ini berkaitan dengan khutbah jumaat yang lalu yang membincangkan tajuk tamak..
Daripada Anas Bin Malik berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan.” ( Riwayat Bukhari )
Tamak merupakan sifat yang tercela, sifat ini adalah sifat manusia yang tidak pernah merasa cukup dan puas dengan apa yang dimiliki, dan mereka ini boleh disifatkan sebagai orang yang tidak bersyukur.
Sifat tamak akan membuatkan perkara yang kita lakukan tidak ikhlas dan tidak mencapai target yang sebenarnya..
Contohnya :
Seorang penceamah yang berceramah sekadar untuk mendapat wang. sepatutnya seseorang penceramah berceramah untuk menyampaikan ilmu.
Seorang pemimpin yang tamak akan melakukan pelbagai larangan Allah seperti memberi dan menerima rasuah. sepatutnya seorang pemimpin memberikan contoh yang baik kepada orang yang dipimpin.
"Membasmi kefakiran lebih senang daripada membasmi ketamakan"
Tamak haloba lebih teruk daripada kefakiran kerana ianya boleh menimpa sesiapa sahaja. Ini bukan juga bermakna Allah menyuruh manusia supaya hidup dalam kefakiran.. Sebab itu Allah dan Rasul-Nya menyuruh umat manusia supaya rajin berkerja dan kuat berusaha.
Jadi untuk membasmi sifat tamak dalam diri, seeloknya kita menanamkan sifat merasa cukup dengan apa yang ada, mengikut kepada keperluan dan hajat..
Mari renungkan dan selamat beramal.
2 comments:
suka entri ni... =)
heh.. sekadar berkongsi..
Post a Comment