sembuh. Amin.
semoga ur uncle cepat sembuh.
sepatutnya kita tak boleh takut kan orang yang tengah sakit kan
@iena : hehe..tak salahkan dia.. mungkin niatnya baik
@cik ca'ah : betul2..
@faizal : amin
@asni : amin
@syarifah : betul.. amin
semua : terima kasih..
Moga cept sembuh ya pak njang awk tu. :). Syafakallah buat dia. Dan tq utk adab2 ziarah pesakit tu. Ziarah psakit juga bgus, leh sedrkn kita yg siht ni, pakat2 top up amalan slgi ksihtn x terjejas , dan wlupn ksihtn x bpe baik, jgn d tingglkn trus amaln2 pula, Islam itu mudah. Ada cara utk pesakit beribadah .^^
siti arfah : amin..semoga dia cepat sembuh.. betul tu arfah.. lupa pulak nak letak..
:). Peringatan bersama .
betul.. terima kasih..
sama2
=)
moga cepat sembuh ya...
amin.. InsyaAllah
Post a Comment